Wednesday, June 07, 2006

Tiga sebab...

Minggu ni saya ada tiga sebab untuk merasa lega; (i) gigi telah dicabut, (ii) hp telah diganti, dan (iii) berita terkini tesis saya.


Hari Isnin baru ni saya telah cabut gigi geraham bawah pula (yang saya ceritakan dlm entri sudah mengenai tampal gigi dan bila berjauhan). Doktor memberi pilihan samaada saya mahu cabut terus atau buat root canal. Saya memilih cabut memandangkan kos root canal mahal untuk ekonomi kami buat masa ini. Dan mmg klinik Melayu ni murah betul, RM 40 sahaja berbanding dengan gigi geraham atas RM 80 di klinik cina.

Saya nak share tips dengan anda jika anda mahu mencabut gigi terutama gigi geraham akan datang;

1. Makan berat dulu sebelum pergi mencabut gigi
- kerana selepas dicabut tu, akan berlaku bleeding yang berjam2 dan 1 jam selepas itu belum tentu anda boleh makan. Ini terjadi pada saya sendiri hari tu, bayangkan saya tak makan tengahari lagi dan selepas cabut gigi lebih kurang jam 1 tghari lebih hinggalah jam 6 ptg lebih darah masih tak berhenti. Hinggakan kapas yang doktor bagi dah habis digunakan. Asalnya tak mo makan sebab nanti air liur tu bercampur darah, terpaksa makan juga sebab dah pedih, biarlah jadi raja bersiung pun lepas tu.ahaks. Suami sempat mengusik saya ajak pergi ke hospital untuk masukkan drip air selepas saya mengadu sakit perut dek kelaparan.

2. Beli kapas tambahan yg sesuai utk menahan bleeding gusi di farmasi
-ini kerana kapas yang doktor beri tu kemungkinan besar tak mencukupi disebabkan darah yang banyak.

3. Jangan berkumur2, minum boleh.
-saya dinasihatkan oleh dr. di klinik cina dahulu supaya jangan kerap berkumur2 selepas gigi dicabut sebab ini akan menggalakkan pendarahan lagi. tapi, nak minum boleh. Oh ya, 6 jam selepas itu boleh berkumur dengan air garam untuk membersihkan gusi yang luka itu. Kalau kita nak solat, blhlah sekadar masukkan air dlm mulut tanpa berkumur2. Dan pastikan setiap kali nak solat tu ganti kapas baru. Satu kapas utk satu waktu solat.

4. Pastikan doktor gigi memberi anda ubat penahan sakit selepas itu.
-sebab anda akan suffer at least 3-4 hari selepas ubat bius habis beberapa jam selepas itu sebab gusi tu masih belum sembuh sepenuhnya dan mengambil masa beberapa hari utk recover semula. Sakit itu boleh membuatkan anda sakit kepala sepanjang hari. Dan sekarang ni mmg saya tengah suffer (nak jugak memblog tu..huh). Biasanya ubat penahan sakit itu adalah ponstan. Bagi pesakit gastrik seperti saya WAJIB makannya bersama dengan ubat angin (jika anda ada stok di rumah). Kalau tak ada stok, bagitau dentist yang anda pesakit gastrik. Kalau dia tak de ubat gastrik, blh dapatkan di farmasi atau di klinik biasa. Sebab utama ialah ponstan ni merangsang gastrik, dan pesakit gastrik seperti saya lagilah teruk padahnya jika tak makan ubat angin bersama kerana akan berlaku muntah2 yang teruk hingga menyebabkan perut terasa pedih dan perit. Ini pengalaman saya sendiri. Lembik badan saya jadinya sampai berbaring aje. Keadaan begini boleh berlarutan setengah hari paling singkat, ini sayalah. Tapi, jika anda bukan pesakit gastrik, rasanya tak mengapa tak makan ubat angin bersama. Apapun consult dentist dulu, ok.

Hari Selasa pula suami secara mengejut membelikan saya hp baru. Sebab utama hp lama tu dah teruk sangat. Asal on aje, off semula. Kalau dapat on 5 - 10 minit tu kira bagus sangatlah tu. Sebelum ni, hp lama tu 3 kali masuk 'klinik' sebab masuk air. Bukan sebarang air, tapi air liur Alia. Dia ni suka pegang hp saya sambil menggigit2 or menghisap2 bucu hp yg kat bawah tempat charging tu. Mula2 tak perasan, tapi bila pertama kali tu hp tak blh on, saya check, basahnyalah bawah hp tu sampai kat tmpt sim card pun basah. Oh ya..Alia ni kuat ngences kata orang jawa(banyak air liur menjejeh). Itulah sejarah masuk 'klinik' kali pertama. Lepas baik tu, oklah, tapi terkena lagi 2x, sudahnya, jd 'semput' kawan ni wlwpun dah dibaiki sentiasa. Lepas tu pulak kerap terjatuh, sampaikan volume mode yg 5 tu bunyinya mcm mode 1. huhu..mmg keje Alia jugak. Dia duk suka pegang2 buat stail bercakap dlm telefon. Jangan tanya kenapa mesti bagi Alia main, tak mo bagi sbenarnya tapi dia punya jeritan tu tak tahan dengar, ganti yg lain tak mo..sudahnya hp tu jugak jadi mangsa. Jangan ikut jejak langkah saya ya puan2 dan tuan2. Hehe..Alia nampak hp baru saya tu, mengechek dia nak pegang, tapi saya tak bagi. Tegaslah kononnya. Saya bagi dia main hp dah teruk tu. wah..bukan main eksen lagi dia. tak kisahlah, janji dia tak pegang dah hp baru saya.

Hari Selasa petang juga saya telah menelefon ke postgraduate unit kulliyah saya dan bertanyakan dgn person in charge ttg tesis saya, dia bagitau dah dapat dan akan buat board meeting utk tentukan siapa akan handle correction saya. Leganya. Bila saya tanya samaada major or minor correction, dia kata nampak masalah grammar jer (saya buat dlm b.i dan b.i saya memang tak excellent, tapi itu pilihan yang ada, sebab saya tak blh buat dalam bahasa arab kerana b.arab saya lagi lemah) dan bab content nampak ok. Lega lagi. Saya tanya, secara keseluruhannya adakah saya lulus atau fail. Dia kata kalau nampak markah tu luluslah. Lega lagi. Apapun saya tak sabar tunggu 14 jun iaitu hari board meeting diadakan utk menerima semula tesis saya utk dibuat pembetulan. Tapikan, saya tak boleh nak lega 100% lagi sebab saya takut person in charge tu tersalah org sebenarnya, takut dia keliru saya yang mana satu. Cuma saya harap memang itu tesis saya.

26 comments:

Unknown said...

Setakat ni, yus belum pernah lagi cabut gigi, tips akak ni memang berguna, kot2 sakit gigi nanti.

Alia anak yus pun sama mcm Alia akak, suka main hp...pantang nampak...sepesen lah anak kita.

Anonymous said...

sonoknya dia dpt handphone baru...
akak dr kull. mane yea? klu dr irkhs....
Bie mmg kena join kull. Board meeting sebulan sekali...tp lps baca report lib. terus kuar malas nk dgr diorg discuss psl isu kull. antaranya thesis, exam dll.

kasutVINCCI said...

moga tesis akak tu lulus.Kv doakan.

Rakimi said...

opp sori lah.. aku tak akan pegi lagi jumpa doktor gigi..
sakit yang amat sangat.. nyesal aku pegi jumpa dia.

Anonymous said...

:) boleh tersenyum ummi syikin skrg ni...sebab2:

i) tak sakit gigi lagi
ii) wow! HP baru...jenama apa tu?ada kamera ka?
iii) dah nak board meeting...insyaAllah lepas...bleh konvo cepat ke ke ke

~alinlai~

Kaklong Syikin said...

yus: ok..ingat baik2.huhu..ada gak sekapal ngan anak akak.


bie: lega yus, senang kalau p mana2 nk contact cik abe n tau hal anak2

kv: tq

alang: saya dah hilang takut jadinya sbb kerap sangat p ke dentist. dulu tu,siap zikir dlm hati nak tenangkan hati :)

babydiana: hehee..

kimi: lepas cabut mmg akan suffer beberapa hari sebab nak pulih tpt luka gusi tu. tu yg kena makan pain killer.

ibuVouge said...

wah besh dapat tpon baru
resepi muffin tu betula 150 g
nampak gaya iv kena qadha entry sykin ni..

Izhal said...

handphone memang makanan ruji budak2 kecil heheh...

dr melayu dulou tampal kan? dr cina plak cabut... orang tua saya selalu bawa saya makan cendol lepas cabut gigi dulu2... dia kata sejuk cendol tu boleh bagi baik cepat :)

Anonymous said...

tak pernah gi cabut gigi kat dentist...sokmo cabut sendiri jek..pegi dentist pun sebab routine pregnancy jer..

waaahhh..bestnye dpt henpon baru..isshhh..semangat gak nak tukar yang baru :)

Mummy Rizq said...

tahniah untukm semuanya.. terutama berjaya mencabut gigi. benda yg MB paling takut didunia...

Kaklong Syikin said...

alin: mmg dah cabut, tp sufferlah ni nak tunggu luka tu pulih, sakit oo sbb rahang gigi bawah tulang keras, jadikan effect sakitnya sampai kat situ.

alah, yg biasa aje nokia 1600 tak de kamera, ada rezeki lebih dpt kot.insyaAllah. Amin..tq doakan saya cepat convo.

iv: la hai, org jitra mai blog kitalah..rindu kat iv, duk buka blog tak update2 lagi. :)

mmg best...sbbnya penting sangat kalau2 kita berjauhan drp famili. oo..ok pasal gram tu.nanti nak cuba..qadha iv jangan tak qadha..:)

izhal: itulah permainan kanak2 zmn sekarang..:)

ttg sej.gigi yg ditampal ni.asalnya pg k klinik cina ditampal smentara, kmdn msih sakit pg pula klinik melayu tu sbb kli.cina tu dah tutup waktu tu, dibuka tampalan semula, dibubuh ubat dan ditampal baru utk smntara, tp dia bagitau, kalu sakit2 lagi, dtg smula utk cabut or root canal, kalua tak sakit langsung baru blh buat tampalan kekal.tp sbb sakit lagi..maka saya pilih cabut.ni pun saya buat kat klinik melayu tu jugak :)

Oren: gigi geraham pun cabut sendiri ke?

baguslah awak rajin p dentist routine time pregnancy..saya tak penah wat camtu hinggalah buat tampalan sementara masa pregnant kan huda & alia dulu. saja2 nak check tu tak delah..

heheh..beli jgn tak beli

MB: saya doakan awak berjaya kekalkan semua gigi awak hingga ke akhir hayat. mmg tak mo cabut2 tau..

tee said...

ha'ah betul sesangat la petua sebelum nak cabut gigi tu. baru ni hubby caburt geraham atas. sakitnya sampai keesokkan harinye. sian nengok. jadi menu utk hubby cuma bubur nasi jela kongsi ngan hanna.. :)

insyaAllah, tesis tu ok jer.

NBK466 said...

i. Tambah den gneri nak cabut gigi ini macam..he..he..he....

ii. hp lama tuh kalau trade-in kat kedai pun tak laku agaknya...penuh ayaq lioq Alia..he..he..he..

iii. Insyallah tesis tuh selamat hendaknya...

NONIE AZIZ said...

huhuhu...baru legakan gigi dah tak sakit!!bila tuko template ni...santiklah...

Kaklong Syikin said...

tee: mmg suffer kan.. tq doakan saya

nbk: saya dah jadi lali p klinik..benci2 tp terpaksa jadi ok pulak :)

hehe..mmg tak laku rasanya, suami kata pun wayar2 kat dlm hp tu agaknya dah putus2 kot sbb asyik jatuh,
tima kasih doakan saya

OO: tq. doakan saya. heheh..saya harap akan dtg dpt pulak hp berkamera..sonang den nak tangkap gambar masuk blog.

blackpurple @ jowopinter said...

Alhamdulillah, sejak tanggal gigi susu bebudak dulu tak pernah merasa lagi sakit gigi....

Lepas hp baru, note book baru pulak kot...

hehehe

ontahsapo said...

rajin rajin lah gosok gigi...

Ella said...

sykin... tq for the tips sbbnya ella mmg tak pernah lg seumur hidup pun pi tampal/cabut gigi... tu kena make sure gigi nie ok sume... geraham bongsu sume pun ok jer lg takat nie... so in future kena ingat ur tips nie :)

tahniah dpt hp baru n jg tak lama lg dah blh konvo.... best tu...!!!!

Kaklong Syikin said...

MR: mmg lega dah cabut, tp tengah suffer pulak nak tunggu luka gusi tu sembuh, dah 2 hari ni sakit kepala memanjang.

dah masuk seminggu rasanya saya tukar template, sehari lepas MR tukar template sea world tu. MR, blogspot templates mmg lawo2 tapi terhad, p lah masuk. kat sidebar ni blh klik kat blogspot template.

BP: jagalah gigi tu elok2.
hehe..amin, moga dpt laptop baru pulak.

OS: den ni siang malam pagi potang gosok gigi..tak dapek den nak nolong doo gigi tu nak sakit :)

ella: saya doakan awak takkan cabut gigi sampai akhir hayat awak.tensi betui time sakit tu.

hehe..tocey..tocey

KAMATO said...

tahniah tesis tu...moga2 boleh konvo

Kaklong Syikin said...

ummuhajar: ha..sibuklah nanti tu. dan tq doakan saya utk kedua2nya :)

kamato: terima kasih :)

Nik Ha said...

Semoga akak tak sakit gigi dah lps ni..he..he..

Tahniah dpt henpon br + tahniah thesis dah nak diluluskan. Eh, apalah bhs saya ni..sowy tgh blur..he..he..

Anak saya pun suka gak hisap+gigit henpon tu. Henpon lama saya siap ada tanda gigi dia tu. Purse pun cegitu gak, nampaklah gigi tesusun kat tepi2 tu.

simah said...

i am happy for u..n good luck with the thesis!! :0)

Shami said...

Syikin: Lor patutlah ketinggalan entry awak...tengok kat bulan tu tak berganjak...dok bulan may gak...rupanya...dah banyak entry awak sayer tak ikut heran jugak..he.he..he itulah pasal kalau masuk blog waktu malan jer...sorry eihhh...kak lady pun cam tu gak..ha..ha..apalah ...den ni..
Aikk..bab tesis lum habis lagi kor...moga berjaya lah hendaknya...ni bangun jam 1 pagi melawat kawan2..tadi tidur dulu..ngantuk..sangat ..minggu ni posa lagi..tu mamai kut...ha..ha..ha

P/s template baru nampak...

Kaklong Syikin said...

nznm: hehe..lawaklah nampak kesan gigi kat tepi purse awak tu..dah jadi corak pulak ya..tima kasih atas ucapan2 tu dan gigi akak ni masih lagi terasa sakit sikit2 sbb gusi blm sembuh spnuhnya

simah: tq so much

Disham: heehe...saya pun heran napelah awak dah lama tak jenguk saya.

template baru? ha..ari tu awak tak tau, saya tukar 3 kali satu hari..ini yg k 3 terus melekat..

bab tesis tu tunggu diperiksa oleh examiners, then kena amik wat pembetulan.

abiumar said...

Assalamualaikum...

Tesis untuk apa tu Master ke Phd... sajer tanya sebab abi berangan nak sambung juga tapi tak tahu bila hehehe
doakan insyalalah hajatnya 2007.

Sambung belajo U mana yer.... ambik bidang apa???

Mekasih...