Pagi ni, saya sempat menonton channel 52, rancangan Ultimate Snake, kisah pengkaji yg melakukan kajian terhadap aneka jenis ular2 macam anakonda dan ular sawa. Teringat saya kisah ular masuk ke dalam dapur rumah saya semasa kami duduk di Merlimau, Melaka pada tahun 1999 dulu. Masa duduk di Melaka ni, memang jadi rutin kami balik ke Selangor, sebulan sekali ziarah mak dan mil saya. Biasanya lewat tengah malam Ahad baru sampai Melaka. Satu pagi Isnin, suami keluar mengajar seperti biasa. Tinggallah saya dan Husna yang baru 2 atau 3 bulan masa tu. Biasanya, setiap pagi saya akan meletakkan Husna di atas tempat enjutan baby di tengah ruang tamu dan saya melakukan tugasan rumah yang lain sambil boleh melihat2 keadaan dia. Saya boleh melihatnya terus daripada dapur kerana ruang tamu, ruang makan dan dapur di dalam kedudukan lurus. Cumanya antara ruang makan dan dapur tu dipisahkan oleh dinding dan pintu.
Ok, kembali kepada cerita tadi. Pagi Isnin tu, saya tak bawa Husna keluar bilik lagi dan membiarkannya di dalam bilik tidur. Tak risau dia akan jatuh ke lantai sebab kami tidak menggunakan katil kelamin, hanya meletakkan tilam sahaja di atas lantai. Dan saya dua kali berulang alik ke dapur. Jarak masa antara keduanya agak jauh juga. Tetapi, semasa saya hendak melangkah masuk ke dapur kali ketiga, tiba2 ekor mata saya macam ternampak sesuatu yg hitam di bucu dinding dapur sebelah kiri sebelah pintu ruang makan. Bila saya memandang betul2..ya Allah, ular hitam sebesar lengan bayi dah melingkar kat bucu dinding tu. Dan sebelah bucu dinding tu pula pintu dapur untuk keluar ke halaman belakang. Saya kira dia masuk daripada bawah pintu dapur tersebut, sebab agak besar juga ruang bawah pintu tu. Tapi dia tak agresif, masih tercium2 bau dinding tu. Baru masuk agaknya. Saya dah panik. Sebelah kaki dah melangkah dalam dapur dan sebelah kaki masih di ruang makan. Syukur saya tak melompat ketakutan. Sepatutnya saya berundur perlahan ke belakang dan cepat2 menutup pintu ruang makan tu, tutup bawah pintu ruang makan tu dengan kain atau apa saja supaya ular tu tak masuk ke dalam ruang makan tu dan ia hanya berada di kawasan dapur sahaja. Ini tidak, dek terlalu panik dan takut sangat, saya terus melangkah masuk ke dalam dapur. Kali ni, ular tu seolah2 bersedia untuk menyusur masuk ke dalam ruang makan dan seterusnya ke ruang tamu atau menyusur ke mana2 bahagian dapur yang sekangkang kera tu.
Saya berdiri kaku di tengah2 ruang dapur. Nak bergerak tak berani. Tapi berdekatan dengan tingkap dan pintu dapur. Saya nak buka pintu dapur tak boleh, sebab pintu dapur tu tak de ensel, dan ia bukan jenis pintu bertombol, sebaliknya pemegang pintu tu jenis pemegang sahaja. Kiranya, nak bukak pintu tu mesti menggunakan kunci. Masalahnya, kunci tu pula tiada di dapur, ia berada sekali dengan kunci rumah yang saya letakkannya di ruang tamu. Nak melangkah ke dalam ruang tamu tak berani, sebab takut saya melangkah, ular tu tiba2 mematuk kaki saya pula. Memang kena lalu depan ular tu kalau nak melangkah masuk ke ruang makan. Duk panik tu pun saya sempat membaca kuat2 selawat kepada Nabi Nuh. Saya harap ia dpt melemahkan ular tu. Sempat gak terbayang ular tu akan menyusur menghala ke saya dan menggesel badannya kat kaki saya...eii gelinyaa..
Semasa melafazkan selawat tu, sambil mengadap ular tu, saya beranikan diri melangkah perlahan ke belakang utk membuka tingkap dapur. Hati2 takut ular tu rasa terganggu. Bukak saja tingkap, terus saya menjerit tolong..tolong 3 4 kali. Sebenarnya belakang rumah saya tu tengah dibina sekolah rendah agama, biasanya pekerja binaan ada di situ terutama sekumpulan pakcik2 orang melayu kita. Malangnya, pagi tu sorang pun tak de kat situ. Syukur maid indon jiran sebelah yg rupanya berada di dapur juga mendengar jeritan saya, dan segera dia keluar ke pagar laman belakang bertanyakan hal sebenarnya, saya bagitau ada ular dan dia cepat2 menjenguk ke area binaan tu dan menjerit minta tolong sama, tak lama kemudian pakcik2 ni sampai, rupanya mereka tengah berehat tak jauh drp situ.
Sorang pakcik ni minta saya buka pintu dapur, saya bagitau tak dpt sebab kunci kat ruang tamu. Pakcik tu suruh saya sabar dan jangan panik atau kelam kabut, sebab ular takkan agresif. lama jugalah kami menunggu ular tu nak menyusur ke mana sebenarnya. Cemas sungguh saya, fikirkan nyawa di hujung tanduk. Akhirnya ular tu mula bergerak...memang masa ni saya takut sangat kalau2 dia menghala ke arah saya. Saya perhatikan ular tu bergerak menyusur masuk ke ruang makan dan ruang tamu. Terus saya teringatkan Husna dalam bilik tidur, ya ALlah, jgnlah ular ni masuk bilik..kalau dia nampak Husna bergerak2 mau dipatuknya. Saya beranikan diri mengekori perlahan belakang ular ni dan tiba2 dia masuk menyelinap bawah troli buku kami bersebelahan dengan meja komputer di satu sudut di ruang tamu tak jauh daripada bilik tidur saya lebih kurang 3 atau 4 langkah. Lega ia tak masuk bilik.
Saya pulak terus mencari kunci. TAK JUMPA!!!. Ya Allah, satu hal pulak. Kunci rumah saya dalam kereta suami!!! Baru teringat, saya dan suami ada kunci rumah masing2. Tapi, malam kami pulang dr KL tu, suami yang buka pintu gate dan pintu rumah dengan kuncinya, dan saya pula terlupa nak bawa keluar kunci saya daripada kereta. Jadi, pagi tu, suami pergi kerja dan mengunci pintu grill menggunakan kunci dia. Dia tak tau kunci saya ada dalam kereta. Tak de spare keys dalam rumah pulak. Aduh..sabor jelah. Pakcik dan kawan2 dia yang dah standby kat pintu luar terpaksa menunggu lagi. Tapi depa ni cool aje, sempat pesan saya jangan panik. Saya duk risau ular tu masuk bilik saya pulak, dah lah tak bertutup pintu bilik tu. Saya teringat nak call suami di sekolah, tapi tak tau nombor pejabat sekolah. Masalah lagi. Tapi teringat kebetulan dia baru beli hp minggu lepas dan dia dah bagi nombornya pada saya, syukur saya boleh ingat masa tu sebab saya TAK MENCATITNYA LANGSUNG DALAM BUKU!!!. Masa tu time rehat di sekolah. Saya bagitau suami balik cepat hantar kunci ada ular dalam rumah. full stop.
Dalam masa 5 minit suami sampai rumah terus bukak pintu grill, saya pulak berlari ambil Husna. Ular tu masih menyorok bawah troli buku. Pakcik2 yg standby tadi terus masuk rumah, mereka suruh saya keluar. Saya sempat melihat aksi2 mereka drp luar; sorang pakcik ni meminta suami masak sedikit air kalau saya tak salah atau pakcik tu masak sendiri (tak ingat pulak dah). Sorang lagi duk mengalihkan troli tu..tu dia..ular tu duk angkat kepala, marah sebab diganggu. Lepas air tu masak, pakcik tadi ambil cerek panas tu, bawak ke tempat ular tu, dan simbah terus kepala ular tu. Baru saya tau, taktik tu nak melemahkan ular sebelum membunuhnya. Nak tau depa bunuh ular tu kat mana? KAT SITU JUGA!!! Terpercik darah ular tu kat dinding. Lepas tu mereka bawa keluar ular dah mati tu. Tak tau depa campak kat mana. Masa tu juga satu van bomba datang, tak tau siapa yang call depa. Mereka dah siap bawa alat utk menangkap ular. Tapi bila diberitahu semua dah settle, mereka beredar.
Tak terkira ucapan terima kasih saya dan suami pada pakcik2 tu. Sorang pakcik ni bagitau, ular tu ular mura. Saya kira bloggers org melaka macam Kak Lady n Kak Sya, Zino dll tau ular apa ni. Ular ni lebih kurang macam ular tedung or senduk. Kalau kena patuk, beberapa minit lepas tu boleh mati kalau tak dapat rawatan segera. Pakcik2 ni berani bunuh ular ni dalam rumah sebab species ular ni kalau ada pasangannya, pasangannya takkan datang mencari, tapi jangan ular tedung or senduk, saya tak ingat pula yang mana satu, ha..ular ni akan cari pasangannya yang hilang. Mendengarkan penjelasan pakcik tu, syukurnya saya masih hidup. Saya duk bayangkan kalau kena patuk dan suami hanya pulang beberapa jam selepas tu, dia hanya akan jumpa mayat saya dah jadi biru agaknya. Dan Husna pula saya pegang erat, syukur dia tak apa2. Yang nak tergelak tu pulak, rupanya salah sorang pakcik2 ni memang ada terdengar jeritan saya mintak tolong dua tiga kali tu. Dia ingatkan iklan radio yg datang drp arah rumah saya, tapi dia terfikir jugak tak pernah pulak mendengar bunyi rancangan radio drp rumah saya selama dia bertukang di situ. macamana boleh ada iklan tu, hinggalah maid indon tu sendiri menjerit memanggil mereka meminta tolong. Baru pakcik tu sedar saya betul2 mintak tolong.ahaks. Oh ya, saya juga terhutang budi pada maid tu, kalau tak lamalah saya menunggu bantuan tiba.
Huhuhu..suami pulak, lepas pakcik2 tu beredar, dia kena kembali ke sekolah. Ikutkan memang tak mo bagi dia pegi, sebab semangat saya belum pulih lagi dan masih takut, tapi bila fikirkan anak2 murid dia lebih penting masa tu, tak pelah, lagipun dia keluar emergency tak sempat beritahu pihak sekolah. Yang lawaknya, suami cerita, masa dia memandu pulang tu, dia tak ingat nak call bomba atau apa, yg dia ingat, camner dia nak berlawan ngan ular tu..sabor jeklah. Bila suami balik ke sekolah, saya masuk rumah. Duduk kat ruang tamu dengan Husna diam2. Terpaku memandang ke arah tempat ular tu mati. Kesan baunya yang hanyir tu tok sah cakaplah. Saya tak ingat, suami atau saya yang basuh kesan darah dan dinding tu. Yang pasti, seminggu dua tu saya jadi fobia sangat. Waktu malam nak tidur, saya akan tutup bawah pintu bilik tidur dengan kain. Dan sudah tentu, bawah pintu dapur, saya tutup dengan kayu panjang. Saya belajar drp kesilapan tu. Saya tak terfikir awalnya, yang ular boleh menyelinap masuk sebab fikirkan saiz ruang antara lantai dan pintu dapur tu tak besar mana. Saya tersilap. Ular tu pula saya fikir datang daripada kawasan pembinaan sekolah belakang rumah saya tu, sebabnya sebelum sekolah tu dibina, ia satu tanah kosong yang luas dan dipenuhi dengan semak samun dan hanya pagar dawai yang memisahkan laman belakang rumah saya dengan tanah tu. Jadi, bila tanah tu dibersihkan, maka segala binatang yang ada terpaksa beredarlah cari perlindungan, termasuk ular tu agaknya.
Rupanya, suami beritahu saya lepas kejadian ni, tengah malam yang kami sampai dari KL sebenarnya dia dah rasa tak sedap hati. Semasa dia menaip di komputer tengah malam tu, berulang kali dia menoleh ke belakang sebab dia rasa macam ada ular belakang dia, walhal kat tgh ruang tamu tu suami letakkan sementara penyidai baju bulat besi yg besar dan tinggi yang baru dipasang yang kami bawa pulang dr rumah mak saya. Pagi Isnin tu cadangnya nak letakkan di laman luar rumahlah. Dia rasa macam penyidai tu ular. Hmm..tak sangka itu instinct awal. Sehingga ke hari ini, saya masih fobia even lalu kat kawasan tanah lapang berumput atau kebun2, terbayang kehadiran sang ular. Masa saya menaip ni pun bulu roma meremang dah. Cukuplah sekali tu jer, saya tak mo terkena lagi.
35 comments:
Alhamdullillah ular tu tak masuk ke bilik...suspen jugak baca cerita syikin ni...apa taknya...macam2 kebetulan yang berlaku untuk melambatkan proses menangkap ular tu...kunci takde lah dan macam2....
Orang kata kalau nak elak ular atau lain-lain binatang berbisa masuk ke rumah...taburkan belerang di sekeliling rumah...kalau rumah teres...taburkah di belakang dan depan rumah..tapi masa tabur tu kalau ade pakai barang kemas tanggalkan sebab nanti belerang tu akan beri kesan pada barang kemas tersebut
Kak Lady: mmg takut sungguh masa tu. fikirkan Husna. ha ahlah, baru perasan, banyak nao kebetulan nak selamat tu..
tq beritau saya pasal barang kemas n belerang..baru saya tau :)
OO: hehe..mmg suspens giler, sampai ari ni, bila ingat balik rasa panjang umur ni diberi Allah.
syukur adik OO tak kena patuk.
saya pun paling takut ular..geli geleman..masa kecik saya pun ternampak ular hitam masuk umah..masa tu sesorang tengok tv, terus kejutkan abah..tapi we all memang duduk kat berek bomba (abah saya bomba)so terus dapat panggil..tapi dia dah menyusup keluar...
teringat ceramah Ust. Harun Din yg akak dengar...dia kata kalau ular masuk rumah, tanya dulu, engkau ni ular betul ke jin? kalau jin, mintak keluar...tapi kalau tak de reaksi apa2, tu ular betul la tu...
eeeiiii...memang ngeri wei....
ummuhajar: sabor jeklah..pandai awak buat sya suspen sama
titicaca: mmg geli gelaman, saya kagum camner org blh tak de perasaan geli pegang ular, mcm dlm crocodile hunter tuh..selamba dek jer.
kak wan: ha ah, saya pun pernah dengar gak..hish..kalua jin, menyeramkan betul..kalau ular betul, takut kena patuk pulak
syikin, Alhamdulillah selamat :), saya pernah bunuh ular tedung, masa mak abah tak dak kat rumah, saya dengan adik spray ridsect, ular tu pening kami pukul denga kayu sampai hancur badan dia...tapi bila ingat dia dah kembang2 kepala nak patuk tu seriau juga masa tu.
Alhamdulillah akak selamat... saya mmg geli dgn spesis nih aduhhhh sy tgk kat tv pon dah meremang2 dah mmg takleh la kirenya.. kalo sy dok kat tempat akak tuh taktau la jadi mcmana..tak terbayang saya..aduhhh
Alhamdulillah selamat semuanya. Bahaya juga buatnya masuk bilik ke dalam bilik ke? Nasib baik semua selamat.
nasib baik takde apa2...aku dok terpikir dari awal, Husna ok tak??
Alhamdulillah..semuanya ok...
alinlai: beraninya awak!!! syukur awak berdua selamat..
ayu: usah bayang2kan..mmg takut sangat.
sherin: itulah, kalau ingat sampai sekarang, mmg meremang bulu roma takut husna kena patuk. na'uzubillah
Oren: alhamdulillah
MR masa mengandung dulu pernah dua kali insiden dgn ular ni...memula MR bawa kereta tengah speed ular melintas...nak mengelak kiri ada kereta nak break belakang ada kereta ..masa rasa bersalah sangat...dalam minggu tu jugak ular senduk masuk rumah abah MR..tapi abah tak bunuh..abah cakap ngan dia suruh dia keluar..abah cakap abah tak nak bunuh dia...macam sedikit terkejut ular tu keluar tanpa menyerang!!
tak ada pengalaman dengan ular ni.. dan harap harapnya jgn lah satu hari nanti MB terpaksa berhadapan dengan situasi yang cenggitu!
syikin..mcm mana baca doa nabi nuh tu
satu lagi syikin tahu tak ayat yg nabi ibrahimbaca masa di bakar tu..IV dah lupa la
syikin... ella baca pun dah rasa ngeri klu kena mcm tu tak tahu ler camna. kira berani gak ler syikin nie... :) n nasib baik sume OK...
MR: tak mustahil ular tu jelmaan jin, sbb mcm saya pernah dengar dulu n kak wan pun pernah dngr, kalau ular masuk n kita suruh dia keluar, n dia keluar..itu jelmaan jin, tp, kalau dia tak beredar, ular betullah tu
MB: na'uzubillah, jgn langsung terserempak MB..blh kaku kejap.
IV: nanti syikin update, tp nak confirm dulu maknanya..tak best bagi ayat tp tak de makna sekalikan.
doa nabi ibrahim tu..syikin pun lupa..tapi nanti syikin tanya org ya..
penah gak beberapa kali anak ular masuk umah. lagi takut sbnrnya. sbb kalo ada anak, sure sarang tak jauh. tp tawakkal ajer la. insyaAllah selamat.
dulu dua pupu sorang tak berapa sihat sikit, main ngan ular tedung wat tali pinggang. pucat lesi mak dia tekejut tgk.
ular oh ular... entri ni panjang macam ular hehe
maklang agree ngan Zino tu...
pernah jugak ular masuk kat rumah masa kat tamana bidara tu. tapi tak tahu bila masa dia keluar....alhamdulillah tak apa2...
penuh suspen...akhirnya orang jahat mati dibunuh....
huh, panjang n3 kali ni...susah sebenarnya ular nak masuk rumah, petuanya kita kena halau dulu... kalau tak keluar jugak baru bunuh
Salam,
Alhamdulillah semuanya selamat.
Apa tafsir mimpi jika dipatuk ular?
:)
dato' seri: buat tali pinggang? ya Allah, pengsan dah saya. Syukur Allah lindung dua pupu tu.
zino, maklang & kamato: itulah problem saya suka nak detail citer. maaflah :)
Maklang: syukur selamat semuanya
OS: hehe..
Kamato: saya tak ingat langsung petua tu wlwpun pernah dengar dulu
bunga rampai: wa'alaikumsalam...mimpi kena patuk ular? heehee..tandanya org nak masuk meminang. kenapa? BR mimpi itu ke? alhamdulillah kalau begitu :)
Ular tu jgn terus bunuh, tanya dia dulu, "kalau hang ni jin hang keluaq dari rumah cek" pastu kalau ular tu menjalar keluar dari rumah, sah le mmg jin... org kata laaa... :)
ella: rasanyakan kalau dah terpaksa, mmg berani jadinya.
raiedzall: saya tak taulah pakcik2 tu tanya dulu or idak ular tu, sbb masa tu saya kat luar dah. tp mmg betul yg awak cakap tu.
memang suspen punya story... kunci la tak ada, pintu tak ada tombol macam2... tapi Alhamdulillah semuanya selamat...
ular juga kadang2 jelmaan jin... selawat Nabi Nuh tu camna bunyinya???
tapi kesian sang ular mati... kalau bomba datang depa masukkan dalam beg, lepas tu depa bawak tempat lain... entahle depa bunuh ke idal... kurang2 kuta tak nampak bangkai ular le...
ni, buat macam orang tua saya, keliling rumah pagarkan dengan sulphur... belerang kuning... bubuh satu baris depan pintu dan lubang2 yang suspect ular boleh masuk... ok, selamat Puan :)
Suspenlah cerita akak kali ni. Tapi kalau ayah saya pun cam tu, tanya dulu...macam raiedzall cakap tu....dan kalau boleh jgn bunuh dlm rumah..tapi kalau dah panik kan kak....yang penting seisi rumah selamat. Cerita akak ni buat saya ingat cerita adik saya kena patuk ular senduk dulu...masa saya form 4. Seram ingat balik...mungkin nanti saya cerita juga dalam blog saya.
izhal: nanti saya masukkan selawat tu.
pasal belerang tu, hehe..dah berlaku kejadian baru saya letakkan belerang keliling rumah
bukan saya yg bunuh tapi pakcik2 yg membantu tu.
yus: depa berani bunuh dlm rmh tu sebab pasangan ular tu jenis tak mencari kalau hilang, tp ular senduk or tedung mmg akan dtg cari.
nanti awak buatlah entri tu ok :)
MasyaAllah...beraninya syikin... saya tabik kat awak
Ulaq,... saya memang geli.....selain kita membaca surah2 atau selawat2 tertentu, ada petua tok saya lah, iaitu tanam pokok limau purut atau limau nipis dekat dengan rumah..kita..kalau luas kawasan rumah..pandai2 ler adjust area mana nak tanam...kelemahan ulaq ngan pokok2 ni tak tau naper...kg shami dekat ngan sawah, bagai2 jenis ulaq ada....lagik kebun ada...wah memang tempat dia ler tu...
Dekat rumah shami sekarang jiran sebelah tanam pokok limau purut kat belakang rumah..jadi..walau ada rumah kosong yg semak ...kat belakang rumah kita orang ..ni..alhamdulillah...ular tak der pulak menghampiri...
P/s patut ler tengahari isnin/selasa termimpi ular...he..he..he rumah syikin masuk ular
simah: kalau dah terpaksa tu terutama bab nyawa, mmg terpaksa buat apa saja utk selamatkan diri
shami: baru tau petua ni.tq :)
rmah yg masuk ular ni bkn di Gombak ni tau, tpi di Merlimau Melaka thn 99 dulu :)
BOMBA mmg suka benor hal tangkap2 ulor nie...side income tuh... Jual kek cino buek ULOR SWEET SOUR..he..he..he.. Opismate yg cite as he was an x-BOMBA.
nbk: la..baru tau..
Lambat lak komen. Tgh qadha' bc n3 akak. Betul2 suspend tu! Geli & takutnyer. Mintak jauhla...Cam umah saya mak penah jumpa nak ulau tepi umah .Alhamdulillah tak penah jumpa slps tu. Semak toksah ckp la..mmg byk tepi umah sbb ada tanah kosong kat situ. Tima kasih kat petua2 yg diberi.
nznm:hehe..qadha jangan tak qadha'.mmg jgnlah awak jumpa, mmg rasa macam nak mati masa tu, yelah kita tau dia berbisakan.
Post a Comment