Thursday, April 06, 2006

7 weird habits

Minggu sudah..duk lompat sana, lompat sini kat blog orang..singgah blog mama_fynn, rupa2nya dia tag saya pulak. Asalnya saya nak bagitau dia saya dah kena tag..tapi, bila baca betul2, rupanya dia tag saya utk 7 habit pelik yg saya ada. Adeii..puas saya fikir berhari2, apalah habit pelik yang saya ada, sehinggalah saya dapati saya ni;
1.kalau baca novel baru, mesti nak tau ending dulu
sebab: tak kisah sad or happy ending, saya nak tau cara penyampaian penulis tu, kalau olahbahasa dia menarik, ayatnya cathcy, saya akan tertarik utk membacanya drp awal selepas itu.Kalau sebaliknya, bye2 ajelah. Kekadang tu, saya suka selak tengah2..sana sikit, sini sikit, then i can jump into conclusion yg novel tu menarik. hehehe. Sapa yg tau stail saya ni selalu cakap, tak bestlah tau ending dulu. Nak wat camner, dah itu stail saya ;D

2.kalau marah kat seseorg, suka luahkan marah tu kat dinding

sebab: saya blh luahkan sepuas hati pada dinding tu. saya imaginekan muka org yg saya marah tu, dan saya akan cakap dan cakap dan cakap sampai puas hati. siap keluar air mata sekali jika ia babitkan emosi sedih saya. Tu sebab saya senang memaafkan, tapi too hard to forget. Biasanya, next time saya akan slow talk ngan org yg saya marah tu, bagi reason kemarahan saya. Masa tu tak de nak marah2 dah, sebab dinding dah jadi tong sampah saya. :). Tapi, anak2 saya blh luahkan marah berdepan..itu pelik gak. Yg saya luahkan kat dinding ni kalau saya marah ngan someone lebih tua, dan seusia saya.heheh. agaknyalah, kalau dinding tu boleh bercakap, mesti dia kata, napelah aku jer yg kena . siap menangis2 lagi tu. huhuhu. Ikutkan nasihat pakar, menulis adalah salah satu terapi utk meluahkan marah kita, tapi bagi saya lambat....baik bercakap terus. Cumanya kekadang tu cakap perlahan2 terkeluar gak kuat2.

3.suka cakap sorang2

Habit ni sejak saya sekolah rendah lagi. Kalau terlintas satu2 perkara di benak kepala saya, mesti tak sedar ia terkeluar melalui percakapan. Lagi satu, saya suka straight to the point bila ada urusan rasmi, jd tak tercangak2 nak fikirkan apa yg nak dicakap masa jumpa org tu. kekadang tu, sehari sebelum jumpa tu dah siap fikirkan apa yg nak diutarakan. Dah ada anak2 ni, kekadang depa terdengar saya bercakap sorang2, suka bertanya, ummi cakap ngan siapa? ;). Ummi cakap sorang2. Itulah kalau tak leh nak elak drp terkeluar kuat2 cakap tuh.

4. saya tak boleh dengar kanak2 bermasalah

sebab: saya pun tak tau kenapa. Biasanya kanak2 ni mangsa dera, mangsa perang, mangsa kemiskinan, mangsa perceraian dan mangsa penyakit berat. Saya boleh menangis penuh emosi sampai keluar suara tgk kanak2 macam ni dlm tv. Saya boleh fikir nasib budak tu berhari2, tu pasal saya tak leh tgk "Bersamamu" tv 3 tu. Anak2 pun dah faham, sampaikan Husna cakap ngan Aiman, Jgn bukak Bersamamu, nanti ummi menangis.

Pernah saya jumpa sorang kakak ni di mahk. syariah semasa menemankan kawan, sorang peguam syarie berurusan.saya tgk kakak ni mcm buntu...nak menangis tu, nampak takde air mata dah. kita ni gatal mulut, p tanya nape, dia citer, suami dia bawak lari anak2 termasuk yg masih menyusu badan dan tak makan makanan lain selain drp susu badan, dan baby tu mmg tak rapat ngan ayahnya, dan baby tu masih pakai diaper. sedih tu sbb suami tu bawak lari anak2 ngan cara pukau isteri dia. Bab baby tu yg saya tak tahan, sbb saya ni ibu, tau camner rasanya bonding ibu ngan anak lebih2 lagi anak tu menyusu badan. Start malam tu sampai 3 malam berturut2 saya menangis malam kenangkan anak tu mencari susu ibu dia. Paling teruk malam pertama tulah, sampai sakit kepala saya menangis.Hehe, tu sebab saya tak jadi peguam syarie, sbb saya tak blh kenangkan masalah anak2 ni, terutama berkaitan custody. Saya takut saya emosi lebih. nanti glemer orang kata saya peguam syarie air mata. sampai hari ni saya masih ingat, doa saya, kakak tu dpt bersama anak2nya semula.

Satu hari, saya ikut suami pg hadiri kenduri kesyukuran sbb kawan dia bukak rmh anak2 yatim lelaki persendirian. dalam ramai2 anak yatim tu, ada sorang budak tu, menangis perlahan, air mata laju tak berhenti, sambil tu dia sebut "umi...umi...umi", hati saya dah mula tak keruan. syahdu dengar dia menyebut tu, mcm rindu sangat. isteri kawan tu bagitau, parent dia ada lagi.tapi mak dia terpaksa antar sbb tak de duit nak masukkan anak sekolah, nak bagi pendidikan percumalah ni (rmh anak yatim ni sediakan pembelajaran percuma, even budak2 ni duduk pun free jer.). Bapak budak ni? sibuk ber girl friend lain nak kawin lagi satu, tanggungjawab kat rmh dia abaikan. Bila tau citer pasal budak ni, kat situ gak air mata mengalir. tak leh tahan dah. rindu kat ummi dia rupanya, dia tak mo ke situ sebab nak tolong jaga ummi n adik2 dia (Nak marah ni, bapak tak fikir nak jaga keluarga, tapi anak sulung kecik, baru sekolah rendah,blh fikir camner nak tolong mak n adik2). Malam tu, mcm biasa, teringat jer budak ni saya menangis. ayoo..teruk jadi mcm saya ni

5. saya suka fikirkan masalah orang sampai sakit kepala

sebab: saya pun tak tau. saya ni jenis emosi dan mudah keluar air mata, jd bila ada org mengadu masalah pada saya terutama masalah keluarga, saya akan fikir sama masalah orang tu. risau dia blh handle or idak masalah dia terutama jika org tu rapat ngan saya tak kira kawan atau sedara. Saya blh fikir berhari2 even berbulan masalah dia tu.Kekadang saya suka sumbangkan buah fikiran supaya blh settle masalah tu ngan cara baik.Tapi, menghasut tu saya jauhkan. na'uzubillah.suruh org tu fikir mana baik n buruk utk masa depan masalah dia tu. Suami saya sampai pernah tercakap kat saya, Nor jadi consultant lah..hehehe. Bila dia dpt selesaikan masalah dia dengan baik, saya antara yg paling gembira, begitu juga sebaliknya. Tapi, kalau org tengok air muka saya, depa takkan percaya yg saya ni mudah merebeh, ahaks.

6.kalau berjalan menaiki kenderaan, saya suka tengok awan

sebab: awan tu macam2 ukirannya kan..kekadang tu nampak rupa mcm haiwan, or gumpalan2 yg menarik hatilah. Dan ada rahsia besar di sebalik awan tu, pada sayalah. Rahsia Allah. Paling suka tengok awan di waktu senja terutama di kawasan luas mcm pantai..subhanallah..cantik sangat ngan calitan merah sana sini,campur oren kekuningan. itu baru kat duniakan Allah touch up sikit2 cantiknya, kita dah rasa impressed sangat, camner rupa syurga yg kata Nabi cantiknya tak tergambar dek mata. Lagi satu, saya rasa tenang melihat awan.

7. saya cepat bosan

sebab: tak taulah. Syukur saya tak pernah bosan ngan SUAMI saya!!!itulah perkara utama yg saya risau bila nak kawin dulu, camner kalau tiba2 bosan ngan laki aku..huhu.na'uzubillah. Saya kalau buat sesuatu kerja tu, terutama menjahit cross stitch, mudah bosan ngan penggunaan warna benang yang sama jer. jgn tak tau, saya wat cross stitch masjid shah Alam yg cantik tu, sejak tahun 89, sampai 2006 ni tak pernah siap, tinggal awan putihnya aje. sebabnya saya bosan mengadap awan putihnya yg terlalu besar, sudah pasti hanya mengadap benang warna putih tu jer. terukkan. That's why, keje rmhtangga ni saya tak fix kan tiap2 pagi mesti sapu dulu hari2 or masak terus lepas anak2 p sekolah..saya takut bosan, saya suka tukar waktu bekerja tu.org nampak saya tak berdisiplin, tak perlah. tapi saya nak elak kebosanan melanda.

Ok Mamafynn..saya harap dah terjawab persoalan my 7 weirds habit. Saya tak mo tag sesapa secara khusus lepas ni, tapi saya tag semua nama bloggers yg tersenarai kat tepi blog saya ni untuk buat 7 weirds habit...hehee. Ada masa n ada kerajinan, buatlah ya.

32 comments:

umi said...

sama la ngan saya, cepat je meleleh air mata kalau tengok orang susah..

Kaklong Syikin said...

datin seri: hehehe,tak seganlah saya, ada geng rupanya. tq, sudi dtg ke blog saya :)

blackpurple @ jowopinter said...

Nasib baik nama aku tak ada kat side bar tu...hehehe...

Nak buat 7 habits of highly effective people boleh....? hehehe

Kaklong Syikin said...

BP: Adalah nama awak kat side bar tu...buatlah

ha...itu saranan yg baik tu..buatlah

cipthowiryawanchannel said...

hehe..entry besh...manusia mcm mcm kan..perangai pun macam macam..hikss..:D

Anonymous said...

saya tidak ada habit yang khusus.. habit sering berubah2. nanti2 la fikir2kan ye.. tuunggguuu!

Kaklong Syikin said...

ais_putih: sedangkan adik beradik kembar seiras tu pun perangai tak sama, inikan pulak org lain :). ha..nama awak akak lum bubuh kat side bar tu, tapi akak nak tag awak gak..blh tak? duk tension2 ngadap tesis tu, blh gak menulis2 habit pelik awak yaa..:)

GK: tak kisahlah..asalkan ada yg pelik :)

Idham said...

syikin..

so apa planning for ur anniversary?
Habit baca buku tu sama jugak dgn saya,.,.,kalau baca mesti abiskan dgn sekali baca je..

syikin dok shah alam ka\/

idham

Kaklong Syikin said...

blown away: planning for my anniversary? hehe.kami bkn jenis yg beria2 sambut anniversary ngan candle light dinner, bunga2an or candy, kalau ada pun hubby bawak p makan luar, kat gerai pun ok jer. dah ada 4 anak ni, mmg hangkut anak2 semua sekali. sekali dengar eeeiii tak romantiknya..hahaha..tapi, saya tak kisah. cumanya, kalau dpt keluar berdua tu satu bonuslah utk ibu beranak 4 ni. yg penting, kasih sayang dia pada saya & anak2 tak lupus dan layanan baik dia pada saya selama ni, itulah yg romantiknya pada saya .heheh.
kebtulan pulak, saya ni jenis tak suka bunga..lagi sonang dio tu. tapi, kalua org bagi, takkan nak buang pulakkan. much appreciated.

saya duduk gombak. ada kat profile tu.oh ya..tq tinggalkan jejak kat blog saya ni

mama_fynn said...

syikin, thanks sbb buat.

saya pun tak boleh tgk Bersamamu...tapi kdg-kdg terbabas. Bile tgk, buat kite rasa syukur dgn keadaan kite skrg...

Kaklong Syikin said...

mama_fynn, mmg kita patut bersyukur dengan apa yg kita ada, sbb ada org lebih teruk keadaannya drp diri kita.

kasutVINCCI said...

hik hik hik...tergelak kv baca bad habit kak syikin. Hmm macam2 kan. Tp kalau takde bad habit tu, tentu tak seronok pulak kan? Asyik sama jer perangai setiap org.

Kaklong Syikin said...

KV:hehe..itulah saya. kalau sama mmg tak seronok,boring.

Izhal said...

No.4 tu sedih la baca... kesian budak2... budak2 lahir 100 tahun lagi mmg kesian, dunia polluted dah time tu...

p/s-thanks for visiting senioiur citizens blog ;) suka gila depa...

Idham said...

ah syikin,

terima kasih kerana mengunjungi boog saya. bukan niat nak kejutkan syikin dgn apa yg tertulis di blog saya tu...maaf jika apa yg saya tuklis menyinggung seorang serikandi islam....

anggap lah itu hobi saya yg tak sehaluan dgn syikin...

namun...tetap doa saya agar syikin berbahagioa bersama keluarga.

idham.

Shami said...

Syikin yang no.5 tu macam sama je...he..he..he

FaEzHussain said...

syikin....

kalau syikin travel kat sini time-time skrang ni, takde nyer lah nak nampak awan putih bergumpal-gumpal, semuanya mendunggggg jekkkk.

saya pun,syahdu sket kalau tengok kanak-kanak tak bernasib baik. itu yang takleh jadik pakar kanak-kanak tu. silap hari bulan doktor ni yang meraunggggggggggg..... (apa la, ICU takleh, kanak2 takleh, nak jadik apa yer saya ni..heheh)

Kaklong Syikin said...

izhal: mmg sedih. tu sbbnya saya tak d kekuatan nak jd lawyer syarie. terlbeih emosi :)

hehe..suka mak awak dpt first visitor ya ? awak yg pujuk mereka buat blog tu? bagusnya...

blown away: frankly speaking, saya tekejut ngan kunjungan semula awak k blog saya, sbb saya fikir komen saya tu agak sensitif. Saya fikir awak seorang yg berlapang dada orgnya.

Oppsss, saya bkn serikandi Islam :).mengetahui kelemahan diri sendiri, gelaran tu jauh sangat utk saya, saya hanyalah seorang ibu yg biasa sahaja.

oh ya..mmg hobi kita langsung tak sehaluan, tapi saya kira u shouldn't make it as your hobby too. Allah marah..hehe

tq doakan kebahagiaan keluarga saya. saya pun doakan awak mempunyai keluarga yg bahagia d dunia n akhirat, terutama di akhirat, sbb ia kehidupan abadi. amin.:D

Unknown said...

kak syikin...no.1 3 4 ngan 7 kite same la...kalu baca novel mmg nak tahu ending dulu..memilih gak kalu nak baca novel neh..
pastu suke tul ckp sorang2...mcm org gila gak kdg2 tuh..hahaha..
yg no.4 tu saye bukan saje takleh denga kanak2 bermasalah...org2 tua pon saye takleh tgk...sedeh...cpt sgt rase nak nanges kalu tgk mereka..huhu..
yg no.7 tu mmg kaori bersyukur gak...tak BOSAN ngan hubby..mintak dijauhkan..mmg takleh wat keje same jer..mesti cepat bosan..tatau nak elakkan cemane..

Kaklong Syikin said...

shami: ye ke? hehe..saya ingatkan saya seorang jer camtu..ok, welcome tu d club..;D

faezhussein: ye ke tak de awan bergumpal2 tu? hmm..nampaknya saya kena belajar menikmati langit biru la ni..:D

tak kisahlah doktor apa, tapi tahan tgk darah, luka sana sini, yelah keadaan org sakit tu, mmg mengagumkan..saya ni, bau ubat hospital jer dah pening semacam..sebu dada tu. terfikir gak, cubalah dlm dinding hospital tu dicat kolor mesra pesakit n pengunjung, mesti depa rasa mcm kat rmh jer kan..hehe, berapa banyak duit nak bazir kat cat tu daaa...;)

Kopi Suam said...

syikin,
bab merebeh tu memang kita sama tu sebablah saya pun tak berani nak tengok rancangan bersamamu tu heehh baru2 start airmata dan menjurus2 keluar....

Kaklong Syikin said...

Kaori:alamak...attitude kita hampir serupa..hahaha.Awak baru kawin kan..tu mmg logik tak bosan ngan suami lagi..mcm akak, syukur sangat sbb kat 8 thn kawin ni masih maintain rasa love love ni..hehehe

KS: waaaa..samalah ngan saya, dengar lagu latar dia tu,lagilah syahdu..blh nangis dibuatnya.suami saya pun pernah keluar air mata bila dgr lagu si jac tu nyanyi..lirik dia tuh... wat org nangis jer..

KAMATO said...

Terima kasih kerana mengunjungi blog saya, semoga syikin akan terus bahagia menjalani kehidupan harian.

Kaklong Syikin said...

kamato: tq singgah blog saya juga n tq atas doa tersebut.amin...:)

Alinlai said...

baca novel nak tau ending tu saya biasa buat. Tak payah nak saspen2 lagi...

FaEzHussain said...

syikin...

buat masa ni, kat sini langit tak cerah pun.mendung jek.so kalau ke sini kena la suka menikmati langit mendung. tapi alhamdulillah hari ni cuaca nampak terang, tapi yang pasti, ianya sejuk membeku. kalau di sini,musim2 ni, langit cerah jgn disangka panas.

Mummy Rizq said...

syikin-ada sebahagian dr weird habits awak sama cam saya ler.. hee..hee.. kita serupa! rajin rajin lah memberi buah fikiran awak kat saya K! sometimes I do need it...

Kaklong Syikin said...

alinlai: hehe...betui tu

faezhussain: oh, ya ke? hmm..satu hari nanti saya nak p sanalah bawak satu famili. amin

MB: Ye ke..heheh,bertambah lagi geng saya nampaknya. hehe..aip aip mam..

Kaklong Syikin said...

Hot mama said,

Saya share satu habit ngan syikin, suka memikirkan masalah org lain sampai migraine dan sampai bermimpi-mimpi, tuulaa saya kalau boleh dah taknak buat kes syariah cerai-cerai nie, sakit kepala!

_________________________

hot mama: saya pun tak tau nape komen awak ni tak masuk dlm ruangan ni, cumanya ia sampai dlm email saya jer. tu yg saya copy n paste msuk dlm ruangan komen ni.

wah...sampai mimpi2 tu, tak terlawanlah dek saya..tak mo tak mo. betui lah, kes2 syariah ni mmg banyak yg wat kita sakit jiwa bila tau tu..

zino said...

kalau macam ni tak boleh drive kereta ni bahaya.. asyik tengok awan nanti tah kemana kereta tu hehe

Kaklong Syikin said...

zino: hehehehe...lawaklah. selama ni mmg bkn saya yg driver, cik abe. so, melihat awan tulah aktiviti saya.tapi, entah bila, satu hari nanti saya drive keta, mmg tak leh tgk awan dah..kena tgk depan.

Kaklong Syikin said...

blueyasmeen: macamana maksud auntie tu ya yg kesannya ke atas personaliti dan imej saya? btw, tq for the advice n balas kunjungan blog saya:)