Sunday, April 02, 2006

Adat perkahwinan

Sabtu tengahari saya tak memasak sbb ada jemputan kahwin. Kenalan suami menerima menantu lelaki. Masa kami sampai kat dewan org ramai tu pengantin belum sampai lagi. Masa nak masuk ke dalam dewan, ternampak penyanyi to'ki ngan isterinya baru sampai gak.Tengah menjamah nasi, mcee mengumumkan kehadiran mempelai, tapi punyalah menunggu pengantin masuk sbb lama nao pencak silat kat luar dewan tu berlangsung.



Yang saya pelik tu, dlm masa yg sama, kat atas pentas letaknya pelamin pengantin, sedara mara pihak perempuan ni dah standby duduk atas pelamin tu. siap depa announce lagi suruh kaum kerabat pengantin termasuk anak2 sedara standy by kat pelamin. first time saya tengok macam ni.



Tak lama lepas tu, pengantin pun masuk. sampai kat bawah pentas, mempelai dipisahkan. yg sorang naik tangga belah kanan pentas, dan sorang lagi standby belah kiri pentas. Pengantin perempuan terus dibawa duduk kat pelamin dan diapit dengan sedara maranya. Yg pengantin lelaki masih belum naik. Rupa2nya sesi tol bermula. Baru saya faham, itupun sebab pihak pengantin perempuan mulakan ngan pantun. Yg lucu tu, batang kayu kecil dibuat sebagai penghadang laluan. Dah bayar tol, baru pengantin lelaki dibenarkan naik ke pelamin. Tapi tak leh duduk lagi, dihalang pulak ngan batang kayu besar (kalau hempuk kat badan tu mau pengsanlah). Kali ni, pengantin lelaki pulak kena jawab pantun. Yg pertama tadi, wakilnya. Masalahnya, tak dengar jawapan pantun tu. slow sangat sound mikrofon tu, yg pantun yg dijual jer yg dengar. Akhirnya berbeli pantun tu dan pengantin lelaki dptlah duduk. Huh..jenuh menunggu nak abih tu, adalah dlm 10 minit. Sampaikan Husna pun bertanya, Ummi..ni majlis kahwin ke? Saya tergelak menggangguk. Dia pun pelik macam saya gak.



Abis jer acara tol dan berbalas pantun ni, mcee pun bagitau, ini adat negeri JOHOR. Terus saya teringatkan GT yg nak berkahwin nanti. Dia kena lalui acara yg sama ke???Ke bakal isterinya bkn org johor? Kalau gitu, selamatlah drp acara tol ni :)
****************************************************************************************
Update: Terkini mengenai Z
Petang Ahad tadi saya sekeluarga ke HKL, ziarah Z, adik sepupu yang masih terlantar di wad. alhamdulillah dia dah keluar drp icu. Bahagian kepala yg cedera tu dah tak ada apa. Masalah terkini, dia terkena jangkitan kuman pada paru2 hingga dua malam lepas dia kena tarik. Itu sebabnya demam dia tak kebah2 sejak di icu lagi. Semalam (Sabtu) dia bergantung pada alat bantuan pernafasan dengan dos ubat yg tinggi sekali. Doktor beritahu awal2 pada mummy Z yg jika dia ada tindak balas pada ubat tu, insyaAllah dia akan beransur pulih. Jika tidak, hanya takdir yang menentukan. M, isteri Z beritahu yg lbh kurang jam 3 pagi tadi dia mula sedar sebentar dan bila doktor panggil dia, dia berikan tindakbalas. Alhamdulillah. Tapi doktor masih pasangkan alat bantuan pernafasan tu. Masa saya sampai tu, dia tak sedarkan diri dan bila isterinya usap2 perlahan, sesekali dia buka matanya. Tak lama saya di situ, sbb saya dah mula rasa sesak dada ngan situasi di situ. Rasa sebu di dada, mcm nak muntah. Bukan nak menghina. Saya mmg tak tahan tgk keadaan macamni (mmg tak layak jadi doktor dan nurse). Di tambah pula dengan patients yg sederet dan bertentangan katil Z semuanya lbh krg sama keadaan mcm Z. Ada sorang tu, sbb tinggi sangat darah tingginya, pecah urat dlm kepala. Dah 3 bln terlentang koma camtu. Ada sorang tu, kepala terhentak akibat accident. Kiranya, masing2 bergantung pada mesin bantuan pernafasan. Dan beberapa orang lagi. Oh ya, sesapa yg nak tau kisah Z yg sebenar, saya citerkan dlm entri "Masuk ICU".

33 comments:

FaEzHussain said...

Kahkah...kesian pengantin lelaki... agak2 berapa byk dia kena bayar yer? kalu ikut kiraan tol hiway samyvello, kalu dia dari perlis, wife dia org johor, parah nak kena bayar jugak yer...
errr nak masuk bilik pengantin kena bayar tol gak ker??? hehehhe

WRA said...

eh...bukan ke to'ki ngan wife dia dah bercerai? hmmmm...

itulah rakyat Malaysia ni kan...kaya betul dengan ada...kalau tak ikut kang, ada yg merajuk plak :D

WRA said...

alamak...salah eja...adat bukan ada...

Kaklong Syikin said...

faezhussain: hehe, tak taulah saya.

kak wan: saya rasa itu isteri kedua dia, sbb masa saya baca paper dulu, laporan wartawan kata isteri pertama dia yg minta cerai.

Anonymous said...

ha ha ha!
saya sudah sediakan touch n go!
dan sedang mengasah bahasa untuk menyediakan pantun-pantun..

cakap salah cakap betul
terima kasih sama sama
kalau susah nak bayar tol
ikut sahaja jalan lama

ha ha ha!

Anonymous said...

bakal wife pontianrian. memang bakal mertua dah cerita awal2 supaya tidak terkejut dengan budaya tol tu!

Kaklong Syikin said...

GT: :D. Hafal jgn tak hafal pantun tu. Elok2lah nanti berpantun dan pastikan tol yg dibayar tu mencukupi supaya blh duduk sebelah wife nanti..kalau tak, alamat sampai ke petanglah jawabnya tak leh lepas tol.

Anonymous said...

semoga Z dan keluarga tabah dan cekal

FaEzHussain said...

Didoakan Z cepat sembuh...

Memang kalu masuk ICU ni, jiwa raga pun rasa tak tentu arah, walaupun saya ni kononnyer doktor.
complicated sgt rasanya, dengan wire kat sana wire kat sini.... sebab itu la doktor sorang ni, memang tak layak nak jadi doktor yang keje kat ICU...kang doktor ni yang pengsan....lagi kalut....

Kaklong Syikin said...

GT: TQ. alhamdulillah,mmg keluarga dia terutama isterinya nampak strong enough.

Faez hussain: tq doakan dia..betullah, tgk wire sana sini, saya mmg rasa semput..tak tau nape.na'uzubillah, jgnlah ahli keluarga saya sendiri diuji camtu

Mummy Rizq said...

nasib baik oghang peghak kawin tak banyak adat sangat. kalo tak mau hubby MB pikir dua tiga kali nak kawin ngan MB....

Rakimi said...

tanya sikit.. boleh? dulu awak nie.. penulis ke? dah ada tulis buku sendiri ke?

tee said...

saye pernah pergi kenduri member (orang johor). pelik gak memula tu bila nengok adat tol ni... tapi seronok gak... bila tengok bebudak kumpul ramai2 depan pelamin, meriah betol la...

Sya said...

Adat tol dan pantun tu pun ada kat Melaka gak...

Semoga Z sembuh... ngeri dengar

Hot Mama said...

Hmm duit tol tuu saper yg dapat.. Sure harga tol dia dah naik kan sempena ikut harga petrol naik..ahaks!!!

NBK466 said...

Ha'ah...mmg TOL nie adat org Johor especially belah pengantin perempuan. Tapi dah lama gak tak tgk sedara2 buat adat nie lagi. Selalunya skg tgk gak kepala geng2 pengantin p'puan tuh... kena yg kaki 'menyakat' tuh..ha..ha..ha.. Siap ler... Kena pulak TOL BERLAPIS...sesiap ler duit pun berlapis2 jugak..he..he..he..

ibuVouge said...

tak nyusahkan ke adat tol ni...
sian kat pengantin tu..dah ler kuar ribu riban nak kahwin..tol lagi
bayar RM 1.50 lepas tak...hehhhhe

blackpurple @ jowopinter said...

Aku org johor, serba sikit tu tau la adat2 kawin ni. Pasal tol tu nasib la.... kena sediakan duit dlm envelop la byk2...hehehe...

Kaklong Syikin said...

MB: saya penah duduk kg manjoi 9 thn, antara adat kawin org perak ni yg saya penah tgk, time akad nikahnya pengantin lelaki duduk atas bantal besar bersarung kain baldu dan bertekat benang (x tau benang emas or perak)

saya org n9, tp majlis tak ikut adat perpatih sbb kami wat kat kl ni, kalau wat kat kg tu, alamat..renyahlah adatnya.siap kat bhg tpt akad nikah tu kena wat mcm kelambu kat lelangit bumbung rmh, panggil org2 kuat adat dll.leceh.

adik saya dpt org kg kami gak. bertunang kat rmh kami di sini,time nak nikah ada yg cadangkan wat kat kg kami, tapi mak tak mau,sbb kena denda bagai, yelah bertunang tak ikut adat bagai camtulah. saya pun tak paham sangat

Kaklong Syikin said...

rakimi: saya bkn penulis dan tak de terbitkan buku pun.nape? tapi mmg minat menulis tu adalah,dulu2 wat gak cerpen n sajak..tapi simpanan sendiri. tu yg bantai kat blog ni:)

Kaklong Syikin said...

tee: mmg meriah, lagi satu nampak mcm suasana raya sebab masing2 ngan baju melayu dan baju kurung

Kaklong Syikin said...

babydiana: mmg kesian tau, pengantin lelaki tu pun mcm tak ready..agaknya tk dibagitau awal2. yelah, mcm masuk pertandingan pantun plak

Kaklong Syikin said...

kak sya: ohh, tak pernah saya dengar. first time ni.
tima kasih doakan Z. kita yg tengok n dengar ni mmg ngeri, dia yg alami tu lagilah sufferkan.

nbk466 & BP: berapa kena bayar tol tu? sampai ratus2 ke?

iv: hehe..tapi antara yg sempat saya dengar tu kalau tak salahnya, wakil pihak lelaki kata, lagi mahal tol ni drp tol highway tu

hot mama: tak taulah, ini kena tanya BP n nbk466

Shami said...

Masing2lah bab adat kawin ni..terpulanglah kepada empunya diri dan keluarga..di kg saya nun diutara simple jer..tengok family..bab kompang lagiklah tak de..he..he.he jgn terkejut orang selatan dapat menantu orang utara..

Dan untuk Z semoga dipanjangkan umur dan sembuh seperti sediakala, dan untuk isterinya semoga sentiasa sabar dan tabah menghadapi dugaan Allah ini...berat mata memandang beratlagi bahu yang memikul...

Kaklong Syikin said...

Shami: hehe...kiranya org yg duk tengah2 semenanjung ni mcm kl or selangor punya adat kawin ada gabungan 2 adatlah kan, satu berkompang dan satu lagi tol.tapi tak semua praktikkan. saya kawin dulu pun tak de kompang.sempoi jer.

tq doakan Z cepat sembuh. Isterinya?alhamdulillah nampak kuat tapi letih. sian kat dia tak cukup tidur sejak siang malam menunggu suami kat wad.

NBK466 said...

Tol nie sebenarnya syarat jer & nak kasi meriah majlis sambil menyakat pengantin lelaki (tak baik tau...) Tak kisah pun bagi brapa...kalau nak selamat, masuk siap2 dlm sampul surat dgn harapan pintu tol dibuka tanpa melihat brapa dlm sampul surat tuh...he..he ..he..

Kaklong Syikin said...

nbk: ohh..gitu citernya. wah, kena siap sedia ni...20 thn akan dtg, kot kot terima menantu perempuan johor, saya dah get readylah ngan duit tol ni..heheh

Nik Ha said...

Beh gak dpt tgk adt kawin mcm tu ya. Tp mmg remehla adat2 ni. Kalau saya buat yg wajib jer...he..hee..sib baik kawin dulu mak pertahan tak nak ikut adat sgt ikut yg wajib dlm agama je. Kalau tak jenuh jgk nak ikut adt org2 tua tu.

Saya mmg fail bab2 spital nih. Mmg lemah smgt & tak tahan kalau tgk darah, nanah etc. Silap hr bln saya plok yg sakit..he..he..

Kaklong Syikin said...

nznm:hehe, masa kami nak kawin dulu, mak mertua penah tanya, nak bersanding tak..akak cakap tak mo. syukur dia tak paksa.

akak mmg tak tahan, lemah semngat ngan spital ni terutama ngan bau2 ubat doktor tu. camnerlah kan nak wat hospital ni friendly rakyat..heheeh

Anonymous said...

salam.

yes..adat orang Johor! =)
*proud to be one* tapi bab ni tak stuju..except masa berbalas pantun tu je.

tapikan..ada la sedaraku kawen dulu. isteri dia (sedaraku) dh btaw hubby dia pasal tol-tol nih. entah..depa tak fhm kot. skali tol dia bg RM50. gilos banyak~! tak pernah2 org johor bg byk tu. koman2 RM 10 dah le. ish~

lenkali kene fhm adat betol2 eh.. =)

Kaklong Syikin said...

filz: oooo..saya ingatkan kena bayar banyak. tak perlah kalau takat 10 inggit je. tapi, duit tol tu bagi kat sapa lepas tu?parent pengantin ke dpt?

tq dtg blog saya :)

Anonymous said...

kebiasannya parent pengantin perempuan yg dpt. tapi saya pun tak sure sgt. ada lagi duit yg biasanya tetamu akan bayar. org jawa panggil 'becek'. kira tanda terima kasih la sebab jemput dia dtg kenduri. tapi adat ini, ada sesetengah negeri pertikaikan. sebenarnya bg duit bukan atas paksaan. tapi kerelaan. sbb dah biasa dgn adat, ramai org akan beri juga duit tu.

yg dtg ni mmg saya. empunya blog saya. bukan kawan saya. hehe. tq sbb visit =)

Kaklong Syikin said...

filz, oh..terima kasih atas info ni. baru faham.