Happy birthday to you (3x) Happy birthday Aiman. Hari ni 14 Julai 2006 (Jumaat) genap 6 tahun usia Aiman. Tapi sian kat dia...kena demam campak pulak pada harijadi ni. Terjangkit dari Alia agaknya. Tergaru2 sana sini, mengaduh gatal aje. Ummi cuma boleh bagi makan ubat dan simpati. Aiman kena sabarlah sikit. Sekolah pun terpaksa ponteng hari ni.
Hmm...besar dah Aiman, tapi Aiman masih nak manja2 lagi ngan ummi. Ummi tak manjakan, tapi AIman yang suka meleser2 lagi ngan ummi. Dah ada adik pun masih kuat cebeng..senang merajuk..senang menangis..kuat menyakat adik2 dan kakak...tapi penyayang dan suka bermain ngan adik2 dan kakak jugak. Yang lawak tu, walaupun Aiman lelaki, tone suara Aimanlah paling lembut. Adik beradik perempuan Aiman tone suara jenis besar. Aiman yang pemalu. Itu yang boleh ummi katakan :). Sejak kecil Aiman memang susah nak dengan orang, ingatkan dah besar oklah. Rupanya still pemalu sampai sekarang, terutama ngan orang yang tak dikenali bila berjumpa kali pertama. Kalau orang bertanya, la hai..hampir tak dengar suara Aiman menjawab. Sampai kena suruh ulang jawab. Cumanya, kalau kat rumah tu, biasalah, Aimanlah hero terutama ngan adik beradik perempuan. Suara yang pemalu tu boleh jadi nyaring pulak tiba-tiba. Tak percaya Aiman ni pemalu ngan orang. Tapi satulah, kalau ummi dan ayah usik Aiman jugak, Aiman akan jadi malu tiba-tiba. Tersipu-sipu. Kekadang ummi ngan ayah pun tergelak tengok stail Aiman ni.
Hmm...besar dah Aiman, tapi Aiman masih nak manja2 lagi ngan ummi. Ummi tak manjakan, tapi AIman yang suka meleser2 lagi ngan ummi. Dah ada adik pun masih kuat cebeng..senang merajuk..senang menangis..kuat menyakat adik2 dan kakak...tapi penyayang dan suka bermain ngan adik2 dan kakak jugak. Yang lawak tu, walaupun Aiman lelaki, tone suara Aimanlah paling lembut. Adik beradik perempuan Aiman tone suara jenis besar. Aiman yang pemalu. Itu yang boleh ummi katakan :). Sejak kecil Aiman memang susah nak dengan orang, ingatkan dah besar oklah. Rupanya still pemalu sampai sekarang, terutama ngan orang yang tak dikenali bila berjumpa kali pertama. Kalau orang bertanya, la hai..hampir tak dengar suara Aiman menjawab. Sampai kena suruh ulang jawab. Cumanya, kalau kat rumah tu, biasalah, Aimanlah hero terutama ngan adik beradik perempuan. Suara yang pemalu tu boleh jadi nyaring pulak tiba-tiba. Tak percaya Aiman ni pemalu ngan orang. Tapi satulah, kalau ummi dan ayah usik Aiman jugak, Aiman akan jadi malu tiba-tiba. Tersipu-sipu. Kekadang ummi ngan ayah pun tergelak tengok stail Aiman ni.
Oleh kerana jarak Aiman ngan kakak lebih kurang 1 thn seminggu aje lbh kurang, Aiman rapat ngan kakak. Terlalu bergantung dengan kakak. Mana ada kakak, situlah ada Aiman. Kakak pulak rajin layan Aiman masa tu. Kalau Aiman bangun pagi tengok kakak tak de, Aiman akan cepat2 tanya ummi mana kakak. Risau tul kakaknya tak de. Kalau pun Aiman suka sakat kakak, tapi bila ummi marah Aiman usik kakak, kakak akan defend Aiman balik. Hmm...ummi pulak yang kena balik. Itu sebabnya Aiman jadi seronok usik kakak.
Dan kerana Aiman terlalu bergantung dengan kakaklah, ummi dan ayah risau takut2 Aiman tak boleh berdikari kalau2 kakak tak de nanti, terutama bila kakak bersekolah dan bila Aiman masuk sekolah juga tetapi tahun berasingan dengan kakak. Maka, ummi dan ayah sepakat masukkan Aiman dan kakak ke tadika serentak tahun lepas (Kakak 6 thn n Aiman 5 thn masa tu) supaya Aiman boleh belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran baru terutama belajar berkawan. Syukur matlamat kami berjaya, sebab bila kakak tak sihat dan tak dapat ke tadika, Aiman ok bila kena ke tadika sorang. Dan masa kakak nak masuk darjah satu, ummi kerap kali pesan yg kakak dan Aiman akan berpisah juga. Syukurlah Aiman menerimanya dengan baik. Jadi, bila Aiman sambung tadika lagi untuk tahun k 2 ni, Aiman dah boleh berdikari. Cuma yang tak best tu, bila Aiman dan kakak dah bersekolah ni, pandai pulak nak bertekak..ada je benda yang nak ditekakkan..tapi lepas tu mesti geng balik. Hmm..macam-macam.
Lagi satu, Aiman lebih pentingkan kakak walaupun dah ada 2 adik. Ummi pun hairan kenapa. Adakah sebab jarak Aiman dan Huda hampir 3 thn membuatkan Aiman rasa kurang rapat atau bagaimana? Kalau belikan sesuatu, Aiman mesti fikirkan kakak dulu, bukan adik-adik. Hmm..moskil ummi moskil. Sampai sekarang keadaan ni berlarutan. Ummi tau, bukan Aiman tak sayang adik-adik, sayang, hatta kalau masa dapat adik huda dan Alia dulu, janganlah orang yg datang menziarah tu eksyen2 nak amik huda dan alia, mesti Aiman dah menangis. Tapi, mungkin sebab kalian berdua aje berkawan sebelum ada adik2 lagi.
Aiman suka mewarna, suka mencuba, kreatif, ada2 aje yg nak dibuatnya. Aiman juga minat game internet. Inilah ummi rasa antara penyumbang utama Aiman pakai specs. Tapi, dah terlambat nak baiki keadaan. Ummi harap power specs Aiman tak bertambah lagi. Aiman suka makanan pedas, suka buat air sendiri terutama air teh, oren dan sirap, tapi ummi tak galakkan sebab kecik lagi pada ummi. Aiman suka sediakan sendiri roti magerin, siap sediakan untuk adik2 dan untuk ummi jugak kekadang tu. Aiman pun suka tolong buat kerja rmh; basuh pinggan paling Aiman suka. Tapi ummi pun tak galakkan sangat, sebab Aiman kecil lagi. Kemas katil sendiri pun dah boleh ya Aiman. Tapi kekadang nak menyiapkan satu katil tu, siap bertekak dulu ngan kakak. adeii.. Ummi perasan lagi, Aiman pun suka tengok cara ummi memasak. Dua yang ummi tak berkenan, kalu dah bermain, lengah aje nak kemaskan permainan..kena volume suara ummi 4 or 5 baru cepat2 nak buatkan. Kalau mintak tolong tengah tak de mood, ha..punyalah alasannya. Sabor ajeklah. Tapi, kalau mood mengemas mainan n mak menolong ummi tu datang, laju jer jalannya. Kan sonang camtu?Oh ya, ummi dan ayah perasan Aiman kurang minat membaca. Aiman cepat boring. Belajar tak sampai 5 minit dah resah semacam. Sian kat kakak, dia semangat nak ajar, tp Aiman main-main aje. Tapi, akhir2 ni ummi dan ayah nampak Aiman mula suka membaca walaupun terangkak-rangkak lagi. Tak mengapalah, ummi dan ayah pun tak mo pressure Aiman. Aiman tak sama macam kakak yang terlalu minat membaca tu. Cuma ummi harap, bila Aiman dah masuk darjah 1, Aiman betul2 boleh lancar membaca. Ini penting untuk kerja sekolah Aiman dan waktu exam nanti.
Satu yang buat ummi rasa terharu ngan Aiman ni, time beli apa2 makanan atau minuman, Aiman mesti nak suruh ummi makan or minum jugak walaupun sedikit. Kekadang tu, ummi baru nak kunci pintu rumah, Aiman dah standy tepi ummi sambil suakan makanan yg baru dibeli utk ummi makan. Kalau Aiman makan dulu, Aiman akan tinggalkan sedikit untuk ummi. Soalan standard Aiman, ummi dah makan ni? atau ummi dah rasa ni? Kalau Aiman tau ummi tak makan or minum lagi walaupun dah tinggal sedikit baki, Aiman akan paksa ummi rasa jugak. Takut ummi tak merasa nanti. Tu yang buat ummi rasa alahai Aiman..ingat kat ummi time makan dan minum.
Hehe..Aiman taukan ummi gelarkan Aiman "lelaki Melayu terakhir" sebabnya Aiman suka sangat pakai baju melayu, tak kira waktu. Kalau tergerak nak pakai, waktu tengahari pun boleh pakai. Waktu malam apatah lagi, dah jadi macam baju tidur pulak. Kiranya baju melayu raya tu taklah terperap menunggu dipakai semula raya tahun depannya atau time kenduri kendara.
Sekarang ni, Aiman masih sorang aje anak lelaki ummi (tapi ummi harap akan ada lagi anak lelaki). Andai takdir Aiman sajalah anak lelaki ummi, kebetulan ummi dan ayah pergi dulu, Aiman kena jaga adik beradik perempuan Aiman tau...sebab Aiman dah jadi wali mereka. Ini amanah besar ummi untuk Aiman.
Ok. Sempena birthday Aiman ni, ummi doakan aiman jadi anak yg soleh yang berjaya dunia dan akhirat, sihat sejahtera drp sebarang penyakit berat, murah rezeki, pelajar yg soleh dan berjaya, pekerja yang soleh dan berjaya, jodoh yang solehah dan rumahtangga yang bahagia, dan mendapat kemuliaan dunia dan akhirat. Dan ummi doakan segala yang terbaik dalam hidup AIMAN. Amin.
(Ha..nanti ummi dah post entri ni, ummi nak suruh Aiman baca kat blog..biarlah merangkak2 pun membacanya :).
16 comments:
Selamat Hari Jadi ye Aiman.
Dengar cakap Ummi tu, semoga jadi orang yang berguna bila besar nanti. Salam dari auntie Yus.
Selamat Hari Jadi kepada "lelaki melayu terakhir" itew.
Hug hug kiss kiss dari auntie buat Aiman. Nanti suruh ummi hadiahkan baju melayu byk2 yach :D
Yus:Tima kasih auntie. InsyaAllah.:)
Apple pie: tima kasih auntie. ha..nanti saya cakap kat ummi camtu :D
Selamat Hari Lahir untuk Aiman.
Hasil belaian tangan ummi Aiman yang tegas tapi lembut itu, insyaAllah pabila besar nanti Aiman akan menjadi seorang manusia yang bertanggungjawab.
Hadiah? Nah ... cubit kasih :)
Panjang benar blog harian Syikin, eh?
Tak terlarat nak di baca nye... hehe...
Bunga Rampai:terima kasih. InsyaAllah. Amin.
Edoras: hehe..saya suka luahkan apa yg dirasa. saya suka bercerita.:). tak pe, baca mana yg larat aje :)
Syikin...Selamat Hari Jadi buat Aiman...Moga aiman akan sentiasa menjadi anak kebanggan Ummi dan membesar menjadi anak yang solleh...Amiin....
huhuhu..terharu baca entry kak syikin kali nih..
bikin kuar air mata..
rasa mcm mak saya yg berkat2 mcm tuh kat saya...
terharu..terharu..
Kak Lady: terima kasih. Insya Allah, amin.
Yg Tak bernama: Alahai, maaflah saya buat adik kuar air mata..:)
Moon: hehe..tarak kisah.dah mmg muda pun, nak buat guane ?
terima kasih. Amin.
aku: terima kasih. sama2lah kita belajar drp satu sama lain bab mendidik anak2 ni. Amin.
Aiman the superboy ...hepi belatad besday :)
perghhh kelesss la aiman, lelaki melayu terakhir :)
Happy Bday Aiman!
Teringat kat iklan Aiman tak kisah.. *smile*
alinlai;tq. hehe..lelaki melayu terakhir
HM: thanks. oh iklan tu..:)
Happy birthday Aiman. Auntie doakan Aiman sentiasa menjadi seorang anak yang baik, bijak, bersopan santun, sihat dan segala yang baik.
Happy Belated Birthday Aiman, semuga menjadi anak yang solehah dan akan membantu ummi di kemudian hari
p/s : Syikin, Aiman dah baca ker entry ni hehehe
sHERIN, Mamadiana & Am: thanks for the wishes & the doa :D.
p.s. Am dia dah tengok tapi tak mo baca..:D
Post a Comment