Friday, April 28, 2006

Aktiviti Rabu & Khamis

Aktiviti Rabu

Start petang Rabu, aktiviti saya jadi penuh tiba-tiba. Ini semua disebabkan suami menduduki final paper utk sem ini bagi kelas Master dia. Oleh kerana exam dia tamat dalam jam 4 ptg lebih dan nak balik ke Gombak untuk mengambil Husna segera agak mustahil kerana sudah pasti dia kena meredah jamm waktu orang berpusu-pusu balik kerja. Husna pula abih belajar jam 3.40 petang. Saya fikir silap haribulan jam 5 petang lebih baru dia sampai sekolah Husna dan waktu ni pula takut Husna dah keseorangan di sana. Jadi saya tawarkan diri utk mengambil Husna di sekolah dengan bantuan adik lelaki saya, A yang meminjam keta sorang lagi adik saya, Ar (Ar anak ke 4 dan A anak k 5). Alhamdulillah masa A free dan Ar boleh meminjamkan keretanya untuk kegunaan kami. So, pada jam 3 petang lebih A tiba di rumah saya. Maka dengan membawa Huda n Alia, kami berkereta ke sekolah Husna dan Aiman. Dalam waktu yang sama, area Gombak ni hujan gerimis.

Sekolah Husna - masa A menunggu dalam kereta bersama dngn Huda n Alia sementara saya mengambil Husna di tempat kebiasaan menunggu, tak pasal2 keta si Ar ni kena gesel di bahagian bumper belakang. Agaknya tuan punya Honda itu tidak perasan ketanya bergesel dengan keta Ar dan dengan selambanya dia terus meluncur pergi. Nampak kesan calar pada keta Ar. Rasa bersalah pula. Tapi bukan salah A pun, dia dah parking keta elok2, tapi si Honda tu yang selamba dek keluar drp parking side tu tanpa hati-hati.

Tadika Aiman - selepas mengambil Husna, kami terus ke tadika Aiman. Asalnya waktu belajar dia tamat tengahari, tapi untuk senang, kami ambil pakej hingga ke petang. Senang suami tak payah nak berangkut dua tiga kali untuk mengambil anak pulang. Cuma kena bayar lebihlah sikit.

Klinik - lepas mengambil Aiman, kami ke klinik panel di Greenwood. Ia terletak di antara deretan kedai di stesen bas dan teksi Greenwood tu. Telinga Aiman tersumbat ngan ta*k telinga yg besar dan ia jauh ke dalam untuk dikorek. Pernah cuba korek, tapi keras ya Rabbi. Keputusannya, kena jumpa doktor. So, doktor bagi ubat titik untuk melembutkannya dulu (saya pernah wat entri pasal masalah telinga dia ni dulu), kalau tak mo keluar sendiri gak, nampaknya dia kena ke klinik lagi utk doktor membersihkan telinganya

Kedai pakaian - daripada klinik tu, kami terus berjalan kaki sepanjang deretan kedai ni hingga ke hujungnya untuk pergi ke kedai pakaian seragam sekolah. Saya nak membeli seluar track suit Husna untuk kegunaan pendidikan jasmaninya esok (Khamis). Yang ada tu dah pakai hari ni (Rabu) sebab dia ada sport rehearsal. Saya membeli juga dua pasang stokin sekolah Husna sebagai tambahan yang ada dan sehelai serkup kepala putih. Selain jual pakaian seragam aneka jenis, ada juga barang permainan. Dan Husna tersengih-sengih memberitahu saya kalau dia exam dpt no. 1 lagi dia nak beli hadiah kat situ. Dia tunjukkan hadiah idamannya - alat permainan doktor doktor. Saya angguk ajelah, tak mo cakap banyak nanti lain kerenahnya.

Kedai mini - keluar daripada kedai pakaian tu, saya ke kedai mini sebelah membeli prepaid kad. dan seperti biasa Husna merengek untuk membeli majalah Mastika, saya tak benarkan sebab nanti pergi rmh mak akan ada punya majalah tu.

Kedai runcit - selepas tu, on the way balik ke parking kereta, saya suruh A dan anak2 menunggu di dalam kereta sebab saya nak singgah kedai runcit membeli sedikit lauk n sayur untuk malam tu. Kalau bawak budak2 ni semua, alamat lambat jadinya. Nanti..ummi nak itu..ummi nak ini, terutama sekali kalau ayahnya tak de...demandnya mak aii. Saya membeli juga roti potato, roti high 5, dan pisang abu separuh masak. Oh ya, masa nak masuk dalam kedai tu, hampir saja saya jatuh tersungkur. Salah sendiri sebab leka memandang ke belakang sambil berjalan tanpa perasan ada divider antara kedai runcit tu ngan kedai lain. Saya leka memandang kedai kek Melayu sebenarnya. Tak pernah masuk ke situ. Lain kali nak ke situ, bukan senang nak jumpa kedai kek Melayu ni.

Gerai kuih - masa nak sampai rmh, kami singgah di deretan gerai jualan kuih muih. Sekali pandang orang nampak macam pasar malam. Tapi sebenarnya bukan, lebih sesuai kot dipanggil pasar petang sebab setiap hari ia beroperasi, tanpa bercuti walau sehari rasanya. BEraneka jenis kuih saya beli. Maklumlah, anak ramai pas tu ada kegemaran masing2. Masa nilah suami called beritahu dia lambat sampai rmh sebab kat KL pun hujan rupanya dan seorang kawan dia bagitau ada jalan yang tenggelam air, tak salahnya jalan Travers. Suami pun ambil jln lain. Hmm...masa tu dah jam 6 petang. Bayangkan kalau dia yang ambil Husna, kesian Husna keseorangan menunggu.

Malam tu saya nak menulis satu entri, tak laratnya, letih sangat rasa. Jenguk2 blog mana yang larat jer, ada yang saya tinggalkan komen dan ada yang tidak. Rasa bersalah tak balas kunjungan rakan2 bloggers ke blog saya ni. Bukan wajib pun, tapi entah. Rasa tak seronok pula. :(

Aktiviti Khamis

Sebelah pagi macam biasa aktiviti keje2 rumah dan jenguk blog kengkawan. Nak wat entri tak berkesempatan. Kebetulan suami dah habis examnya dan kelas mengajarnya juga dah habis. Budak2 pun dah abih exam. Ada tak de pun urusan ofisnya saja. Saya tergerak nak ajak suami ke Giant sebab nak mencari kotak toyogo. Nak mengemas barang2 mana yang patut dan masukkan dlm bekas toyogo, terutama buku2 berkaitan program Master saya. Nak beli almari buku lagi, tak boleh dah. Rumah dah sempit rasanya. Senang beli toyogo ni jer. Sok sok nak pindah rumah, angkat jer masuk lori, tak yah susah susah dah.

Giant - lepas zuhur kami bertolak ke Giant. Hmm, dah alang kepalang, beli gak barang2 lain, minyak masak, mentol lampu dan lampu kalimantang, makanan ringan mcm french fries, sehelai baju Alia, nutrigen, serbuk kopi dll. Oh ya, rice cooker juga beli sebab yang ada tu dah rosak setahun. Dah lama dah suami offer nak belikan, saya kata nanti dululah. Kebetulan semalam tu terjumpa yang berkenan di hati. Alah yang kecil aje, dan saya suka sebab ia bkn setakat untuk masak nasi tapi ada fungsi untuk masak bubur atau sup juga. Dek kerana kami tak rushing, jadi slow motion jerlah cari barang2. Ha..tak sedar jam dah 4 ptg lebih. Tiba2 teringat tak ambil Husna lagi.Oh, lupa pulak, dia ada kelas taekwando hari ni jadi dia habis jam 5.40 petang. So, kami pun pg makan kat food court dalam Giant juga.

Food court- ingat di hati nak makan asam laksa penang, tapi memandangkan Alia dan Huda tak makan lagi, ( masa bersiap nak ke Giant tu, depa masih tidur lagi. Saya kejut dan mandikan depa siap2. Bawakan bekal susu, roti dan biskut sekali. Mcm p berkelah plak. Ihiks. Saja jer untuk alas perut depa. Kami pulak dah makan sarapan berat pagi tu, nasi goreng + keropok goreng dan pisang goreng) saya beli makanan yang sama dengan suami. Nasi beriani ayam. Sedap. Kalau saya makan jugak laksa tu, takut budak2 ribena ni sakit perut nanti.

Stokis Menang Glassware - Kami keluar daripada Giant dan pergi pula ke stokis Menang Glassware yang terletak tak jauh drp Giant. Tujuan utama nak cari pinggan mangkuk melamine. Maklum ajelah, rmh ramai kanak2 ribena, tak mo guna pinggan mangkuk kaca, fikirkan masalah pecah dan mendatangkan kecederaan. Lagi satu, kalau tetamu datang membawa anak2 kecil, senang menghidangkan makanan ngan set melamine ni atas sebab-sebab yang sama. Oleh kerana kami tak menjadi ahli lagi, saya terus daftar sebagai ahli. Wah siap katalog lagi. Suami bisik senanglah nak promote ngan kengkawan dia. Ahaks. Huda pulak masa tu dah bising suruh ambil kakak dan abangnya, Ummi jomlah amik akak ngai (dengan) abang

Sekolah Husna dan tadika Aiman- Selepas tu kami pergi mengambil anak-anak di sekolah masing-masing. Macam biasa, anak2 akan bergaduh di belakang jika ada yang cuba mengambil tempat lebih atau ada yang saja2 nak berbaring. Mana boleh. Siap menangis-nangis lagi. Memang memeningkan kepala. Suami sampai dah tercakap nak beli mpv pulak sebab masalah yang tidak berkesudahan. Biasanya kalau kami tegur ada yang tak dengar, suami akan berhenti tepi jalan dan offer siapa yang nak turun. Ahaks. Inilah antara cara paling berkesan utk mendiamkan mereka.

Kesihatan - start minggu ni, anak2 ada yang tak sihat. Selasa pagi, Husna demam. Cuti satu hari. Huda dan Alia pula, kena selsema dan batuk, masih berpanjangan hingga ke hari ni. Untuk Alia memang saya pantau 100% sebab dia alah selsema dan batuk berkahak. Boleh kena lelah. Aiman pun dah mula batuk berkahak. Saya sejak minggu lepas kena batuk dan yang tak tahan tu resdung bertambah pulak. Suami pun teruk dengan resdungnya. Pendek kata, minggu ni adalah minggu sakit.

Malam tu juga, saya tak larat nak wat entri baru. Jenguk2 blog kawan2 dan tinggalkan komen. Ada gak yang tidak saya tinggalkan. Tengok blog sendiri pun tak lalu, tapi gagahkan diri jugak balas komen2 yang ada. Semuanya gara-gara keletihan disebabkan aktiviti-aktiviti yang tidak dirancang

19 comments:

Anonymous said...

saya pun kekadang2 tidak berkesempatan. kalau saya selalu2 hilang tu, faham2 sajalah!

cipthowiryawanchannel said...

anak anak ada tak sihat yer..kalau kat sini musim nak ubah musim nih..banyak jugak yang kene deman bebatuk semua..

semoga cepat sembuh..husna huda alia..

KAMATO said...

dalam sibuk2 pun, ni dah kira panjang entri....

Kaklong Syikin said...

GT: Hmm..org yg bekerja lagi banyak komitmen

A_P: budak2 senang berjangkit. itulah masalahnya.
amin...tq doakan anak2 akak cepat sembuh.

kamato: hehe...itulah, kemaruk menulis..itu pun beberapa kali stop menulis n save as draft.kalau blh nak masuk setiap inci perkara yg berlaku.tp takut org bosan pula:)

Anonymous said...

kita sama2 sibuk shikin...semalam langsung tak sempat nak jengok blog kawan2...hari dah banyak yang khatam...muahahha

Kaklong Syikin said...

MR: eh..keje ke ari nih? saya ni tak sempat lagi nak khatam blog kengkawan...adeeiii:(

Kaklong Syikin said...

blueyasmeen: auntie, kedai2 tu semua berdekatan antara satu sama lain :), dalam dua rows bangunan kedai setingkat, kecuali gerai2 kuih muih tu dah berdekatan sgt dengan rmh saya. tu sbb saya blh pergi bnyk kedai,kalua tak tak larat juga :D

Nik Ha said...

Full aktibiti akak ye ;)

Kete saya dah pun kemek sblh tepi dkt tayar dpn. Sbbnya ada org gesek kat parking. Kat dlm uia ni je. Tak taula makhluk mana tak bertanggungjwb tu. Takde tinggal notes ke apa. Tak tau dia perasan ke tak. Sabo jelah.

Anak saya pun dah kena selsema batuk & ruam. Bbsitter dia kata campak kecik tp dr ckp ruam biasa. Saya bg dia minum air kelapa. Kwn bgtau nanti dia akn kua semua.Tak taula minum sikit sgt kot tak kua2 pun. Maybe ruam biasa kot. Hrp2 nya gitu sbb dia takde dmm sgt. Suam2 selsema je.

kasutVINCCI said...

agaknya husna bercita cita nak jadi doktor tak?
sibuknya akak...byk sungguk xtvt.

Izhal said...

aktiviti orang perempuan memang banyak betul... saya punya aktiviti memang lame habis kalau banding dengan aktiviti Puan Syikin...

FaEzHussain said...

byk activity takde la monotone sgt hidup kan?

kakak nak jadik doktor, meh berguru dengan makcik.....:D makcik pun bukan nyer pakar sgt)

aNIe said...

Banyaknya aktiviti rabu & khamis syikin...penuh jadual...moga anak2 tu cepat sembuh kay....

maklang said...

Very busy Maam...???

Harap2 semuanya dah ok hari ni... Mak dia pun nak gak menyambut hari
Buruh...nak gak relax. Tapi being mothers, just tak sanggup nak bair anak2 kelaparan. Terpaksa jugak masak dan menjadi buruh di dapur!!!

Hot Mama said...

Laa kete tuu memanglaa.. patutnyer berhentilaa bila dah langgar.. takkan tak perasan kut??

Greenwood.. Gombak area memang banyak kedai makan siam.. best best.. hehhe

Kaklong Syikin said...

nznm, k.lady & KV: dua hari tu jerlah full.sbnrnya jrg full:)

Ha, dah ok ke ruam or yg disyaki demam campak tu?

kak lady, tpt kesibukan aktiviti saya tu tak jauh antara satu sama lain. kedai berselang jarak n blh berjalan kaki jer. yg aktiviti akak dulu masa wat ic tu lagi teruk..jauh2 pulak tu kan? :)

Kaklong Syikin said...

izhal: nampak byk tp jarak kedai2 tu tak jauh mana n tak lama spent masa pun sampai berejam dua, kecuali di kedai pakaian tu jer.

kv & faizhussein: tak taulah cita2 menjadi doktor tu yg keempat buat husna. dia tu byk cita2; 1. angkasawan 2. power rangers 3. saintis :)

hhehe dr. faiz,kalau nak ajar amat dialu2kan..:)oh ya, maksud monotone tu apa? saya ni tak reti bab istilah2 ni :)

k.lady: anak2 saya ni ada yg masih ok n ada yg tak ok lagi, terutama yg selsema tu.

Kaklong Syikin said...

maklang: ari buruh ni tak busy mana, cuma balik rmh mil jer. mil saya yg sibuk,rajin layan cucunya2.

betui m.lang,jd mak ni mana ada cuti rehat, kecuali berpantang bersalin. itupun ada gak ibu berpantang lasak time tu.

hot mama: saya rasa dia tak perasan kot bergesel kereta tu,maklumlah keta dia besor, keta adik saya kecik aje

selalu ya makan kat area gombak ni? :)

Zareda Norman said...

uihh bizinya syikin, cam tu lah kalau dah sesekali pergi kedai kan.. macam macam benda nak kena setelkan..

Kaklong Syikin said...

hehe...betui tu zar. Saya ni full time housewife, 100% bergantung pada suami even utk beli lauk pauk, sebab dia yg ke kedai. Sesekali dpt berdikari begini mmg seronok. tak leh manjakan diri sangat, apa2 hal kemudian hari susah.ni tunggu nak dpt bawak kereta.