Kepada Alinlai, Kamato, Blackpurple dan Yus, watak 'dia' dalam entri lepas adalah saya sendiri. Ia bukan disebabkan oleh kehamilan tetapi sebab kesan ubat ponstan yang saya makan menyebabkan gastrik kuat, hehehe. Saya makan ponstan tu sebab gigi saya yang bertampal sementara tu telah sakit semula, jadi saya ke dentist dan diberikan ponstan dan antibiotik untuk 3 hari sementara menanti hari utk mencabut atau buat root canal. Masalahnya saya terlupa yg saya kena makan ponstan tu dengan ubat gastrik sekali utk mengurangkan risiko gastrik, dan kesannya seperti yang berlaku dalam entri tulah, muntah dan muntah. Dan Shami, hehehe.. perut saya masa makan ubat tu tak kosong, bahkan baru sarapan, cumanya ponstan tu terlalu kuat dan saya sendiri mmg dah sedia ada gastrik, tu yg berganda sakitnya. Ya Kak Wan, gastrik saya ni akan teruk jika makan ubat yang menyebabkan gastritis. Dan MR, saya dah terjangkit penyakit blogger tegar ni drp MR kot...hahaha.
*************************************************************************
Baru-baru ni saya baca dalam blog maklang tentang kerinduan seorang isteri pada suaminya yang kena outstation. Siap ada lagu Sudirman you...memang touching abih. Sabarlah maklang ya, insyaAllah suami maklang akan pulang dengan selamat. Bercakap pasal bila berjauhan ni, saya sendiri tak biasa berjauhan daripada suami. Paling lama berjauhan, seminggu jer boleh saya hadapi. Lebih daripada tu, tak boleh. Kenapa? Entahlah, rasa kosong jer hidup ni, agaknya sebab tak de kawan nak bercakap, bertekak, merajuk, bermasam muka bla..bla...bla... hahaha... Kalau suami ada, rasa 'berisi' rumah, kalau tak de, terasa kekurangan. Biasanya, 3 hari pertama suami tak de di rumah, ok lagi. Masuk hari keempat, saya dah mula susah hati, rasa macam hilang tempat bergantung.
Semasa 3 bulan pertama berkahwin, suami saya kena posting ke Melaka, saya yang baru bekerja 3 bulan ni terus antar notis untuk berhenti kerja. Kesian pulak kat sahabat saya sebab saya berhenti, dan dia bersama seorang kawan lagi meneruskan perniagaan. Syukurnya dia amat memahami saya. Ni kes tak leh berenggang ngan cik abelah ni. Hehehe. Dan sepatutnya saya biarkan suami ke sana dulu, cari rumah sewa siap2, tapi ini tidak, tahan saya ikut suami pergi dengan dengan rumah sewa belum dicari. Masih ingat lagi, kami pergi ke Melaka menaiki kereta dan sarat tempat duduk belakang dan bonet dengan beg pakaian, tilam toto, set pinggan mangkuk hadiah perkahwinan, dapur gas pemberian mil yang memang dia tak pernah guna sebelumnya, dan beberapa keperluan asas lagi. Kami bermalam satu malam di rumah emak saudara sepupu saya. Dan keesokannya saya mengikut suami mendaftar di tempat mengajar tersebut. Sesudah itu, hampir seharian kami mencari rumah sewa yang dikehendaki. Pada hari ketiga barulah kami masuk ke rumah sewa tersebut.
Pernah sekali tu, saya terpaksa pulang ke KL beberapa hari untuk menguruskan urusan konvokesyen saya (saya berkahwin sebulan selepas abih exam final year dan 4 or 5 bulan selepas tu baru konvo), suami tinggal di Melaka. Alahai...sedihnya. Masa balik ke Melaka semula, saya menaiki bas, mmg tak sabar nak jumpa cik abe, rasa nak terbang aje. Lega betul bila tengok dia sedia menunggu saya di hentian bas.
Ingat lagi, masa tu ada tempoh dua minggu lagi rasanya nak bersalinkan si Husna, kami pulang ke KL sebab adik saya nak bertunang dan ikutkan perancangan saya akan terus tinggal di rumah emak hingga bersalin. Tapi baik saya mahupun suami berat hati nak buat macam tu. Kami memang tak bersedia utk berpisah lama. Sudahnya, pada hari dia balik ke Melaka semula, saya ikut sekali. Syukur mak saya sporting habih biarpun saya ni nak bersalin anak sulung. Senang jer pada mak, saya ada suami, biarlah suami saya yang jaga saya, hehehe.
Kemudian, saya bersalinkan Husna di hospital Melaka. Suami dapat cuti 3 hari. Oleh kerana saya bersalin hari Sabtu, kami ingatkan hari cuti tak termasuk cuti 3 hari tu, so masa suami menghantar saya balik ke Selangor hari Ahad tu, kami fikir dia ada masa hingga hari Rabu untuk bercuti, rupa-rupanya tidak. Hari Isnin dia terpaksa balik ke Melaka semula sebab cutinya dikira bermula hari Sabtu lagi. Itupun dia tau masa dia called ofis tempat mengajar hari Isnin utk uruskan cutinya. Tapi dia terkejut bila diberitahu dia kena mengajar semula hari Selasa. Aduh...tension betul saya dibuatnya. Suami pun frust jugak. Hari dia pulang ke Melaka tu, memang saya tak bersedia mentally untuk berpisah lama dengan dia. Ikutkan hati nak ikut dia balik dan berpantang di sana. Memang menangislah masa tengok dia balik tu. Malam tu pun, ingat kat dia, menangis aje. Sampai mak saya perasan dan dia menegur jangan suka sedih2 time berpantang, boleh kena meroyan. Dan saya jadi seorang yang sensitif jadinya, mudah terusik hati (apalah kan...). Sudahnya, ikut janji suami saya akan balik 2 minggu sekali untuk jenguk saya, dah jadi seminggu sekali sebab kesiankan saya.hahaha. Jahat rasanya saya masa tu sebab buatkan suami menghabiskan duit tol n minyak setiap minggu berulang alik Melaka - KL. Nak buek camno...Dan yang paling best bila abih pantang saya dapat ikut suami balik ke Melaka...yabedabeduuu.
Masa saya mengandungkan Aiman pula, suami kena jadi pengiring pelajar utk lawatan sambil belajar di Kelantan 3 hari. Ikutkan hati saya nak ikut, tapi keadaan dan suasana tak mengizinkan sebab satu, semua pelajar lelaki saja yang pergi dan kedua, saya tengah sarat. Huh, tensen den tak dapek poiy..suami hantar saya balik k KL. Ingatkan den sorang rindu2an, rupanya dia pun sama. On the way balik daripada rombongan tu, tu dia called, rindu katanya..hahaha.
Masa kami dah pindah semula ke Selangor ni, ada sekali tu suami kena berkursus di Langkawi, seminggu pulak tu. Tension tul, tak leh dia nak bawak famili. Kebetulan masa tu saya bekerja dan masih belum sambung master lagi. tiga hari pertama ok, masuk hari ke 4 saya K.O. Cik abe tak terasa sangat, sebab dia sibuk. Kitalah yang terasa, biarpun ada anak2 bersama, tapi tak de dia, tak best. Rasa kurang.
Masa mengandungkan Alia pulak, suami kena kursus di Cameron Highland 3 hari. Suami sarankan saya balik rumah mak sebab risaukan saya tengah sarat dan 3 anak kecil pulak, tapi saya menolak. Biarlah duduk kat rumah aje. Pada hari dia pergi tu, waaa....menangis saya. Lawak tul, bukan pegi oversea tapi overstate aje. Dia pun sedih gak. Wah, hari dia balik tu seronok tul hati saya.
Hmm..terukkan saya ni? Dah kawin bertahun-tahun pun tak leh pisah lama ngan cik abe. Nak buek camno, dio tu bukan takat suami sey, tapi best fren, boyfren, and lover, kawan bergaduh pun ya. ahaks. Saya selalu cakap dengan suami, kalau boleh biar saya mati dulu, kalau dia mati dulu nanti saya tak de kawan dah. Tapi kalau saya mati dulu, saya suruh dia kawin lagi :), tapiiiiiiiii jgn masa saya idup ni dia berhajat kawin lagi..tak mo...tak mo. Takut keluar semua jenis silat nanti...hahaha.
Dan saya memang tabiklah pada mama bloggers yang berkorban duduk berjauhan daripada suami macam Kak Lady, Angah, Ayu (tapi la ni dah duduk serumah dahkan...) dan lain-lain yang mungkin saya terlupa, kerana tugas dan tanggungjawab. Memang sukar rasanya tiada suami bersama terutama menguruskan sakit pening anak-anak. Dan ini juga membuatkan saya tabik pada ibu-ibu tunggal yang bersendirian menguruskan anak-anak. Cayalah...
35 comments:
Jeego: tq atas kedatangan anda
Aku: hmmm..betul tu, kena hargai paangan kalau tak kena tinggalla..
ohhhh kisahnyaaaa :) cayo la syikin... dah bertahun2 pun mcm bf - gf lagi ini yang kita nak. saya biasa dah sorang ke sana sorang ke sini, asalkan ada alat utk berhubung ok je...dah keja apa bleh buat :)
cuaca tak boleh lansung makan ponstan alahan....nanti anak tekak membengkak....j-lo dalam cerita monster in law bengkak bibir kalau makan kacang....heheheh motiff cuaca dan j-lo?
Syikin,
huhuhu...kelakar pun ada entry syikin nie. Azwa dulu pernah berjauhan ngan asben selama 2 tahun...terpisah oleh laut china selatan sebab asben further studi kat UPSI. Sib baik boss jenis sporting, setiap bulan dia akan hantar azwa pi kursus kat KL so dapat la jumpa asben muahahaha...bil telefon usah kata la...memang melambung2 naik tapi tak kisah la asalkan dapat kami anak beranak mendengar suara asben.
k.shikin...org kata klu gastrik kena elakkan dr mkn epal hijau dan mknn masam2 sbb nnt bdn terlebih asid dan akn menyebabkan agin...taktahu lah betul ke idak...
bab berjauhan dgn suami nie...rasanya Bie pun mcm akak jugak..3hr still ok lg...masuk hr ke-4 waaa...dah taktahan dah...tambah2 takde anak...duk rumah sorg2..mkn sorg tidur sorg takde teman...klu ada kwn teman ok skit rasanya...taklah lonely sgt...
assalamualaikum syikin,
wah seronok plak baca ur story... teringat plak masa pantang my 1st son... kat umah MIL kat batu pahat...mmg sedih betul n siap nangis ler jgk masa hubby balik kl lps 1 wk dia jaga... tp ok lah sbb every weekend dia balik..
masa masa daughter mmg 100% ler dia jaga sbb bersalin kat perth nie so in future insyaAllah jg sendiri jer lah kot bila pantang...:)
alinlai: mcm awak cakap, dah keje nak wat camner yg penting blh call dia anytimekan?
cuaca:hehe..pokok pangkalnya, masing2 ada alahan pada sesuatu bahan makanan
azwa: hahaha,bagusnya dpt bos camtu. kalau saya kat tpt awak, berendam air mata jerlah jawabnya.
bie: kita serupa...hahaha.
ella, tq atas kunjungan balas. :).dah duduk kat perantauan mmg kena berdikarikan..
"Dan saya memang tabiklah pada mama bloggers yang berkorban duduk berjauhan daripada suami macam Kak Lady, Angah, Ayu (tapi la ni dah duduk serumah dahkan...)"
suami blogger macam saya? kesian laa juga.. hahaha!
betul tu OO, mmg rasa kosong. even kalau saya terpaksa keluar ke KL sendirian sbb urusan rasmi. sepanjang perjalanan tu hati ingat kat suami, entah nape. tak taulah rasa mcm tak konfiden jer rasa jalan sorang2 sejak kawin ni.
hmm..kalau dah terpaksa berdikari tu nak wat camnerkan..
ni kira dah sihat le ye entri pun panjang hehe
ni kira dah sihat le ye entri pun panjang hehe
GT: Allah..lupa sekali nak letak papa bloggers...oklah, tabik kat papa bloggers yg duduk berjauhan demi tugas n tanggungjawab :)
Dian: tima kasih dtg baca blog tiap2 hari :), sapalah, jgn tak sapa..saya tak marah punya :).ha itulah, saya pun terpikir ilmu apa suami saya pakai asyik rindu jer ngan dia.hahaha
zino: alhamdulillah, sihat dah tp itupun lps maghrib semalam fully recovered.
akak dah biasa Syikin...sejak tahun 2000 tu on off dok jauh2...tapi yg tahun 2000 tu paling lama la sbb hubby kat KL, akak kat Terengganu...lepas tu bila balik KL balik, hubby selalu outstation oversea, seminggu, 2 minggu...so dah biasa dah rasanya....dah kurang sikit dia punya kerinduan tu hahahahhahah....
mase zar baru kawin, zar di KL, hubby di sekudai, every week hubby balik Kl malangnya masa tu zar kerja shift, orang cuti zar kerja, orang kerja zar cuti.. heheh mujur tak lama gitu, 3 bulan lepas tu hubby pindah KL.
Zar memang jenis yang independent. Sellau kena tinggal ngan hubby ataupun hubby kena tinggal ngan zar. Semua tu kerana tugas, tapi bila selalu kena tinggal gitu, ikatan kasih sayang tu tambah erat. ada jer cerita baru nak cerita, ada jer lawak baru nak joke..
Kak Wan & Zareda: itulahkan, kalau dah sejak awal kawin independent, mmg tak menjadi masalah sangat. yg pasti bertambah loving n caring :)
syikin, MB ni biasa gak ditinggalkan suami sebab dia kena gi outstation. tapi tak lah lama sangat. dlm 3 or 4 hari jer. plg lama waktu gi africa 2 minggu. itupun seksa...
MB: dua minggu..wah, tempoh tu asyik menghitung hari jerlah bila cik abe nak balik...
moon: mentik ke gitu? hehe..kalau dah biasa takpe.
oh, kalau saya dah mati suruh dia kawin lagi? ha ah, saya ikhlas :)dah masuk kubur pun saya, tak de apa nak direbutkan. life must go on kan...kecuali kalau isteri baru dia tu dera anak2 saya, saya akan bangun cekik depa..hahaha..mengarut tak sudah..
kak syikin, kv pun tak boleh berenggang lama ngan hubby, rasa pelik dan kosong ajer. Nasib baik sama jawatan dan sama tempat kerja. Kalau kena kursus pun sama2, lawatan pun sama2. Kadang2 tu hanya kv sorang pompuan. tapi tak kisah lah sbb suami kita ada sekali.
i am glad that u r ok...terlepas entry semalam....ada side effect sakit lagi tak?
syikin memang extreme tak boleh berenggang dengan suami heheh tapi bagus la... ada setengah setengah tu.. laki sampai suruh laki pi outstation sebab boring laki asyik ada kat rumah ja..mcm mcm..tak kisahlah..asalkan bahagia yek?
tersenyum sendiri bila teringat masa mula2 kawin dulu...boleh mengigau kononnya sibaba balik..
kv: ada genglah akak :)
simah: alhamdulillah, fully recovered since maghrib yesterday.
huh, saya ni kategori ektreme ya..hahahaha.camnerlah nak bagi suami kawin lagi satu time hidup ni ya...tamaklah tu.hahaha
MR: alamak..kes teruk ni :), nasib baik dah tak de ngigau camtu sekarangkan ?
Syikin,
Sedih mmg sedih, rindu mmg rindu. Tp nak wat camner kan ...kita sama2 bekerja. Masa Ajzie baru seminggu kahwin husband dah kena station kat Spore selama 6 bulan. Tapi Ajzie pun selalu kena oustation gak ke PJ dan Shah Alam so tak terasa sgt. Than kalau kena outstation kat Batam lagi best, boleh jumpa suami di Spore. Than suami dapat tawaran di Batu Pahat, so saya dan anak2 masih di JB selama 2 tahun. Jumpa hanya weekend aje. Alhamdulilah even Alya masih kecil Alya faham. Di Germany nih lah baru kami betul2 tinggal bersama.
Salam.
Bagus la. Akak sounds very close to each other. That makes a strong team to me.
Ajzie: inilah hikmahnya ya dpt duduk Jerman, rupanya dpt duduk serumah dah.
Kunci: Alhamdulillah, so far bgitulah hub. kami, moga ia kekal sepanjang hayat kami ni:)harap2 begitu juga kunci ngan pasangan :)
Hi Syikin
Thanks for visiting my blog. I would read yours, but unfortunately, I can only read and write English! Hope you will visit my blog again soon. Take care!
Monica
waaa...bestnya kak syikin..bestnya kawin kan?akak!camner akak kawin ngan husband akak sekarang?cinte yg unik guane?akak skrang keje ape?suami akak pulak?bestnye akak dah kawinnnn...
Kak Syikin,
Yus pun lebih kurang macam akak. Tak boleh berpisah lama. Masa dalam pantang anak pertama dulu, sedih semacam dia takde, padahal tiap2 minggu dia balik Melaka jenguk kita. Tak habis pantang lagi..belum cukup sebulan pun dah sibuk nak ikut dia balik BP. Nasib baik mak sporting. Tu yang masa nak bersalin anak kedua, mak suruh Yus balik bersalin di Malaysia..ada orang jaga, sbb mak tak nak datang sini tapi, Yus tak sanggup. Lebih baik kat sini buat semua sendiri, daripada berjauhan dengan suami lebih dari 3 hari. Hehehe.
monica: thanks for visiting here. so sorry that u couldn't understand any word of my language. however, i'll visit your blog always :)
shahlina: hahaha..best kahwin ni bila pasangan tu compatible to each other, kalau tak ia umpama hidup dlm neraka!! nak bahagia kena banyak usaha, tak cukup ngan ucapan i love u semata:)akak surirmh aje n suami mengajar.
Yus: oh, ada lagi geng akak rupanya:)
puan syikin,
sungguhnya kejauhan itu lebih mengeratkan rasa rindu dan kasih sayang....
saya pun pernah berjauhan dengan suami, dia di UK saya di Australia. Time tu mengandungkan anak pertama, tak tau la camner saya bley terrer benor menanggung rasa. Sekarang ni, jarang dah nak berjauh-jauhan. Sedangkan kerja malam seminggu pun dah rasa rindu sgt dah.
semuga rumahtangga puan syikin kekal abadi dunia akhirat. aminnn.
apa pasal le depa ni feeling kuat sangat la ni... heran-heraaaan :)
FH: kiranya doktor mmg terrerlah..kalau saya tak tau nak kata dah..air mata peneman setiap waktu
Izhal: hehe..nak wat camner, dah feeling. eh,Puan fara ikut ke Hamatsu tu sebab feeling kuat sangatlah..kalau tak, takkan dia sanggup berhenti keje.ya tak?:)
Begitulah indahnya hubungan suami dan isteri...hanya yang menilai dan memahami saja faham.....
betul tu shami..kalau hub.tu berlandaskan cinta dan sayang kerana Allah..insyaAllah, manis sentiasa wlwpun sesekali keluar busuknya, tp itu adat kehidupan kita
Post a Comment