Tuesday, September 05, 2006

2nd hand laptop:Awas!!!

Assalamualaikum,

Saya nak kongsi satu cerita dengan anda dan telah mendapat keizinan daripada suami saya kerana ia berkaitan dengan pengalaman beliau sendiri. Ok, lebih kurang setahun lebih yang lalu, suami saya membeli 2nd hand laptop jenama terkemuka, XXX dari A, menerusi jualan lelong dalam salah satu website di Malaysia ni. Laptop ni banyak jasanya dengan kami, terutama saya sendiri dalam menyiapkan disertasi master saya. Hinggalah, lebih kurang 3 bulan yang lalu, keyboard laptop ni bermasalah.

Suami saya telah pergi ke care centre syarikat jenama XXX ni dan telah mengganti keyboard baru dengan yg lama tu. Di sinilah kisahnya bermula...Setelah pekerja tu menyiap pasang keyboard baru tu, dan suami saya nak membayarnya, pekerja tersebut terkejut melihat rekod yg tertera pada skrin mesin pembayaran komputer tu bahawa laptop suami ni adalah LAPTOP CURI!!! Suami saya lagilah terkejut. Rupa-rupanya, pemilik asal laptop ni telah melaporkan kecurian laptopnya kepada syarikat tersebut.

Malangnya, care centre ini tidak mahu masuk campur (pelikkan?) dan pekerja ni telah membuka semula keyboard baru yang dia pasangkan pada laptop tersebut dan menyuruh suami saya memasangnya sendiri, sebabnya segala yg pekerja tu buat spt tolong memasang alat ganti komponen komputer akan direkodkan dalam komputer, jadi mereka tak mahu terbabit dalam kes ni.

Suami saya pulak, mintalah dengan pekerja tersebut alamat or nombor contact pemilik asal tersebut untuk beliau menghubunginya. Tetapi dia tidak mahu memberinya!!! Depa tak mahu masuk campur dalam kes ni. Nak buat macamana, terpaksalah suami saya selesaikan sendiri masalah ni.

Syukurlah suami saya masih menyimpan no. contact si A, dan menceritakan pada beliau segala yang berlaku. Si A terkejut, dan memohon beberapa hari untuk mencari penjual laptop tersebut pula. Dalam masa yang sama, suami saya dapatkan pandangan beberapa pihak termasuk pihak polis sebab adalah kesalahankan menyimpan barang curi. Dan suami saya telah dinasihatkan supaya memulangkan semula laptop tersebut.

Dipendekkan cerita, beberapa hari selepas tu, si A telah dapat mengetahui siapa penjual laptop tersebut, si B. Tapi untuk tidak memanjangkan masalah ni, si A telah bersetuju untuk mengambil semula laptop tersebut daripada suami saya dengan menyerahkan semula wang pembelian laptop tersebut. Ini pun si A minta seorang kawannya, si C untuk melakukan proses seterusnya...adalah m.o.u bertandatangan dibuat antara suami saya dengan si A dan C. Kiranya masing-masing win win situation.

Si A telah membayar PENUH harga laptop yang suami saya beli daripadanya dahulu. Tetapi, memandangkan suami saya dah memakainya lebih kurang setahun, suami saya memulangkan beberapa ratus ringgit kepada beliau. Tak sedap pula nak ambil semuanya sedangkan kita dah gunakan kan?Terus terang, kami rasa sedih pulak nak berpisah dengan laptop tu sebabnya ia memang sedap digunakan.

So, pengajaran untuk anda sekalian. Kalau anda ingin membeli laptop 2nd hand, dapatkan dulu serial number laptop yang tertera pada laptop tersebut daripada bakal penjual tersebut dan rujuklah ia pada care centre jenama laptop berkenaan. Anda akan dapat tahu samaada laptop tu barang curi atau tidak, kecualilah pemilik asal tersebut tidak melaporkan kecurian laptopnya pada syarikat tersebut.

26 comments:

Izhal said...

suka saya baca kes2 orang2 jujur macam ni... semoga peniaga si A punya business terus maju!!! AMIN... semoga tesis Puan dapat menjadi ibu kepada kitab2 yang mungkin terbit darinya, AMIN...

laptop ibm memang laris dipasaran, pasaran gelap mahupun cerah neee...

RaFFLeSiA MeRaH said...

emmm..apepun sib baik tahu ekk, kalau me memang sampai ke sudah la x tahu brg tu barang bukan halal, yg me tahu bukak internet ngan berchatting jerk...hehehe...

Alinlai said...

isk isk isk...macam-macam kes skrg ni. Dah beli laptop baru?

Ayu Mohamad said...

heheheh akak sorry le ek tepon akak di waktu tengahri.tapi sy mmg tak dpt menahan rasa drp bertanya harga ganti keyboard tuh hehehehe
tenkiu kak

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

kak shikin..bgla petua ibu mgandung...sowi..salah topik...ruang borak x do ko

zino said...

semuga bertemu jodoh dengan laptop yg lebih top dari yg ada..(dan terpaksa di serah semula)..

Mummy Rizq said...

Salut untuk A coz dia seorang peniaga yang jujur. Sesetengah tu memang dia orang tak akan amek kisah sebab benda tu dah lama berlaku kan! Anyway TQ for the story. Boleh buat pengajaran kepada semua...

NBK466 said...

Ha'ah...nak salute & prelude skali kat A...mmg jujur macam lagu kumpulan Radja tuh. Semuga semua termasuk den amik pengajaran hal nie... Benda yg simple jadi complicated akhirnya....syukur semuanya dah selesai dgn baik skali.

AppleB said...

insaf terus saya baca entry ni..heheehhe

Mama Sarah said...

saya pelik kenapa syarikat tu tak mau campur tangan? mujur A pulang cuba pulang 100% harga yang dibeli. And kebanyakan orang yang comment di sini 'beranggap baik' kpd si A. baguslah camtu.

anyway, saya baca comment from Dr Faez dlm ruangan comment yang sebelum ni. Pasal dia culture shock balik msia. Hmmm... saya pun culture shock juga. SEbab tu saya 'tawar' nak balik.

Tapi akan balik juga insyaAllah soon.

ontahsapo said...

panjang cerita ni.. so laptop baru bila nak beli...?

Literature Sushi said...

Syabas... susah nak jumpa org jujur dlm dunia sekarang ni... :)

Unknown said...

hehee..sy pun suka makan durian..nampaknya kena lah beli laptop baru..

simah said...

gamaknya kes tak nak reveal siapa pemilik asal laptop tu kira kes customer confidentiality kot.. tapi apa guna report kat centre yg laptop kena curi kalau center dapat tau tapi tak nak masuk campur n tak nak reveal identity bila orang nak pulangkan balik laptop tu kan? naya naya..

jujur betul suami syikin..

la ni bukan second hand laptop aja..second hand handphone pun kes sama.. dunia dunia

Anonymous said...

nasib baik dpt duit tu balik...dan dpt perbetulkan yg mana salah...

Bunga Rampai said...

Salam,

Terima kasih berkongsi pengalaman. Dapat manfaatnya.

p/s saya dah ke laman hanieliza.fotopages.com
Bolehlah cuba resepi nasi jagung tu hujung minggu ni :)

kasutVINCCI said...

kadang2 barang second ni bahaya jugak, byk kes curi. Alhamdulillah akak sempat tau dan selesaikan benda ni dgn elok.

Anonymous said...

adalah rezki lain tu InsyaAllah...jujur tu lebih mahal nilainya drpd laptop tu kan..

ibuVouge said...

betul kata kak OO
nilai murni tu..itu yg tak terbayar tu

Sastri said...

memang tepat pilihan suami kak untuk pulangkan laptop tu... perkara camni gak menyebabkan Sas teragak2 nak beli brg2 second hand... huhuhu...

Unknown said...

bagus ye si A tu...dah lama pun masih nak pulangkan duit 100%. Hmmm takut juga nak beli brg second hand mcm ni....

KAMATO said...

Susah nak jumpa peniaga jujur macam si A ni zaman sekarang ni, semoga pernigaannya bertambah maju

ibuVouge said...

jujur tu yg mahal.. insyaALLAH ada la balasan nya tu

oldtown~Smell the Roses said...

hmm..tabik spring!!!semoga mendapat laptop baru yg lebih 'bagus' lg dr yg tu..

Anonymous said...

Ada lg org meniaga yg baik cenggitu..rasanya susah nak cari skang nih..

Zareda Norman said...

syikin, ada juga kes cam ni ek.. takut plak dengar. baru ni kengkawan zar kepoh satu jenama terkenal ni jual lap top murah sesangat RM2k jer, moskel juga..