Friday, May 12, 2006

Tampal gigi

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua bloggers yang meninggal komen ucapan selamat hari Ibu kepada saya. Rasa terharu mendapat ucapan tersebut. Terasa dihargai. Oh ya, berkenaan dengan tarikh Hari Ibu tu, memang mengelirukan sebab ia tak standard utk satu dunia. Saya ingatkan 10 Mei ialah Hari Ibu utk Malaysia. Dan ada negara2 di luar sana menyambutnya pada 14 or 15 Mei. Tak mengapalah, yang penting, hari-hari adalah hari ibu. Sebab kalau tiada ibu, pincang rasanya ahli keluarga, yelah..tukang masak tak de, tukang sapu tak de, tukang basuh pinggan mangkuk tak de, tukang mandikan anak tak de, tukang basuh be*ak dan k*nc*ng anak tak de, tukang mop tak de, tukang lipat dan gosok pakaian tak de..hehe serba serbi tukang kat rmh tu tak de (tapi ada gak bapa2 rajin buat kerja rmh bahkan ada yg lebih outstanding lagi, itu tak dinafikan sebab saya pernah bertemu dengan bapa yang begini :). kecuali yang ada maid tu, tak mengapalah. tapikan, kalau tak de emak kat rumah tu, rasa 'kosong' semacam jer. Macam ada yang tak lengkap. kan ? kan ? kan ?

Saya memohon maaf sebab tak dapat nak membalas satu persatu komen entri sebelum ni semalam (Khamis) sebab keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan secara tiba-tiba. Semuanya kerana gigi nan sebatang...
Pagi semalam saya ke klinik gigi feveret saya sebab gigi geraham bawah pula sakit (entri sebulan lepas pasal gigi geraham atas). Gigi geraham bawah sebelah kiri di bahagian luarnya telah merekah sedikit dan pecah. Asalnya kecil lama2 jadi besar. Asalnya tak sakit, lama2 jadi sakit sebab ia dah merebak ke saraf gigi (pasal saraf ni dr.yg beritahu). Minggu lepasnya dah sakit sekejap dan saya masih boleh bertahan (entri"Mimpi & Muntah"). Sakit gigi tu hilang sehinggalah ia berulang semula pada malam Khamis baru ni.


Di klinik ni, kawasan gigi yang pecah ni dibersihkan dan ditampal sementara. Masa pembersihan yg tak larat tu, bunyi alat tu "zhiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"mengilukan pendengaran saya. Sesekali terasa ngilu bila terkena gusi tu. Doktor kata dia cuba selamatkan gigi ni dulu, tapi kalau saya masih rasa sakit lagi, nampaknya ia terpaksa dibuang. Bila dah ditampal tu, saya terasa sakit semula. Doktor terus bagi saya makan pain killer 2 biji. Habihlah RM 40m++ kat klinik ni. Sebelum balik ke rumah, kami singgah di rumah mak saya sebentar, bank, dan pasaraya. Tiba di rumah tengahari, saya masih bertahan dengan rasa ngilu + sakit kat bahagian tampalan tu. Larat lagi memasak dan sebagainya. Saya makan 2 biji panadol sebab pain killer tidak dibekalkan. Malangnya panadol tu seakan tidak berfungsi langsung. Petang makin lewat, saya hanya membaca komen2 dlm entri blog saya sahaja dan tak larat nak menjengah blog kawan2. Saya yang tak mau bagitau suami awal2 akhirnya mengalah dengan memberitahunya gigi saya masih sakit. Dia offer nak menghantar saya semula ke klinik tu. Saya menolak dan kalau boleh nak bertahan sampai hari ni, Jumaat. Kebetulan pulak klinik gigi tadi tu dah tutup jam 6 ptg lagi.

Menjelang maghrib, sakit makin menguasai diri saya. Kepala rasa terbeban dengan benda berat. Air mata mula mengalir. Saya menangis kat bilik anak. Tak mau suami tahu. Lepas maghrib, sakit makin bertambah. Suami pula sakit kepala dan berbaring lepas solat. Lagilah saya tak mau kacau dia. Saya masuk bilik air, dan tiba2 sakit yang amat2 sangat. Rasa ngilu makin menjadi-jadi.Confirm saya tak boleh tidur malam nanti jika sakit ni berterusan.Saya dah tak tahan. Keluar daripada bilik air, "Bang..sakit!!!" air mata saya berhamburan keluar banyak. Suami terkejut dan terus ajak saya ke klinik. Terus kami bersiap. On the way tu, tak tau nak cakap bengang tak bengangnya kepala otak saya ni sebab menahan sakit. Perasaan masa jalan tu macam kepala menunduk jer, walhal tak pun.

Kami pergi klinik gigi Melayu yang tak pernah saya pergi sebelum ni. Masih dibuka lagi (tutup jam 9 mlm). Menunggu tu lama juga. Sambil tu tengok WAKENABEB, sian pulak tengok si Farid Kamil tu kena perangkap, dahlah member nak exam esoknya. Hehe..lupa kejap sakit kepala ni. Selepas setengah jam menunggu barulah dapat jumpa doktor. Doktor kata tak guna dia bagi pain killer sebab ia tak akan membantu mengurangkan sakit kerana tampalan tu yang menyebabkan saya bertambah sakit kerana ia memberi tekanan pada nanah yang kat bahagian saraf gigi tu. Doktor terpaksa pecahkan tampalan tu.
  • Doktor terpaksa lakukan injection sebab saya merasa sakit sangat. Mula2 dikebaskan area mulut saya. Setelah tu pipi saya diinject. Very gentle the work done, tak rasa sakit pun kecuali terasa macam kena gigit semut sedikit.
  • Doktor pecahkan semula tampalan gigi tu kerana gigi tu wajib dibersihkan semula. Ada satu part tu, aduh...ngilu tok sah cakap, sebab betul2 dia bersihkan kat pin point sakit saya tu. Terasa macam pipi tu melebar ditarik ke tepi. Masa kat klinik gigi pertama tadi tak de pun sakit macam tu. hati saya terdetik,kat area situlah sebenarnya punca kesakitan. Dan saya sempat melihat (masa injection, pecah n bersihkan tu saya pejamkan mata. tak berani buka mata) rupanya ada lagi benda kotor yang tidak sempurna dibersihkan oleh doktor gigi pertama tadi.

Setelah tu, rasa lega sangat kepala saya. Dan consultation kedua pula. Dia dpti kwsn saraf gigi saya terbuka sangat, lagi senang ngilu dan dia cadang utk tampal semula. Dan dia dapati gigi saya masih 50 -50 utk diselamatkan. Setelah ditampal, dia suruh monitor, jika masih sakit, nampaknya sama ada buat root canal atau cabut. kalau tak sakit, boleh buat tampalan kekal. Saya dan suami setuju dengan cadangan doktor tersebut. tapi terfikir gak dalam hati, kopak lagilah duit suami aku malam ni. Yelah, dengan consultation & 2 jenis rawatan (pecah & tampal semula). Agaknya mau 100 inggit lebih kena.

  • Doktor letakkan ubat atas pin point sakit saya tu sebab dia dapati dokt. gigi pertama tu tak letak pun ubat kat situ. Patutnya kena bubuh ubat dulu. Itu yang menyebabkan sakit sangat tu.
  • Dan gigi saya ditampal semula. Lepas ni rasa macam sakit balik, sebab masa dia tanggalkan tampalan pertama, rasa ringan jer balik kepala saya tu. Tapi, doktor bagitau, tak semestinya sakit tu akan berlarutan lama. Dia suruh bertahan dulu. Kalau masih sakit sangat, dia suruh datang lagi cepat.
  • Saya dibekal dengan pain killer tanpa antibiotik sebabnya Alia masih menyusu badan. Kandungan antibiotik tu blh menyebabkan antibodi Alia tak kuat kerana dia masih kecil,terutama masalah limpa or hati yang bakal dia hadapi. Ikutkan antibiotik lagi membantu mengurangkan rasa sakit tu.
  • Tahu bayarannya berapa????? RM 25 SAHAJA !!!!!!!!!!!!!!!!!!

Terkejut saya. Tapi gembira sebab tak 'koyak' wallet suami dibuatnya :). Alhamdulillah, balik tu slowly hilang rasa sakit tapi kebas masih terasa. Rasa macam besar sangat pipi kiri tu dengan bibir terasa bengkak. Walhal tak de pun. Makan pun boleh tapi mengunyah sebelah kanan. Tidur pun nyenyak sampai ke pagi. Oh ya, sebelum tidur tu sempat jenguk blog sendiri lagi...hehehe..tapi tak larat dah nak menjengah blog kawan2 semua kecuali sorang dua jer sebab mula terasa penat dan terasa mamai nak tidur.

Tengahari Jumaat, terasa ngilu semula kat gigi tu. Saya makan pain killer. Dah sahlah, saya tak boleh buat tampalan kekal. Samaada kena root canal atau cabut nanti. Hingga di saat saya menaip entri ni terasa nyut..nyut..nyut ngilu, tapi masih boleh bertahan. Kejap lagi nak makan pain killer semula.

17 comments:

Anonymous said...

saya pun tgh sakit gigi ni. harap2 tak kena cabut hehe.

Kaklong Syikin said...

Op: Baik pergi jumpa doktor cepat. kalau terlambat, takut kena cabut, terutama kalau gusi dah bengkak.Masa tu tak boleh nak buat apa dah rasanya :)

Ajzie said...

Ajzie pun sama. tak sakit lagi, tp rasa nye better cabut before sakit. Gigi bongsu tumbuh tak tentu arah. So plan balik Msia jer lah cabut. Kat sini mcm tak confident lah. Bukan tak confident pada doctor..tp tak confident pada diri sendiri.. hahah.

Salam and Selamat Bercuti2 Msia.
Ajzie

mama_fynn said...

syikin,

apa khabar? boleh tak bagi nama klinik yg ke dua syikin pegi? gigi saya pun dah berlubang dan rasa nyut nyut..saya telan pain killer bila sakit jadi kuranglah sikit...

Kaklong Syikin said...

wilhelm: lama lagi tuh...tak pe gigi tu lambat2 dcabut?dah sakit atau belum?

saya bercuti ni tak ke mana, isnin ni anak mid term..inilah kalau dah anak bersekolah :)

mama_fynn: kabar baik..lamanya awak tak ziarah saya.saya ziarah awak pun rmh tak de orang :).klinik pergigian rosman di taman sri gombak. ada sign board besar kat situ. satu blok dengna bangunan BCB tak salah.

Kaklong Syikin said...

mama_fynn: tersalah taip pulak..ia satu blok ngan Bank BCB yg nampak drp jalan besar tu.

maklang said...

Kesian dia...Maklang so far tak pernah lagi tampal gigi...Memang sakit kan , kenkadang my gigi bongsu yang tak tumbuh2 ni mengumumkan pertumbuhannya tu nyut...nyut jugak jadiknya...

Take care...

simah said...

syikin...*hugs*...i hope u will feel better soon...dengan sakit gigi lagi..dengan nak jaga anak lagi...kesian kat u..

bila baca entry u ni..i pulak terasa ngilu.....boleh terbayang mcm mana bunyi mesin ngeri doktor gigi tu....eeeeee.. dah la i phobia doctor gigi ni.... (no offense to anyone) hehehe

Kaklong Syikin said...

mklang: tq atas simpati :). sbnrnya sejak sek. ren. sya dah kena tampal gigi kekal. hinggalah 3 thn kebelakangan ni hampir setiap tahun saya k klinik gigi, samaada utk cabut or tampal.

simah: tq :). ni masih nyut2 lagi ni. tp dah makan pain killer. tgh fikir nak buat root canal or cabut ni.

hehhe..sorilah buat u ngilu..tp my advice, u rasa sth wrong jer ngan gigi u tu even tak rasa sakit lagi atau gusi tak bengkak lagi.cepat2lah jumpa doktor.gigi tu blh diselamatkan lagi.
yg saya ni kes menangguh2 nak ke kliniklah dah tak pasal2 kena cabut or root canal. saya menyesal pun tak guna :(

Izhal said...

Puan,
kali ni punya entry sampai saya sendiri rasa sakit gigi tu... last2 bila sampai kat klinik melayu tu lega pulak sakit saya...

apa nama klinik tu? kat mana? ada nombor phone dia tak??? nak tahu boleh?

juga bagitahulah klinik pertama yang buat kerja tak betul tu... boleh saya elak ke sana...

blackpurple @ jowopinter said...

Alhamdulillah..setakat ini belum terkena sakit gigi lagi.. tension kalau sakit gigi ni...

Kaklong Syikin said...

izhal: klinik pertama tu di selayang. sblm ni mmg saya dah biasa wat rawatan di sana. rekod dia mmg bagus. cumanya saya rasa kali ni saya lupa nak bgtau yg saya dah sakit hingga kepala saya pun sakit sama,justeru saya rasa dia fikir keadaan saya tak teruk mana tu sbb dia tak letak ubat dulu sblm tampal.

so,bila k klinik k 2 mmg dah sedia sakit kepala saya, lagi senanglah dentist tu punya kerja nak buat apa yg patut.

nama klinik k 2 tu klinik pergigian ROsman di tmn sri gombak. tepon no. dia tu nanti ya, saya kena cari dulu.

BP: doa jgn kena langsung. mmg tension sakit gigi ni sbb ia membuatkan seluruh anggota badan sakit terutama sakit kepala.

kasutVINCCI said...

kak syikin,
kv tak pernah sakit gigi sebenarnya. Cuma rasa ngilu bila gigi berlubang. Tapi bila dah ditampal, ok semula. Bila dengar cerita org fasal sakit gigi ni, hmm tak sanggup rasanya.Entah lah. Harap gigi kv dpt bertahan lama sikit.

maklang said...

Selamat Hari Ibu

Shami said...

Sabar...syikin...ni kepala saya nyut2 juga...blog dah.,,haru biru....he..he..he...

Kaklong Syikin said...

kv: hehe..doa2lah gigi tu kuat semua sampai akhir hayat

maklang: selamat hari ibu juga

shami: ha..napelah blog awak jd camtu? terkejut saya...cepat2 baiki.apa yg awak godek2 tu? ke tersilap godek?

susah2 tukar blog baru..

Unknown said...

Klinik rosman memang best..