Kakak, cuti sekolah ni nanti nak duduk rumah mbah tak?
Dia terdiam dan lepas tu menggeleng.
Taknaklah. Nanti duduk lama-lama rumah mbah rasa macam takde mak dah ayah jer.
Suara dia dah mula sebak dan bergenang air mata. Alahai, saya turut sebak jadinya. Part macam takde mak dan ayah tu yang memilukan hati saya tu. Cepat-cepat saya tukar tajuk perbualan. Terus dia ceria semula.
Sebenarnya, semasa saya masih mengikuti coursework Master lebih kurang 3 tahun yang lalu dan menjalani minggu exam yang makan masa antara satu dan tiga minggu, saya akan hantar Husna dan Aiman tinggal di rumah mil dan bukannya di rumah mak saya yang menjaga mereka semasa saya pergi ke kelas Master. Tujuan utama supaya saya dapat concentrate belajar, dan menghantar mereka ke rumah mil bermakna saya tak akan berjumpa dengan mereka siang dan malam sebab jauh, berbanding jika saya hantar mereka ke rumah mak saya, makanya mereka tahu mereka akan pulang dan tidur bersama saya di waktu malam. Ketika mereka mula-mula start duduk di rumah mil, saya akan menelefon setiap hari. Mula-mula dulu, sehari sampai 3x saya called mereka, rindu tok sah katalah.Lagi satu ada satu perasaan takut yang bukan-bukan macam kot kot anak2 saya ada yang meninggal ke dan saya akan menyesal sebab tak bercakap banyak kali dalam sehari (apalah...). Masa ni masih ada Husna dan Aiman aje.
Tapi, satu jer masalah saya, kalau saya dah set dalam kepala otak tu tak jumpa anak seminggu. Maka hanya seminggu sahajalah mental saya boleh bertahan tidak berjumpa anak, kalau delay, saya dah tak keruan. Tapi, kalau saya set dalam kepala otak 3 minggu tak jumpa anak-anak, saya boleh juga jadi tak keruan. Dalam banyak-banyak tak jumpa anak2 ni, ada tiga insiden yang saya tak boleh lupa langsung. Pertama, masa ni Husna dan Aiman baru berdua jer. Saya ada exam week selama seminggu. Maka saya set dalam kepala, takkan jumpa mereka hingga seminggu. Hari terakhir exam tu, punyalah excited sebab dah tergambar akan jumpa anak2. Malangnya, suami sibuk dan dia kata tak dapat nak balik lagi. Saya pun oklah walaupun frust jugak mulanya. Hari kedua pun macam tu, saya masih ok lagi. Tapi hari ketiga dia minta delay, saya dah start k.o waktu siangnya. Tapi saya tak cakap apa2 pada suami. Saya ingat lagi, masa tu saya tengah tidur tiba-tiba terjaga hampir jam 3 pagi. Terus terbayang-bayang muka Husna dan Aiman silih berganti. Kat dalam bilik tu rasanya muka depa ni duk bertampal-tampal kat satu dinding bilik. Saya mula menangis rindu. Suami masa tu masih belum sudah kerjanya, dia duk sibuk menaip. Saya keluar bilik, suami pulak baru selesai kerja dan dia nak tidur kat ruang tamu sebab malam tu memang panas semacam. Masa suami nak baring tu, saya cakap lebih kurang, bang...esok ni kalau dah habis kerja kita balik ya...waaaa..terus saya sambung menangis kuat-kuat. Rindu banget ni gue. Suami pujuk suruh tidur dulu sambil tu dia memang dah pejamkan mata. Saya pujuk diri ni, terus berjalan ke dapur, tapi ya Allah....muka Husna dan Aiman merata-rata rasanya kat dinding dapur tu.lagi laju air mata saya sebab teringat-ingat kat depa. Sambil minum tu pun nampak lagi muka depa. Memang teruk sangat perasaan tu rasanya. Saya ke ruang tamu, duduk kat kusyen sambil teresak-esak. Suami duk pujuk lagi suruh tidur. Saya memang tak boleh nak tidur, kepala sesak dengan muka anak2. Tiba-tiba suami saya bangun, dah siap...katanya. Saya terkejut, tak perlah saya jawab. Siap...tegasnya. Jam 3 pagi kami meredah KL balik ke rumah mil. Masing-masing senyap. Saya pun tak tidur, kononnya nak menemankan suami yang sporting dan mengantuk tu. Syukur 45 minit jer perjalanan, dan masa tayar kereta suami menjejak laman rumah mil tu rasa macam tak percaya jer dah boleh jumpa anak2. Kami ada kunci rumah mil, jadi tak menyusahkan mil untuk bangun. Tapi, saya tak terus kacau mereka sebab depa tidur ngan mil dan bilik mil masa tu berkunci. Mil pun terkejut dengar bunyi pintu bilik kami dibuka dan hanya bertanya daripada dalam bilik kalau2 saya yang balik. Saya mengiakan aje. Tak kisahlah tak jumpa lagi, yang penting saya dah ada kat rumah mil. Esok paginya...anak2 saya menerpa peluk saya. Alahai..sukanya hati saya. Tapi kami kena balik hari tu juga sebab suami tak cuti, dan kalau anak2 tinggal dulu tak apelah, hujung minggu boleh balik lagi. Yang penting saya dah boleh tatap muka depa. Tapi suami suruh bawak depa balik, sempat dia usik saya yang dia tak larat nak balik 3 pagi hari-hari tengok anak sebab ada orang menangis. sabor jelah. Makanya saya pulang hari tu bersama anak-anak. Kiranya nilah first time saya tak jumpa anak lebih seminggu.
Kali kedua, masa ni Huda pun dah ada. Mereka bertiga saya hantar ke rumah mil utk tempoh 3 minggu sebab semua paper saya berjarak jauh. Anak-anak dah pandai guna telefon dan rajin tepon saya. Masa tu kami sewa rumah dan tak de line tepon lagi. Apa lagi, melambung tinggi bil rumah atuknya sbb call hp saya. Asal bertekak aje, tepon saya mengadu itu ini. Nama jer saya tak de depan mata, tapi saya tak leh lari drp situasi mrk bergaduh sebab ada jer yang rajin mereport. hehe. Minggu pertama ok lagi. Masuk minggu kedua dah start k.o walaupun saya dah set dalam kepala tak jumpa anak2 tiga minggu. Satu malam dalam minggu kedua tu, saya rindu sangat dengan anak2 walaupun dah bercakap dengan depa dalam telefon. Saya keluarkan album gambar anak-anak dan saya tatap satu2 gambar tu, masa tu air mata menitik satu satu, hinggalah suami saya perasan saya tengok gambar tu dan dia tanya rindu ke? Saya hanya mengangguk dan terus air mata laju mengalir. Nak jumpa anak ke? dia tanya. Saya mengangguk. Suami bawa saya balik weekend minggu kedua tu bertemu anak2. Terubat rindu di hati. Nasib baik anak2 sporting untuk tinggal seminggu lagi sebab saya ada last paper minggu depannya.
Kali ketiga, Disember 2005, cuti sekolah akhir tahun. masa ni Alia dah ada. Husna dan Aiman pun dah bercuti tinggal nak masuk sekolah tahun depan. Aiman akan sambung lagi tadikanya. Saya ni nak hantar comb binding disertasi. Tapi saya kena pulun buat kerja ni di carrel room library kampus, sebab nak 100% fokus tanpa gangguan. Sebelum tu pernah buat di rmh, tak jalan sebab kanak2 ribena 4 orang ni distract saya. Tak jadi kerja terutama Alia masih baby lagi. Oleh kerana fikirkan anak2 dah 4 orang, takut mak saya tak larat nak jaga 4 kanak2 ribena ni waktu siang hari sorang-sorang, saya letakkan Husna dan Huda di rumah mil, Aiman dan Alia di rmh mak. Aiman tak mau tinggal rumah mil, tu sebab saya letakkan Huda supaya Husna ada kawan. Ikutkan Aiman tak bagi walau seorang pun tinggal kat rmh mil, tapi terpaksa. AIman ni jenis family boy, tak leh pisah adik beradik. hahaha. Ari tu pun dia salah faham ingatkan saya tak amik kakak dan adik dia dah. Menangis-nangis dia. Kita suruh tinggal situ tak mau. Terang banyak kali baru nak terima explaination kita. Saya pulak sepanjang tempoh ni kena berkampung di rumah mak sebab balik lewat malam dan keluar pagi, jd kesian nak berangkut Aiman dan Alia pagi dan tengah malam ulang alik antara rumah saya dan rmh mak. Plan saya, 1 bulan memang pulun ngadap disertasi habis habisan dan anak2 terpaksa jadi korban perpisahan sementara. Masa ni dah lama sebenarnya saya tak hantar anak2 tinggal lama rumah mil sebab saya dah habis coursework sejak pertengahan 2004 tak salahnya, dan tinggal menyiapkan disertasi aje. Masa nak tinggalkan tu sedih sangat tapi saya kena kontrol air mata buat-buat gelak dan happy, takut nanti Husna dan Huda tak jadi tinggal. masa bersalam tu pun nampak Husna macam sedih dan nak menangis,tapi saya terpaksa tahan hati tu. Huda tak faham lagi, tapi dia memang manja sangat dengan mil, hinggakan kalau kat rmh mil, saya ni macam bukan mak dia, semuanya mil kena buatkan untuk dia. tapi saya tak terasa hati pun, biarlah masa tu dia nak bermanja ngan mbahnya. Dan kali ni saya mmg kurang menalifon mereka sebab saya terperap jer dalam library. Waktu malam jer call mereka, itupun kat luar library guna public fon sementara tunggu suami ambil. guna hp, parahlah den...laju jer makan duit. masa ni saya ok dah boleh bertahan telefon sehari sekali berbanding mula2 dulu. Husna pun dah tak de nak kerap telefon saya, kalau tak tu, asal bergaduh sikit ngan adiknya cepat2 dia call saya mengadu itu ini. Saya kira saya boleh bertahan dengan tak jumpa Husna dan Huda dalam tempoh ni, rupanya tidak. Masuk minggu kedua, saya rasa semacam, ada yang tak kena. Pergi library pun ada satu perasaan yang tak terluah. saya tau saya perlukan Husna dan Huda utk trigger mood saya balik. Syukur suami tak sibuk. Weekend minggu kedua saya pulang ke rmh mil bawak Aiman dan Alia sekali. Rasa puas dapat jumpa Husna dan Huda. Tapi hanya 1 atau 2 malam jer saya kat sana. saya kena pulang semula. kojo den tak siap laiyy. kali ni, Husna berjaya pujuk Aiman tinggal dan Huda pula mengikut saya balik. Alia sudah tentu ikut balik sebab dia masih menyusu badan. Kiranya memang Husna soranglah duduk 1 bulan rumah mil. tulah agaknya dia memberikan reaksi kurang senang bila saya tanya nak tinggal rumah mbah atau tidak. Dan saya tak tahu samaada cuti dua minggu ni,dia hendak atau tidak kalau mbahnya pujuk tinggal sana barang seminggu lamanya.
20 comments:
nasib la my wife habis master masa 8 bulan pregnant...selamat....
he he he...ummi syikin ummi syikin :)
ontahsapo: tobat dah raso eyy den nak buek laiyy..tapi tak taulah kot2 wat phd pulak nantikan..kalau buek kek oversea..den hangkut semuo sekali.
alinlai: heheeh..tak per, nanti alin jadi ummu alin taulah rindunya bila anak tak de bersama
Kita sayang sangat ngan anak2..Alhamdulillah...
Heran pulak ada orang yang buang anak!!
sapa la yang tak sayang anak, saya hari-hari kena cakap dengan dia dari sini.
betul kata kamato, siapa tak sayang anak kan.. tambah lagi anak dara zar tu ler sorang buah hati pengarang jantung tapi so far tak kronik lagi ler kalau nak tinggalkan barang 2-3 minggu asalkan zar tahu dia ada in proper attention.
Anak rimau pun sayangkan anak, inikan kita manusia kan..
psst...mbah tu, tentu rindu kat cucunya...
aku pernah tinggalkan anak hampir 10 bulan kat MIL..so, lepas dia dah pandai berjalan, aku angkut balik ke KL...takmo berpisah lagi dah..
ada sekali tu, dia ikut mil balik kampung (2 months ago), hari2 aku call dia..sempat lagi pesan setiap hari suh tengok katun itu la, ini la..bila dia takde, mainan, bantal busuk dan baju dia jadi penawar...
puan syikin,
manja la puan ni.heheh, tapi iye betul, berjauhan dengan suami, tahan lagi; tapi bila berjauhan dgn anak2, Allah sahaja yg tahu perasaan seorg ibu ni. (patut la mak saya suruh saya balik malaysia tiap2 tahun masa undergraduate dulu).
ini kan keje malam pun, bila bukak handfon ada muka dorang, aduii rindunya...tak sabar nak balik rumah.
untung yer, study di sana, atleast
ada family support utk tolong jaga anak2 bila nak exam ke ada assignment ke. itu yang membuatkan saya, balik malaysia nanti aje la buat master (or monster hehe), kurang2 cik abg dah abis phd dia, kita aje yg tension belajar. betul tak?
have a good weekend
cuaca pun sayangkan anak motiff? baru kahwin tak sampai 3 minggu dah ada anak...hehehe usah kaget bah anak turtle....kan pipah kan ala cayang...cayang...cayang...pipah...
semua ibu bapa sayangkan anak anak dia.. tapi heran masih ada ibu bapa yg buang anak merata.. setiap hari ada berita dalam paper bayi di buang.. apa lah dosa si kenit tu..
maklang: org yg buang anak tu sbb anak tu hadir tanpa redha mcm luar nikah,tp yg pass kat org tu sbb miskin sangat pun ya jugak
en.kamato:mmg kena kuatkan perasaankan.en.kamato lagilah rindu berganda...ngan anak dan isteri lagi.aduh...tp dengar depa selamat n sihat legalah kan.
zareda: yelah, sbb tugas kot zar lebih tabahkan. kiranya p umrah ni nanti dlm 2 weeks taklah susah bg zar sebab zar dah biasa tinggal lama tukan
OO: mmg itulah ibu, tak leh berpisah jauh ngan anak2. mmg anak2 ni penglipur lara kita wlwpun ada masanya depa buat kerenah.saya terfikir camnerlah kalau ibu n anak2 terpisah jauh sbb cerai n diluar kehendak mereka..mesti merana
Moon balik jugak tak? yelah, bkn dekat tu jauh nak sampai.
BP: hehe..mmg mbahnya rindu, sbb anak2 saya ni cucu2 dia jelah setakat ni. satu2nya adik ipar pun lum kawin lagi. tp time tak balik kg. samaada saya yg contact dia or mil yg contact rmh kami nak bercakap ngan cucu2nya
Oren, saya mmg kagum ngan mak yg tahankan hati n perasaannya berpisah terlalu lama ngan anak.saya tak sanggup selama itu.
hehe..camtulah saya kalau berpisah ngan anak, time tepon tu tanya tgk kartun apa, makan apa, dah mandi ke belum..
Dr. Faez, hehe betul tu. saya yg Alia duduk rmh mak masa pulun tu pun, jumpa malam aje sbb pagi dia masih tidur, rasa rindu dan sedih sbb tak dpt ikuti perkembangan dia..mcm tertinggal sesuatu. mmg senang kalau tinggal dkt famili time belajar or emergency, sbb blh minta tolong depa
cuaca, enggak apa bah..belajar jaga anak turtle dulu nanti ada anak sendiri dah pandai jaga :)
zino: itu biasanya anak lahir tanpa rela mcm kes zina or kes rogol. depa tu biasanya akan menyesal kemudian hari.
hati seorang ibu..tapi memandangkan syikin jenis hati lembut..memang selalu la air hujan turun kan? padanla area rumah u selalu banjir*wink*
i understand bab berengang ngan anak ni..biasa la kan...i pun paling lama boleh berenggang dengan depa pon dlm 3 jam saja..tu pon sebab kekadang romantik tengok wayang ngan hubby..lepas abis ja wayang..otak mesti ingat kat anak..ibu ibu biasa la kan?
kekekek...sama kes cam Simah tu...first time hubby ajak tengok wayang berdua je, dlm kepala tu dok berpikir, camana la anak aku kat rumah....tidur pukul berapa ke, makan ke tah apa2 lagi lah pikir...hehehehe...biasa la tu tak pernah pergi mana2 tak bawak anak, gitulah jadinya....
bak kata faez tu, jauh ngan hubby ok lagi, tapi kalau jauh ngan anak ni payah sikit....
Kasih sayang ibu pada anak2...anak2 pada seorang ibu camnerlah....moga sama juga hendaknya...
simah & k.wan: hehe...samalah ngan saya kalau berjalan berdua ngan cik abe terutama kalau sorang anak tu masih menyusu badan (tinggalkan susu perah) atau dah janji ngan anak nak sampai rmh sekian2 jam tapi lambat pulak..ha, mmg berjalan pun rasa tak senang
shami: harap2nya anak2 balas kasih sayang kita sama juga yg pernah kita beri:)
Hmm HM tak tahu lagi prasan tuu, maybe tak mahu berpisah langsung kot ngan baby, tapi takpe nanti akan ketahui jua macam maner prasan tuu.. tapi sure eindu giler kalau tak jumpa satu hari...
HM akan lalui saat tu jugak, apatah lagi u ni sound very loving n caring mom to be :).
Post a Comment