Monday, April 10, 2006

Cerita hujung minggu

Berita kematian: Al-Fatihah
Sabtu tengahari dpt berita kematian bapa kepada salah seorang sahabat baik kami sejak sekolah menengah, iaitu Z (asalnya terima sms tu pagi, tapi sebab tak check hp, tu yg tau tghari). Malangnya kami tak dpt nak pg ke rmhnya hari tu sebab cik abe diserang sakit kepala yg amat. Kebetulan hujan petang tu lebat sangat. Kami pun tak berani nak amik risiko meredah KL utk menghala ke Klang. Sekarang ni asal hujan lebat senang jer jadi banjir. Dengan kanak2 ribena 4 org ni, buatnya tgh jalan tu naik air tiba2..mana nak selamatkan anak2 ni?
Malam tu, lebih kurang jam 10 lbh, kami bertolak balik ke rmh MIL, tapi singgah dulu di Giant, beli susu Alia n Huda yg kehabisan. Sampai pun dlm jam 10.30, tak lehlah nak mencari barang lebih2..yg penting jer. Husna pulak seronok sangat sbb dpt beli swimming suit yg dah lama diidamkan (baru jumpa saiz dia!!!) utk kelas berenang di sekolahnya. Gitu gini, adalah kat jam 12 sampai rmh MIL. Budak2 ni apalagi, melantak masing2 berjaga sampai 2 pagi lebih. Yg umminya dah surrender. Tapi tak leh nak tidur nyenyak gak, sbb si Alia bising, agaknya perut dia sebu sbb makan banyak sangat. Rupa2nya jam 4 pagi lebih tu dia muntah (MIL terdengar dia bising)..sungguhla umminya tak sedar sbb keletihan. Bangun subuh, terbau muntah kat badan dia..Allah siannya dia..cepat2 salinkan baju dia. Rasa guilty pulak ngan Alia, biasanya mmg blh sedar kalau dia berbunyi or menangis, ini tidak. Punyalah lena.
Menziarah
Ahad petang, lebih kurang jam 3 kami bertolak ke Kapar, Klang. Kat 4 ptg lbih baru sampai, itupun tercari2 rumah Z yg baru didudukinya dalam 3 minggu tak salahnya. Arwah ayahnya disempurnakan pengapanannya di rmh Z. Sempatlah arwah ni bermalam sekali kat rmh baru anaknya tu. Alhamdulillah, nampak ahli keluarga Z semua tenang dan sabar, terutama mak Z. Nampak kekuatan di wajahnya.
Mudahnya meninggal
Kematian arwah ni mmg tak dijangka langsung. Dia sihat walafiat. Awal pagi Sabtu, dia abih shift keje, dan sempat keluar minum ngan kawan dia dlm jam 5 lbh tu. Elok jer mereka berbual2. Masa tu Z keje shift malam. Dlm jam 6 pagi lbh or 7 pagi lbh (masa ni tak berapa jelas dengar) Z dpt called drp arwah bagitau dia sesak nafas dan minta untuk dihantar k klinik. Dek kerana takut tak sempat, Z sempat telefon rmh maknya minta tolong adik beradik lain mana yg sempat sampai dulu untuk hantar arwah ni ke klinik. Masa di klinik tu, arwah ni dibantu alat bantuan pernafasan dan mmg keadaan dia nampak lain masa tu. Z dapat rasa mcm arwah ni dah tiba masanya sbb nampak perubahan fizikal mendadak pada arwah, tanda2 hampir meninggal dunia. Masa tu mmg adik beradik Z semua dah berkumpul dan mereka bersepakat untuk memohon ampun dan maaf kalau ada salah dan silap pada arwah. Lepas jer masing2 memohon maaf, tak disangka2 arwah ni bangun n duduk, dia pun tanggalkan alat penekup muka bantuan pernafasannya tu dan memohon maaf sama pada anak2 dan semua. Lepas tu, dia baring semula dan dalam 1/2 jam lepas tu, dia meninggal. Lebih kurang jam 9.20 pagi Sabtu. Alhamdulillah, lepas zuhur, arwah dikebumikan. Mudah dan lancar. Rezeki arwah nilah. Paling terkejut, kawan arwah yg minum bersamanya kali terakhir tu. Sapa sangka, borak2 bersama dlm jam 5 pg lebih tu..beberapa jam selepasnya dpt berita kematian arwah. Memang dia tak percaya.
Kata Z, bila arwah ni meninggal, baru perasan segala perbualan arwah yg menunjukkan dia akan pergi jauh. Contohnya, arwah ni sibuk ngak mesin rumput keliling rmh Z, walhal rumput tu tak panjang mana lagi. Z pun dah panggil org utk mesinkan rumput. Lebih kurang ayatnya, kalau org datang ramai2 nanti senang (sungguh pun, org ramai datang ziarah kematiannya) Dan lagi katanya, dia takkan mesin rumput dah lepas tu. Habis memesin rumput tu pulak, dia letak kat belakang rumah Z. Dia bagitau, dia takkan guna lagi dah mesin tu. Sebelum duduk rmh tu, sibuk dia nak tanam sebatang pokok pisang belakang rmh Z tu. Dan sempat dia suruh Z tambah lagi tanaman pokok pisang tu kelak. Dan pokok pisang yg arwah ni tanam mmg digunakan masa mandikan arwah.
Keletihan
Lepas maghrib, kami bertolak balik ke Gombak. Terpaksa menghampakan permintaan keluarga Z untuk bersama majlis tahlil selepas Isyak memandangkan Husna dan Aiman nak bersekolah esoknya (Isnin). Jauh perjalanan kami ni hampir 2 jam lamanya, itupun singgah dulu di rmh bapa saudara saya di Subang Jaya untuk menghantar barang kiriman anak bapa saudara ni. Itupun kami tak masuk dalam, cuma di luar pagar je. Jemputan utk masuk ke rumahnya pun terpaksa saya tolak sebab anak2 ada yang dah lena tidur dlm kereta. Lebih kurang jam 10 mlm lebih kami tiba di rumah. Penatnya ya Allah. Syukur MIL bekalkan lauk dan nasi. Hanya panaskan yg itu jer utk makan malam. Saya tak makan dah, sbb masa di rmh Z kami dihidangkan ngan nasi masa jam 5 ptg lbh. Alia dan Huda? Hai..kanak2 ribena ni mmg tak leh gak nak tidur cepat, terutama Alia..agaknya letih sangat badan dia..kejap2 terjaga menangis tengah2 malam. Mmg letih sungguh dibuatnya sebab dah lama tak berjalan jauh macam ni dalam masa sehari.
Selamat Pengantin Baru
Ha...saya nak ucapkan selamat pengantin baru pada Gitartong dan isteri yang melangsungkan perkahwinannya Ahad ni. Selamat menempuh alam rumahtangga yang indah. Moga kalian bahagia dunia akhirat bersama bakal cahayamata yg akan datang. Psst...GT, nak berapa orang anak? hehe. Tak kira berapa pun anak yang bakal ditimang, insyaAllah anak2 itu adalah anak2 soleh dan solehah. Penyeri rumahtangga kalian. Adatlah sesekali ada selisih faham dan berlainan pendapat, tapi hadapilah mehnah dan tribulasi (ni ayat fofular masa belajor dulu) dlm rmhtangga ni dengan penuh kematangan dan tidak mudah melatah. InsyaAllah, jika niat kita berkahwin kerana Allah, maka segala kesusahan dan kesulitan akan ALlah beri petunjuk menyelesaikannya jika kita merujuk pada Dia, biarpun sebesar zarah...
GT...
jika inginkan isteri solehah, anda kena jadi suami soleh
jika inginkan isteri seperti Saidatina Khadijah, anda kena berusaha mencontohi Nabi
jika inginkan isteri seperti Saidatina Fatimah, anda kena sehebat Saidina 'Ali
InsyaAllah...kekal bahagia selamanya. Amin.
Maulidur Rasul
Esok (Selasa) Maulidur Rasul, birthday Rasulullah. Sesamalah kita menambahkan kerajinan berselawat pada Baginda. Dalam masa yg sama, ia birthday Husna yg ketujuh mengikut kalendar bulan Islam. Ikut kalendar biasa ni, bulan Jun nanti.

26 comments:

maklang said...

Selamat menyambut Maulidur Rasul....

Kaklong Syikin said...

samalah maklang.tq dtg blog saya :D

KAMATO said...

Tiap yg hidap akan pergi, semoga rahnya dicucuri rahmat, selamat menyambur maulidul rasul

aNIe said...

Al-Fatihah buat yang pergi...dan selamat menyambut Maulidur rasul....

Kaklong Syikin said...

Kamato n K.Lady: Ya, dah tiba masanya dia berehat, itu yg sempat saya bisikkan ke telinga isteri arwah.

Dan salam Maulidur Rasul juga :)

Hot Mama said...

Life is short... so sebab tuu kita perlu menghargai every detik.
Al-Fatihah untuk keluarga Z.

Kaklong Syikin said...

hot mama: betul tu terutama waktu2 bersama keluarga.

p.s. tak cuti ke ari ni?

zino said...

utk keluarga Z al-Fatihah..

kunci hilang said...

al-Fatihah utk arwah.
Saya teringat dulu, sebelum spm, kawan saya, dia berwuduk dan mengaji perlahan di dalam kelas selepas tamat waktu prep.
Selepas spm, saya pulang ke kampung. Esoknya terima berita, kawan saya itu baru saja meninggal dunia. Kemalangan motosikal.
Al-Fatihah.

Kaklong Syikin said...

zino n kunci hilang: terima kasih :)

Izhal said...

baru tadi saya terfikir, hari ini saya mati ke? terbaca pula entry ni... sedih...

Alfatihah buat arwah ayah-Z...

FaEzHussain said...

Syikin

Takziah pd Z sekeluarga, dan alfatihah pada arwah ayahnya. Begitu la janji Allah, setiap yang hidup akan mati....

Harapan saya, agar diri saya ini lebih insaf dan mendekati Allah dengan bidang saya hendak dalami ini. Setakat ini, dinampakkan jalan olehNya, saya perlu istiqamah.

Terima kasih Syikin kerana sering menjenguk blog saya yang tidak seberapa, yang kadang2 hanya berisi gambar sahaja....:D.

Kaklong Syikin said...

izhal: bagusnya blh terfikir samaada haritu kita akan mati atau tidak, krn ia akan buat kita lbih bersungguh2 melakukan pekerjaan krn Allah, yg tentu mendatangkan pahala. Dlm sehari mmg malaikat maut menjenguk kita 70x utk lihat samaada kita bersedia utk mati atau tidak.

faez: jd doktor ni saya lihat senang dpt pahala, sbb kita bantu pesakit utk pulih. teruskan istiqamah.
saya mmg suka jenguk blog faez:), terutama ia mengenai cerita di perantaun. samalah ngan en.izhal kita yg duduk di jepun nun.

Mummy Rizq said...

wa... syikin. banyaknya xtvt awak anak beranak yer. best gak kan. but then tak penat ker? utk arwah ayah kawan awak.. semoga rohnya dicucuri rahmat...

Anonymous said...

MB: maunya tak penat?ngan kerenah kanak2 ribena lagi..hehehe.tapikan jrg sangat ada aktiviti byk camtu.sebulan sekali pun blm tentu.

kasutVINCCI said...

alfatihah utk arwah bapa kawan kakak...

LingGopoH said...

Al-fatihah dan takziah pada keluarga Z,alhamdulillah sempat jugak Z dan adik beradik mohon maaf pada arwah.
Teringat disaat Abah meninggalkan kami dulu,tak sempat saya jenguk dan mohon maaf pada beliau,semuanya tak sempat kerana ketika tidornya arwah pergi.Masa tu study diIpoh sampai K.L telah pun dikebumikan,sedih rasanya bila baca kisah Z. Teringat kat Abah,apa yg dapat saya hadiahkan cuma doa,al-fatihah & surah Yasin....

Jemputlah datang ke majlis GT Ahad ni,gombak-cheras bukan jauh pun ikut MRRII..

Alinlai said...

Hmmm bila dengar cerita macam ni teringat orang tua kat kampung... duduk jauh2 ni kena redha je la dengan apa2 situasi yang akan datang.

WRA said...

alfatihah utk arwah...suka dengar cerita org meninggal dengan tenang...harap2nya kita juga meninggal dengan mudah...

baru baca entri kat bawah tu..nanti akak buat ek?

NONIE AZIZ said...

Al-Fatihah untuk bapa kawan shikin!!

Kaklong Syikin said...

kv n mr: terima kasih :)

linggopoh:nak wat camner, tak de rezeki. yg penting kita sentiasa sedekahkan fatihah utk dia, doakan kubur dia sentiasa terang n lapang.

Terima kasih atas jemputan tu. Ada rezeki, kami sampai. Awak ni abg or adik GT?

alinlai: betul tu alin, kena bersedia ngan itu semua.

kak wan: amin...mmg rasa cemburu tgk org meninggal ngan mudah ni. saya pun berdoa agar kita smeua meninggal ngan mudah.

Anonymous said...

mintak2 kita pun dipermudahkan bila tiba masa nanti.

amboi, banyaknya aktiviti, walau sekadar membaca saja, dah terasa penatnya!

Kaklong Syikin said...

ummi: amin..
sbnrnya tak banyak pun ummi, drp langat p ke kapar klang pas tu singgah jap di subang jaya, yg penat tu jarak perjalanan plus kerenah anak2 terutama alia, dia tak suka duduk lama2 dipegang dlm keta. ended up dia lepak kat tpt letak kaki dlm keta tu, siap baring lagi..adeii penat umminya

LingGopoH said...

saya adiknya GT..

blackpurple @ jowopinter said...

"jika inginkan isteri solehah, anda kena jadi suami soleh
jika inginkan isteri seperti Saidatina Khadijah, anda kena berusaha mencontohi Nabi
jika inginkan isteri seperti Saidatina Fatimah, anda kena sehebat Saidina 'Ali
InsyaAllah...kekal bahagia selamanya. Amin."

tertarik dengan kata-kata itu.. apply untuk semua bakal2 tu kan......hehehe..

Kaklong Syikin said...

BP: sbnrnya kan, saya quote lbh krg drp satu sajak panjang yg diemail oleh kawan saya. dan kwn baik saya ni dpt drp seorang client dia dulu. sayanglah, saya terdelete sajak sbnrnya tu. kiranya ni, saya olah ayat sendirilah. baris2 lain tu saya tak ingat. kata2 ni mmg power, sesuai utk semua org dah berkahwin...