Saya kepenatan hari ni (Isnin). Baru sampai rumah sejam yang lalu. sepanjang hari tadi saya duk mengadap kain langsir sliding door yang dah lama terperap kat rumah mak lebih kurang sebulan yang lalu. Memang nak sudahkan segera, cepat siap cepat pasang. Kiranya dua malamlah saya tidur di rumah mak. Tapi saya start menjahit petang Ahad, sebabnya, saya tiba rumah mak lebih kurang 1 pagi Ahad. Tapi dapat tidur hampir jam 3 pagi lebih sebab Alia dan Huda bergurau senda tak mahu tidur walaupun dalam gelap. Jadi, pagi tu bangun dengan rasa fening-fening lalat. Jam 9 pagi tu, dapat call drp cousin yang nak beli phyto fiber, terpaksa saya pulang semula ke rumah dengan adik sebab saya tak bawa bersama phyto fiber dan suami ada urusan lain. Alia dan Huda ikut saya, tapi Husna dan Aiman tinggal sebab nak menonton kartun. Sonang gitu. Gitu gini di rumah saya sehingga cousin pulang, kami pulang ke rmh mak saya semula, tp sebelum tu singgah di pasar raya sebab nak beli sedikit bahan utk membuat puding karamel kat rmh mak. Huda punyalah happy sebab maklangnya (adik saya) belikan dia jigzaw puzzle alphabet. Sampai rumah mak, saya kena bersiap pula sebab anak jiran mak berkahwin ari tu. Depa guna khidmat katering hingga persediaan bunga telur pun pihak katering uruskan. Jadi, kami jiran tetangga hanya datang makan ajelah. Kami pergi pun lepas zuhur dan pengantin pun dah tiba masa tu sebab bapa saudara datang mengejut utk tumpang solat zuhur. Sebelum tu dia dan isteri drp majlis kahwin juga tak jauh daripada area perumahan rmh mak ni. Dan drp rmh mak pula mereka bergegas ke majlis kahwin yang lain. Adatlah cuti sekolah ni, kaya ngan jemputan majlis perkahwinan. Balik drp kenduri tu, saya betul2 terasa penat, hati teringat pada langsir, tapi mmg tak larat nak mula. Kebetulan Alia bising nak tidur, saya ajak dia tidur sekali. Lewat petang baru terjaga. Rasa bertenaga sedikit. tapi masih tak mula menjahit, walaupun semangat berkobar-kobar. Saya teringatkan puding karamel yang belum dibuat lagi. Oleh kerana adik bongsu ada (dia cuti sem.), saya ajak dia buat sekali. Jadi guru masakan kejap, hehe.
Oh ya, adik yg no. 4 pulak baru balik drp part time katering (dia ni dah abih belajar dan keja kat HSBC), dia bawaklah balik lebihan makanan jamuan katering tu. Tak lama lepas tu pulak, kami menerima bungkusan makanan drp jiran yang buat kenduri kawin tu. Ya Allah, punyalah banyak makanan hari tu, campur ngan masakan mak lagi. Lepas maghrib, adik no. 5 sampai pulak lepas wat part time katering gak tapi tak sama tempat ngan kakaknya (no. 4), dan dia bawa balik buah2an drp jamuan katering tu. Oh ya, adik no. 4 & 5 ni amik course dlm bidang perhotelan, jd depa berdua ni minat katering. tu yang asal ada cuti jer wat part time katering. Adik no. 5 ni tgh cuti sem juga. Sementara cuti sem. ni,weekdays dia keje kat part time kat tpt lain, dan weekend, dia join katering pulak. Saya start menjahit lepas maghrib tu sampai tengah malam, tak dan habih, saya called beritahu suami yang kat luar masa tu ajak tidur lagi rmh mak sebab tak abih menjahit. Dia pun ok jer.
Oh ya, adik yg no. 4 pulak baru balik drp part time katering (dia ni dah abih belajar dan keja kat HSBC), dia bawaklah balik lebihan makanan jamuan katering tu. Tak lama lepas tu pulak, kami menerima bungkusan makanan drp jiran yang buat kenduri kawin tu. Ya Allah, punyalah banyak makanan hari tu, campur ngan masakan mak lagi. Lepas maghrib, adik no. 5 sampai pulak lepas wat part time katering gak tapi tak sama tempat ngan kakaknya (no. 4), dan dia bawa balik buah2an drp jamuan katering tu. Oh ya, adik no. 4 & 5 ni amik course dlm bidang perhotelan, jd depa berdua ni minat katering. tu yang asal ada cuti jer wat part time katering. Adik no. 5 ni tgh cuti sem juga. Sementara cuti sem. ni,weekdays dia keje kat part time kat tpt lain, dan weekend, dia join katering pulak. Saya start menjahit lepas maghrib tu sampai tengah malam, tak dan habih, saya called beritahu suami yang kat luar masa tu ajak tidur lagi rmh mak sebab tak abih menjahit. Dia pun ok jer.
Pagi Isnin ni, start 9 pagi lebih kurang, saya sambung menjahit. tapi nak tau dak? saya punyalah tension sebab saya ada buat kesilapan menjahit pada satu lapisan langsir, dah lah kena tetas benang balik satu persatu seperti yang mak suruh. Kiranya kena bukak semua balik. Adeii. Dan saya selesai menjahit semua sebelum maghrib, daripada jahit semula lapisan langsir yg salah tu, cantumkan ia dengan lapisan langsir kedua secara jahit jelujur dulu sebab saya belum mahir lagi, kemudian baru dijahit sekali atas kain keras putih utk menyangkutkan besi cangkuk nanti (nama pun tak tau apa dia) dan akhirnya saya jahit lipatan kaki langsir. Huh, rasa nak patah tengkuk. yelah, rehat hanya utk solat, makan, masuk toilet, layan kerenah anak2, tidur pun tak cukup juga malam kelmarin tu. Syukur adik bongsu dan mak ada, bolehlah tolong tengok2kan anak, kalau tak mmg tak jadi kerja saya. Selain tu, saya mengadap mesin jahit mak je.
Hehe..inilah dia kalau mmg tangan keras takde seni menjahit. saya tau jahit lurus jer. Saya tak warisi kepandaian menjahit drp mak, dua aje drp 5 anak perempuan mak yang minat menjahit, sampai sanggup p hadiri kelas menjahit. Seingat saya, first time saya menjahit masa tu nak buat alas dulang hantaran kahwin (herot berot jahitannya i tell u...:), kedua masa jahit langsir utk rmh mak dan rmh saya beberapa tahun lepas. Itu jerlah. Dan ketiga yang ini. Cuma saya tergerak setahun dua kebelakangan ni utk belajar menjahit, bukannya apa fikirkan anak2 dah ramai, perempuan pulak tu yg lebih (3 org), rasanya dah tiba masa saya tau sikit2 nak buat pakaian anak, teruama baju anak perempuan spt baju kurung. Bayangkan kalau time raya tu, at least sorang dpt 2 pasang, ni dah 3 org...aduh, koyak wallet suami sey. Harap2 sangat impian saya ni jadi.amin. Bahkan dah hint hint ngan cik abe, ada rezeki lebih nanti nak beli satu mesin jahit, at least selain drp langsir bau, boleh juga menampal kain baju yg rosak seperti terkoyak dan sebagainya. ya kan?
Hehe..inilah dia kalau mmg tangan keras takde seni menjahit. saya tau jahit lurus jer. Saya tak warisi kepandaian menjahit drp mak, dua aje drp 5 anak perempuan mak yang minat menjahit, sampai sanggup p hadiri kelas menjahit. Seingat saya, first time saya menjahit masa tu nak buat alas dulang hantaran kahwin (herot berot jahitannya i tell u...:), kedua masa jahit langsir utk rmh mak dan rmh saya beberapa tahun lepas. Itu jerlah. Dan ketiga yang ini. Cuma saya tergerak setahun dua kebelakangan ni utk belajar menjahit, bukannya apa fikirkan anak2 dah ramai, perempuan pulak tu yg lebih (3 org), rasanya dah tiba masa saya tau sikit2 nak buat pakaian anak, teruama baju anak perempuan spt baju kurung. Bayangkan kalau time raya tu, at least sorang dpt 2 pasang, ni dah 3 org...aduh, koyak wallet suami sey. Harap2 sangat impian saya ni jadi.amin. Bahkan dah hint hint ngan cik abe, ada rezeki lebih nanti nak beli satu mesin jahit, at least selain drp langsir bau, boleh juga menampal kain baju yg rosak seperti terkoyak dan sebagainya. ya kan?
Jam 8 mlm lbh ni kami berangkat pulang. Seronok rasanya dpt bawak balik langsir baru. tapi tak leh pasang...sebab kena basuh dulu...sebab utama Alia secara tak sengaja tertumpahkan sos cili pencicah keropok lekor atas langsir ni. Sabor jelah. Hmm..masa hampir sampai rmh, kami singgah kejap kat pasar malam untuk beli lauk mentah, tp suami sakit kaki, makanya kami tak round mcm mcm biasa, sampaikan Aiman pun tanya nape cepat sangat balik. Sampai rmh, siap memasak dan bersihkan apa yang patut, baru saya mengadap BLOG ni dengan rasa keletihan mengantuk yang amat sangat. Berapa kali tersengguk dah ni :)
35 comments:
banyak makanan ALhamdulillah...
macam2 dalam fikiran Puan noo... tak piap Aliya ke tumpahkan sos??? hehehe... sure geram tuuu... sabar Puan...
ps-mak mertua saya baru jahitkan jeans saya dua helai dan slack saya sehelai yang koyak rabak... wife nak buang, nasib baik mak mertua sayangkan I... heheh...
puan syikin,
wah pandainya menjahit.
saya ada mesin jahit, tapi dalam almari aje la; dulu2 masa tak keje semangat nak belajar menjahit siap beli pattern, tapi time nak potong kain darwish dah pandai merangkak, mula nak pegang gunting yg kita pegang, terus kansel kelas jahitan, sampai la sekarang.
tahniah berjaya menjahit langsir.
kak lady minat menjahit...tapi menjahit ikut mood...kalau mood dah dtg...susah nak berhenti...semua nak jahit...tapi bila takde mood....ermmm...baju2 yang patut dijahit pun terperok berbulan2
zar pun suka menjahit tapi peel malas tu yang payah. Pernah sekali jahit langsir raya untuk rumah sendiri, macam nak patah pinggang, bila ada baby, zar hantar tempah jer kat kampung, at least dapat juga bantu orang kg.
at least syikin ada kesabaran untuk menjahit.. tabik spring 10x.. heee...hee...
hantar jer kat kamdar....
amboi, tahniah kerana ada lasir baru, tahniah sekali lagi kerana jahit sendiri dan sekali lagi tahniah kerana pandai menjahit
kat rumah Am kain lansir dah beli tapi jahitnya tak tahu bila nak hantar kat orang lagi ni, isteri kata itu langsir raya jadi jahit awal pun raya juga baru naik hehehe
eh eh kita sama la, first time pegang mesin jahit masa nak jahit kain lapik dulang kawin. pas tu upgrade ngan langsir rumah. tapi yg simple jer, jahit terus je..
izhal:
kiranya hari isnin tu mmg tak de masak lauk pun, lauk kenduri banyak lagi:)
piap alia? nasib baik petang tu saya tak de mood nak marah..hehee, lawakkan nak marah pun ada mood. kalau dak tu mmg kena titik tgn dia, lgipun dia tak sengaja.
org, kalau minat menjahit ada jer idea dia nak buat apa ngan pakaian yg koyak rabak...:)
Dr.FH: hehe..saya ni tahap amatur, jahit lurus taulah, nak buat patern baju nak menjahit mmg tak tau langsung..pernah belajor ngn mak tp hancus sbb kurng minat so ilmu tu tak sampai ke hati utk diingati :)
samalah ngan Alia, elok jer dia jln2 atas hamparan langsir yg terbentang sepanjang ruang tamu rmh mak yg sempit tu :)
kak lady: hehe.samalah kalu mood mak saya nak menjahit tu hilang, boleh terperuk bertahun.
zareda: eloklah dpt membantu meningkatkan ekonomi tukang jahit tu :)
MB: huhu..ni pasal nak gantikan langsir sliding door yang dah koyak tu..kalau tak, bye byelah jawabnya.
OH: hehe..bijak bijak
AM:
takat jahit lurus tu jerlah. Syukur dah siap. ni tgh bersidai kat luar tu, kering nanti akan pasang terus tak tunggu raya, sebab mmg nak guna sangat dah ni. ni terus sekali ngan raya :)
Mamadiana:
tak rugi kalau tak minat menjahit, tp rugi kalau minat tp tak reti menjahit..kalau minat, belajarlah kat mana2. saya ni baru betul2 terbukak pintu hati nak belajar drp mak nak buat baju bagai nanti:)
Tee:
kita serupa...hehe. rasa ada kepuasan bila siapkan kelengkapan pengantin sendirikan, terutama bab hantaran tu.
Bagusla boleh jahit sendiri, jimat sikit... kakak ipar saya dah 3 kali pergi mekah dgn duit jahit ni...
annur_ain: selamat dtg. tq tinggalkan jejak. saya ni nanti nak start menjahit baju kurung ngan mak, tak tau bila nak mula :)
oh ya, saya cuba masuk blog awak, tp tak dpt masuklah..apasal ya?
kamato: bagusnya, berkat tu. saya dpt lepaskan baju sendiri n anak2 tu blhlah rasanya nanti, ni nak belajar jahit baju ngan mak pulak. baru terbukak pintu hati :) dah pandai nak kecek mesin jahit ngan suami :).doakan saya
Cerita tentang langsir pun boleh menjadi satu entry yang menarik !
betul black purple!! saya pon setuju..!! kira syikin dlm tangan keras boleh abis jahit langsir.. tabiknyaaaaa !!
rumah mak syikin jauh ka dari rumah syikin?
aku pun suka menjahit, tapi tak pandai..tangan keras..dari dulu lagi dah cakap kat mak nak belajar jahit, tapi mak takmo ajar..dia suh pegi kelas belajar..terus tak jadi..maklumla..dah nama pun kelas, tentu byk benda nak kena buat..tak sama belajar ngan mak sendiri...
setakat nak buat sarung bantal anak, buleh lee..yg lain2, kena belajar dulu..kalau ada duit lebih, teringin gak nak beli mesin jahit satu..
BP: tak tau nak citer apa time cuti sabtu ahad ni, tp itulah agenda utama saya :)
simah; hati tgh berkobar dan paling penting mood tgh di kemuncak, kalau tak tu saya tinggalkan aje :). Rumah saya dan mak berjarak 15 minit lbh krg jika naik kereta
Oren: betui tu oren, belajar kat kelas lagi banyak dpt ilmu, tp saya pun nak belajar ngan mak dulu then baru fikir nak p kelas menjahit.tgklah camner nanti.
oh ya..teringat pulak, dulu pun masa mengandungkan husna saya buat jugak sarung bantal n sarung tilam baby.
belilah oren kalau ada rezeki, sya pun nak beli gak.
Sedap jugak rasanya kot makan langsir cicah sos kepok lekor nie...nyum..nyum..he..he..he.. Buleh hilang tak kesannyer?
bila sebut lansir teringat satu lagu.
"rumah tepi sawah pakai pulak lansir biru.. "
apa kaler lansir tu?
nbk: sampai rmh malam tadi terus rendam langsir tu ngan air sabun. alhamdulillah, hilang sos tu.
zino: kaler merah..
Seronoknya pandai menjahit. Ada hati nak belajar..pernah belajar pun tapi tak khatam. Biasanya sebab malas nak habiskan. Kalau dulu2 selalu tolong sembat baju yang mak buat. Jahit tangan ok lagi, kalau guna mesin..tak pandai.
Betul kata kak syikin. Bila anak dah ramai ni, kenalah tahu juga menjahit kan. Yus pun kena belajar balik lah.
kalau nk tempah berapa charge?
Yus: ha..belajarlah semula. lagi kat sanakan, mana tau banyak ilmu lagi boleh dpt.
cuaca: hehe..saya tak amik tempahan. sendiri punya pun tak cantik. masih peringkat belajr menjahit ni. kalau nak menempah, sorang blogger nama Disham (Shami) kat link saya tu amik tempahan :)
Hilang tak kesan kuah keropok leko tuu kat langsir? Hopefully hilanglaa kalau tak sayang jer langsir baru
Boleh buat sumber pendapatan sampingan tu..
HM: syukur hilang. sampai rumh semalam saya terus rendamkan dlm air sabun, pagi tadi bilas dah tak de dah:)
Raiedzall: hehe..mmg blh, tp tak berminat ke arah itu. minat saya ni bermusim.
Panjangnya citer....banyak aktiviti syikin, makan2, jahit langsir...lagi.. dapat bersama adik beradik kat kg..eik...mesti best nih...
shami, tak sepanjang citer awak.heheh. nak kata kg pun tak jugak shami, rmh mak saya 15 minit jer lbh krg drp rmh saya kalau naik keta
Ajzie pun suka main jahit2 dan masak2 nih..Tp kat sini tak de mesin..Nak beli pun tak berbaloi nak bawak balik. Buat berat k/terbang aje..hihihi
Best nye makan lauk kenduri kahwin..Bulan 8 ada cuti sekolah tak? Harap2 ada lah jemputan kahwin eik?...hihi Nak makan telur pindang..Syikin tahu tak?
kv pun dah order mesin jahit SINGER. Tapi tak sampai2 (sbb member tolong order harga staff). Kv dah belajar jahit baju kurung, sekerat jalan. Tak sudah. Hik hik nampaknya tak boleh ler nak jahit baju sendiri. Nanti dah ada mesin jahit mungkin semangat berkobar2 nak belajar jahit baju kurung semula. Mana tahu, kan.;)
*angkat tangan* kita dah beli mesin jahit! dah ada pun kat rumah. cik abang perli, biar rosak sbb pakai, jgn rosak sbb tak pakai. insyaAllah, raya tahun ni baju raya kami anak-beranak, ummi yang jahitkan. projek pertama ni mungkin jahit sarung kusyen kot. nak ganti yang dah macam kain lap tu.
wah kiota ni sama ajr. Kak sya ni tau le jahit langsir tapi kalau baju.. jahit yg koyak boleh ler kalau baru tak tau.. upah ajer yg tahu.
Ajzie: apa salahnya beli, nanti nak pindah balik juallah semula mesin tu :). bulan ogos nanti ada cuti sekolah, 19-27hb. tak salahnya. telur pindang saya tahu, tp tak reti makan, sbb herba n rempah ratusnya tu :)
kv: wah..memasing ada mesin jahit ni..bertambah semangat akak nak beli satu :).ha, dah ada nanti, jahit..jgn tak jahit :)
ummi: ha..itu cabaran suami tu ummi,kena sahut...nampaknya raya tahun ni pakai homemade sarung kusyenlah kan..bestnya.
kak sya: mehlah kita sama2 belajar jahit baju..at least blh lepas baju kurung anak n sendiri. ahaks. saya pun tak tau bila nak start ni.
eee.... bestnya menjahit. MM suka sangat menjahit nih tapi sayang mesin jahit xde. nak beli.. bajet xde arrr.
penah menjahit baju kurung sendiri 2 pasang sekali gus. belaja ngan kakak. ari tu belaja, aru tu gak ler baju tuh siap dijahit. bila minat cepat jerk dapat belaja...
tengah bodek2 lagi pakwe nak beli mesin jahit. walau bagaimanapun satu ari nanti MM tetap nak beli gak mesin jahit. nak jahit sendiri baju kurung. antar tempah sepasang dekat rm50.00. isk..
alang:saya suka lagi pakai yg letrik tu, sbb kaki tak penat mengayuh. mesin jahit mak saya blh pakai dua, yg mengayuh tu dan pasang kaki yg letrik tu. ari tu saya guna yg kayuh tu jer.Hehe, mmg puas alang dpt jahit sendiri biar pun tak perfect 100%, mata tu duk asyik memandang jer kat langsir tu, kahkahkah..
mamamanja: itulahkan, kalau dah semangat berkobar, kejap jer blh siap :), kalua tak tu..blh terperap..huhuhu.
doalah banyak2 pakwe nak sponsor mesin jahit.eh, blh beli ansuran tau..
Post a Comment