Sunday, April 02, 2006

Sayonara gigiku

Isnin
Akhirnya..gigi geraham yg sakit ni berpisah drp gusinya.

Yg saya nak highlightkan ni bukan pasal sakit gigi ni..tapi pilihan rawatan utk gigi ni. Asal gigi geraham atas sblh kanan ni sakit masa saya ngandungkan Alia peringkat trimester akhir, kiranya lagi sebulan or 2 minggu nak bersalin. Masa tu, saya pergi ke klinik gigi cina yg dah simpan rekod pergigian saya sejak mengandungkan Huda lagi. Sama seperti Huda dulu time mengandung trimester akhir, doktor tak mau cabut gigi tu sbb kesannya nanti saya blh kena contraction bersalin sedangkan tarikh due lambat lagi. Jadi doktor tampal dulu gigi tu sementara tunggu saya bersalin dan lepas tu baru saya boleh cabut gigi. Mmg tahan tampalan tu dan hilang sakit gigi selama setahun lebih ni, hinggalah 3 minggu yang lalu sakit tu datang balik. Kali ni saya pergi klinik gigi kat area Gombak sbb kami dah duduk di sini. Yg klinik gigi cina ni di area Selayang sebab kami duduk di sana dulu. Klinik gigi di Gombak ni, saya pergi k klinik melayu.



Di klinik gigi melayu ni,
-doktor bagi pilihan samaada cabut atau matikan akar (tak yah cabut gigi, matikan saraf jer dan kmdn ditampal, prosesnya 3x dlm masa 3 minggu berturut2 -1x seminggu-). Yg cabut, dlm 45 inggit dan yg matikan akar, 500 inggit.
Masalahnya dia tak terang lebih lanjut mana yg sesuai utk saya dan cadangan yg terbaik utk saya. Dia suruh pilih jer mana satu yg saya nak. Masa tu tak leh nak cabut dan matikan akar sbb gigi saya terlalu sakit dn dah bengkak pun gusi. So, dia bagi pain killer dan antibiotik. Selepas 3 hari dia suruh datang lagi, samaada utk cabut atau matikan akar.
Tapi, dah 3 hari pun tak hilang lagi sakit gigi tu, jd saya datang semula pada hari k 5 (tak dan nak p awal) dan diberi pain killer dan antibiotik lbh kuat. masa kali kedua kami dtg ni, secara tak sengaja kami dpt tau yg lepas 6 bln matikan akar, kena buat crown pada gigi tu pulak ( bila saraf dah dimatikan, gigi tu dah tak kuat, jd nak elakkan gigi reput, ia dikukuhkan ngan sarung gigi yg dipanggil crown ni) yg berharga 400 lbh krg.
Bila tau hal ni suami saya merungut depan saya sbb kami tak diberi penjelasan panjang lebar pasal ni, yelah bagitau citer sekerat jalan jer dulu pasal matikan akar. ingatkan cukup matikan akar jer, tapi kena wat crown pulak lepas tu. At least kami blh buat keputusan bijak samaada nak cabut gigi or matikan akar dan berbaloi tak duit yg dibelanjakan tu terutama jika kami pilih rawatan matikan akar (bab gigi pun peningkan kepala). Tapi saya sempat tetapkan appointment seminggu berikutnya utk cabut or matikan akar ni. Suami bagitau, sementara saya abihkan antibiotik kali k2 ni, kena wat survey kat klinik lain dulu nak tgk samaada penjelasan dan kos rawatan tu sama atau tidak ngan klinik melayu ni.


Dalam masa yg sama juga, entah kenapa hati saya berat nak teruskan rawatan di klinik melayu ni. Bila suami kata wat survey klinik lain dulu, terus hati saya tergerak nak dtg ke klinik cina ni semula. Terutama sekali rekod ttg gigi ni ada di sana. Bila time tiba appointment kat klinik melayu tu entah nape, tergerak jer saya nak cancel appointment tu.

kemudian, minggu lepas berlalu camtu jer, gigi tak berapa sakit sangat. still makan antibiotik on off (time sakit jer..x leh sebenarnya). suami tak dan nak wat survey kat klinik lain ngan tight schedulenya. Saya pun berdoa gak, tunjukkan mana klinik gigi yg patut saya pergi.

Hinggalah Sabtu petang baru ni , lepas kenduri kahwin tu kami p ke klinik cina tu semula. Bila dia check gigi saya ni, punyalah panjang lebar explaination doktor tu ngan pembantu dia, antaranya;

-kena cabut gigi ni jugak sebab gusi dah bengkak di luar (nerve kat luar tu dah rosak dan bila ia rosak maka kuman2 dia akan menyerang gusi gigi lain yg blh mengakibatkan semua gigi rosak)

-so, no point habis lbh seribu untuk mati akar dan crown sbb akhirnya gigi tu kena cabut juga.

-nak buat mati akar dan crown ni hanya jika gigi sakit dan gusi luar tak bengkak. sbb yg nerve kat dlm tu jer bermasalah. maka ia akan bertahan at least selama 10 thn. kalau buat juga sedangkan gusi luar dah bengkak, ia akan bertahan at least 8 bulan. kan rugi duit yg dah dibelanjakan tu


keputusannya: saya bersetuju utk cabut gigi dan dipersetujui bersama oleh cik abe.Fikirkan buat apa buang duit lbh seribu utk menyelamatkan gigi yg dah rosak betul ni. Fuh..punyalah berminggu nak wat pilihan rawatan gigi ni. Dan kliniknya? saya pilih klinik cina ni, sbb ketelusannya memberikan explaination panjang lebar mengenai rawatan ni yg kita tak minta pun penjelasannya. Lagi satu, nampak dia ni tak kejar keuntungan besar, yg penting kesihatan gigi pesakit dia.


Bayangkan jika saya laburkan duit seribu lebih utk sebatang gigi yg dah tue ni dengan harapan ia boleh berkekalan hingga ke kubur bersama saya, tetapi akhirnya kena dicabut juga disebabkan mendapat penerangan yg tidak jelas.Kan dah rugi tu...

Kenapa saya pening kepala antara cabut gigi dan mati akar sblm ni? hehe, ada citer gak tu (huh...itupun nak citer). Suami suruh saya pilih nak wat mana satu, lepas kami dtg ke klinik melayu ni stlh diberi pilihan. Ikut hati nurani saya, naklah matikan akar, tak yah cabut gigi, sbb gigi geraham depan tu dah kena cabut. Nak cabut yg ni pulak, alamat bertambah besarlah ruang kosong gigi atas tu sbb bersebelahan jer. Tapi, kalau senyum jer, tak nampaklah. Jgn gelak, mau lalat lalu terowong tu. Dan yg keluarkan duitnya cik abe sbb saya ni permaisurikan (makno eyy den tak kojo ;D), tak sampai hati nak suruh dia melabur 500 inggit lebih tu kat gigi nan sebatang ni campur crown nanti 400 lbh, total mau seribu lbh (blh wat belanja dapur 4 or 5 bln tu!!!) . Kalau cabut gigi, tak sampai 50 inggit. Kan jauh beza nilainya tu.

Saya pun bagitau suami,ayatnya lebih kurang gini;

kang den cabut gigi..rongaklak nampak eyy..sonyum kang dah nampak lubang. Tak malu ko isteri abang rongak?Abang gak yg nak pandang muko den...org lain den tak kisah doo.. (konon2nya nak nampak ayulah depan suami)

Bila saya cakap camtu, punyalah dia suruh saya posing senyum ngan dia..mula2 wat senyum, ok lagi..lepas tu dia suruh lebarkan senyum, ok lagi, lepas tu dia suruh saya gelak. Saya gelak besarlah. Dia terjerit..eiii berlubang!!(imaginasi dia bila gigi ni cabut gak mmg lubang besar nampak kalau saya gelak kuat).Kahkahkah...
Dan kalau tak kerana gusi luar ni dah bengkak, confirm saya buat matikan akar dan crown ni atas tajaan kasih sayang cik abe. Apapun terima kasih buat suamiku tersayang kerana sudi menaja perbelanjaan mencabut gigi ini.;D (yolah, sapo laiy yg nak tajo,yo tak?)
*************************************************************************************
Petang Ahad, sblm kami melawat Z di hospital, saya n suami berborak2 pasal agenda nak p klinik gigi n antar huda & alia k rmh mak. Lagi sekali suami nak tgk rupa muka saya kalau saya cabut gigi tu nanti..saya pun posing senyum hinggalah peringkat nganga sebesar2nya. Lawak tul. Suami pun kata, ha ah..nampak lubang besar. ..
Tiba2 suami suggest kat saya, lebih kurang ayatnya:
nanti masukkanlah pasal cabut gigi ni dalam blog
mestilah, nanti wat tajuk sayonara gigiku
Hehehe...tersengih menggeleng suami saya dengar tajuk tu.

24 comments:

Unknown said...

kak syikin!!!!! kaori kembali...hehe...rindu la same kak syikin..gigi dah ok ke?

Anonymous said...

gigi? hehe... gigi geraham kecil tok semuo dah xdo. semuo roput tetibo. xdo sakit xdo raso apo. sodar2 hancur yo. dah bnyk kali tertolan ngan nasik. hehe...

Kaklong Syikin said...

Babydiana: untungnya gigi cantik n sihat.:).fikir2kan semula, menyesal sejak kecil tak prihatin ngan kesihatan gigi. bayangkan, sejak sek. rendah saya dah penah cabut n tampal gigi.

kaOri: Ya Allah, rindunya akak ngan budak kecik ni.awak p mana? p ronda2 satu jepun ke? or p honeymoon kali k 2 ngan hubby kat salah satu pulau di Jepun ni ?
gigi? huhu..masih terasa denyutan tpt luka tu, mmg sakit kepalalah 2 or 3 hari ni.


atok: wah..untunglah gitu tok.tak yah nak sodokah duit kek klinik gigi tu. Tapi, camnor lak leh roput tibo2 tu? makanan apo yg buleh meroputkan gigi?

NONIE AZIZ said...

huhuhu....tak po shikin pemanis muka sobonar nyo tu!!!muahahaahah...

Sya said...

kak sya kalau pasal gigi memang jaga betul.. sebab rasanya gigi ni ajer yg hampir-hampir "perfect" kat bhgn muka. Kalau tak gosok gigi sebelum tido mesti bangun walau kol 3 pagi pun utk gosok gigi.. tak kira camana penat atau ngantuknya.

baru kak sya faham maksud crowning.. he he he

ibuVouge said...

IV pun jaga gigi...sbb IV phobia dgn dentist.hehehe

Kaklong Syikin said...

MR: hahaha..yelah tu

kak sya: bagusnya. nanti nak tiru akaklah. hehe..saya pun baru tau makna crowning tu apa..matikan akar pun baru tau.

iv: jaga iv jgn tak jaga..nanti saya nak wat entri pasal punyalah doktor tu nak cabut gigi saya.

Along said...

alahai...bab gigi ni memang tensen. Along dulu pakai braces, 3 tahun. Seksa sungguh tapi hasilnya menawan. Hahahaha...tapi sekarang dah lebih 5 tahun tak pi jumpa doktor gigi. Takut, malas..banyak le alasan.

Ingat nak pi, bawak si Dania. Bagi dia experience pi jumpa doktor gigi, bagi tak takut macam ibu dia.

Mahalnya nak bela gigi rosak. Cabut je lah bagus, jimat duit...lepas tu takyah pikir lagi. Cuma kurang menawan je lah..:D

Anonymous said...

Alhamdulillah setakat ni takde masalah gigi berlubang. Tapi kkdg gigi depan ni ngilu mcm iklan sensodyne tu "Gigi ngilu ni sakitnya sekejap, tp memeritkan..." Hehe

WRA said...

kenapa ek orang takut kat doktor gigi? akak pun memang kecut sangat la kalau nak ke dentist...upah seribu pun belum tentu nak pegi hehehehe...tapi alhamdulillah, anak2 akak takat ni semua jenis yg sukaaaa gi klinik, tak kesah klinik apa...

yg si Awadah no. 3 tu pulak siap cakap bila besar nak jadi doktor gigi, nak cantikkan gigi abang2 dia hahahahhaha

Hot Mama said...

Eee kita paling takut gi jumpa dentist..

Ayu Mohamad said...

aiyaks.... dentist bukanlah kawan baik saya..hehehehe...

kak syikin : Z dah ade perubahan positif ek.. alhamdulillah.. saya doakan semuanya akan pulih seperti biasa...aminnnn

NBK466 said...

Wah...nampaknya pn dah buleh jadi specialist gigi lepas nie.. berguru dgn 2 org dentist..he..he..he..

Kaklong Syikin said...

along:hehe..mmg saya tak suka jumpa dentist, sbb sek. rendah dulu experience dpt dentist garang. sabor jelah. Husna, sibuk dia nk jumpa dentist wlwpun tahun lps dia kena cabut gigi.baguslah tu dia tak takut dentist, tak cam umminya..hehe

Kaklong Syikin said...

alang: kalau sstart ngilu tu, better jumpa doktor. mana tau ada masalah gusi..cewah..kita nya gigi pun korupt..hehe

Kaklong Syikin said...

kak wan: tak taulah..mungkin kot tools dia yg halus2 n tajam2 kot...tapi yg pasti, saya tak suka suasana klinik, hospital..sbb nampak serius gitu..cuba decorate dinding tu cantik2, taruk wall paper ke, kata org nampak mesra pesakit...jd, kita yg pesakit ni pun rasa kuranglah takut tu.

baguslah kak ada sorang anak nak jadi doktor gigi..blh dpt free treatment.. atau koman2 80% diskaun..hehe

Kaklong Syikin said...

hot mama & ayu: hhee..saya juga bukan kawan baik dentist. hotmama, kena jaga gigi elok2 time pregnant ni, sbb kita bnyk kongsi ngan baby..

nbk: specialist tu tak lah kot, tapi berilmu barulah...:)

Nik Ha said...

Saya pun boring sungguh dgn dr yg tak suka bg explanation. Saya rasa mcm dorang sajer ckp sekerat2 sbb nak duit kot.

Saya suka dr yg siap bg explanation cemana nak prevent sesuatu penyakit etc..wat syarahan pun takpe asal berguna kat patient kan. Ni cek alakadar, terus bg ubat, dah, tak sampai seminit.Hubby suka menyoal,tu better gi klinik dgn dia. Kalau saya, kalau dr mls ckp saya pun mls nak tanya..he..he..

Akak ada petua utk jg gigi baby tak? ank saya susah sunggu nak berus gigi dia, takut senang rosak je kalau tak jg dr awal.

Kaklong Syikin said...

nznm: hmm..itulah, kan klinik panel kampus ada banyak kat area gombak n setapak ni...jadi kami dahmasuk semua klinik tu..ada dr. jenis nak cepat jer, mcm kalut semcm,ada dr. jenis lama nao smpai jenuh kita menunggu abih rawatan, ada dr. jenih in between 2 types ni dan ada dr. yg ok sungguh.

akak pulak suka banyak tanya, biar puas hati, selagi tak paham, selagi tu akak tanya, mcm kalau klinik A kata gitu gini, next time, kalau gi klinik B pulak, akak akan confirmkan ngan dr.tu betul ke sekian sekian sakit tu gitu gini halnya..kekadang tu dpt lebih info, tu yg best tu.

camner ek nak ajar anak berus gigi. budak, mula2 mmg tak suka berus gigi mungkin sbb kita pakai ubat gigi dewasa tu, cuba tukar ubat gigi kanak2..tapi jika dia masih tak suka, tak per. cumanya, jgn paksa dia berus gigi lama2..mcm huda, mula2 tu, dia bagi sentuh gigi bhg depan, itu pun beebrapa saat jer. lepas tu terus katup mulut menggeleng. tak perlah, nak bagi dia intro dulu.then suruhj er dia bsuh mulut.ini berlarutan dlm seminggu dua. lepas tu, bila dia dah biasa ngan rasa ubat gigi..ajar dia bukak mulut besar utk gosok kat bhg dlm.kalau nak bagi dia lama, sambil kita gosok tu..buat bunyi2 sekali macam aaaaaaaaaa or ooooooo or eeeeeeeeeeeeee nanti dia pun sama bunyi dan dia tak sedar dia dah nganga besar, kita pun apalagi gosok jerlah, tapi perlahan2.ini mcm satu game dgn dia. insyaAllah, nanti dia dah tak kisah dah nak gosok gigi s/ada ngan bunyi or idak.tapi huda tu, sampai la ni dia akan suka akak wat bunyi. kalau kimi tu tak suka gak ngan ubat gigi, tak per, gosok camtu jer tanpa ubat gigi.yg penting dia nak bukak mulut n bagi berus tu masuk dlm mulut dia. mcm alia sekrang, mmg tuttup rapat sangat..tapi slowlylah, dpt gosok sikit pun tak per. cubalah ya.

kasutVINCCI said...

kak syikin, nostalgia sungguh gigi tu kan. Sampai pening kepala dok mikir fasal dia. Hik hik..tp kalau sakit mmg tak ingat ttg nak melawa ke apa, dok pikir nak hilangkan sakit ajer.

Kaklong Syikin said...

KV: hehe..betul tu, yg penting sakit hilang.tapikan sampai hari ni msih terasa denyut bekas luka gigi tu lagi..adeeii..

FaEzHussain said...

senyum takde gigi pun masih manis kan?
gelak tanpa gigi pun masih ayu kan?
kalau dah cinta, semuanya indah kan?

Kaklong Syikin said...

faezhussain, wah pandai bermain kata nampaknya...menyulam bahasa hingga indah bila mendengarnya...:)

Hot Mama said...

Saya share satu habit ngan syikin, suka memikirkan masalah org lain sampai migraine dan sampai bermimpi-mimpi, tuulaa saya kalau boleh dah taknak buat kes syariah cerai-cerai nie, sakit kepala!