Wednesday, May 31, 2006

Sucikah rumah kita?

Saya teringat lebih kurang setahun yang lalu, kami sekeluarga menziarahi X yang baru mendapat cahayamata. Kebetulan hari tu ramai yang menziarahi X, dan kanak-kanak tentulah paling ramai masa tu mengikut parents masing-masing. Dalam ramai kanak-kanak tu, sorang drp mereka secara tak sengaja telah terkencing di ruang tamu. Apalagi, bergegas X mencari kain lap dan secara tak sengaja, kaki dia terpijak sedikit air kencing tu. Saya yang hanya memerhati drp tadi bingkas bangun dan cuba membantu. Terus saya ke dapur mengambil segayung air utk menjirus tempat kesan kencing tu. Serba salah X bila saya membantu mencucinya, tapi saya tak kisah, sebab saya biasa ke rumah dia. Jadi saya tolong menjirus air dan mengelapnya. Saya buat 3 kali berturut2. Pastikan lantai tu bukan takat bersih tapi suci. Cuma yg saya perhatikan X tak terus mencuci kakinya yang terkena air kencing tu. Segera saya bagitahu dia. Dia hanya mengiakan tapi tak segera mencucinya. Saya fikir dia tak faham maksud saya. Sebab, kalau dia hanya mengelapnya sahaja tapi tak mencucinya, kakinya masih dikira bernajis dan mana2 tempat yang dia pijak tu turut bernajis.


Pernah juga saya menghadiri kenduri, saya kebetulan duduk di bilik belakang di bahagian dapur. Dan bilik tu bertentangan dengan bilik air. Tak lama kemudian, seorang saudara saya masuk bilik air utk membasuh be*ak anak dia dan seluar tu pun terkena sedikit najisnya..saya perhatikan aje dia membasuhnya. Selesai membasuh dia membilas dan memerah seluar tu, tapi saya dapati warna kekuningan najis tu masih tak hilang, kiranya ia masih belum bersih dan suci lagi. Dan saya dapati dia nak melangkah keluar bilik air, segera saya beritahu yang dia kena jirus lantai tu sebabnya air bilasan seluar yang diperah tadi tu masih tak suci sebabnya kesan warna najis tu masih ada. Jadi dia kena jirus lantai tu utk pastikan kaki dia suci keluar daripada bilik air. Dia tergelak tapi responnya macam nada marah juga. Dia kata dia dah basuh bersih, tapi saya kata kesan warna najis tu masih ada dan bila ia diperah, of course air perahan tu masih bernajis dan ia mengalir atas lantai bilik air. jadi, bila tak jirus lantai tu, kalau kita pijak jer tanpa menjirusnya dengan air mutlak, dah tapak kaki kita bernajis jadinya, dan kesannya mana2 tempat yg kita pijak dlam rumah tu jadi bernajis.

Hmm..dua situasi di atas membuat saya terfikir,sejauh mana kita prihatin akan kesucian rumah kita?Ia nampak remeh dan kecil, tapi impaknya besar pada ibadah kita, terutama solat. Bayangkan kalau rumah kita bersih tapi tak suci, dan kita solat atas tempat tak suci tu, adakah solat kita tu sah? Dan berapa ramai yang tahu kaedah sebenarnya mencuci najis2 ni ikut hukum syara'?Dan begitu juga air yg digunakan, adakah ia air mutlak atau tidak?


Sebab, kalau ikut hukum syara', jika membasuh najis mutawasitah (muntah,kencing, darah yang mengalir tapi bukan darah atas daging haiwan, nanah, tahi, air wadi, bangkai, air mazi,cecair yg memabukkan dan susu binatang yang haram dimakan dan air mani binatang) wajib menggunakan air mutlak sehingga menghilangkan 1) ain/zat/warna, 2) bau, 3) rasa. kalau dibasuh tapi masih ada kesan najis tu, ia nampak bersih tapi tak suci. Macam seluar anak terkena najis dan ada kesan warna najis, biasanya saya akan buang najis dan sebaiknya direndam dlm klorox utk hilangkan warna najis tu,tp kalau jenis kain luntur warna, rendam dulu dengan air sabun, dan lepas tu disental hingga hilang warna najis tu. Tp, kalau masih tak blh hilang, tak mengapa. Ia dimaafkan. Yang pasti, jgn dicuci sekali dengan pakaian lain sebab takut ber'najis' sama, terutama kalau basuh dalam mesin basuh.


Biasanya, kalau kencing atau najis terkena pada lantai, saya akan akan buang najis tu dulu, sampai tak de kesan atau calitan najis, dan air kencing tu saya akan lap kering dulu tak kiralah guna kain atau tisu. kemudian saya akan ambil air dan jirus atas kesan najis tu, an lap dengan kain buruk yg bersih atau saya basuh bersih kain lap kencing tadi dan guna semula utk lap yg ini pula. biasanya saya buat 3x berturut, dan antara 3x basuhan tu, satunya saya letak air sabun or letak sikit sabun pencuci lantai mcm Ajax ke sebab nak hilangkan bau. Jadi, kalau kita hanya lap jer bekas air kencing tu dengan kain basahan semata, tak boleh, ia tak memenuhi syarat, sebab tak guna air direct atas tpt tu. syaratnya kena jirus/lalukan air then baru memenuhi kehendak syarak.


Lagi satu air yg digunakan, biasanya orang guna air kolah utk buat mandi dan basuhankan..tp adakah air kolah tu cukup 2 kolah (10 tin minyak tanah) spt yg ditetapkan syara' utk memenuhi standard air mutlak ? dan adakah air kolah tu terpelihara drp percikan air drp badan kita or basuhan kain baju kita? mcm kita basuh baju di bilik air atau kita mandi, sedikit sebanyak air akan terpercik dlm kolah tu semula. Itu dah jadi air mustakmal dan bukan lagi air mutlak. Dan air mustakmal dah tak boleh digunakan utk menyucikan najis seperti kita buang air kecil dan besar (ini kira hadas kecilkan), kita mandi hadas besar, membersihkan najis lain. Kalau takat nak buat air mandi biasa takpelah, atau nak buat air utk masakan atau minuman, tak mengapa lagi.

Sebaiknya, gunalah air paip terus yg belum dimasukkan dlm takungan seperti kolah kat rumah kita tu kecil (kecuali kalau cukup dua kolah) dan 6 jenis lagi air mutlak, utk membasuh najis seperti membersihkan lantai yg terkena kencing dan najis anak, membersih selepas buang air kecil dan besar dan mandi hadas besar.


Kalau kita tak alert dengan perkara2 yang dianggap remeh ni, tak mustahil rmh kita ni nampak jer bersih tapi tak 'suci', ibadah spt solat hancur sebab perkara kecil ni. Ha, itu belum bab anak kencing tembus atas tilam, biasa org jemur aje supaya kering, tapi 'ain (najis) kencing tu masih ada lagi sebab ia kering macam tu dan tidak dibasuh. Bau hancing tok sah cakaplah. Tak cukup sekadar menyembur dengan febreez semata, sebab 'ain (najis) kencing tu belum dibuang wlwpun dah kering. Just imagine kita dah berwuduk kemudian kita pijak atas tilam atau tikar atau permaidani yg terkena kencing yg hanya berjemur tu, dan kesan kencing yg kering tu jadi basah semula sebab tapak kaki kita dan terus kita menunaikan solat..camner ngan solat kita? Atau kita berbaring atas kesan kencing yg tak dibersihkan tu dan menunaikan solat dengan baju kita yg terkena najis tu wlwpun dah kering..camner ngan solat kita? bab basuh tilam hancing ni memang meletihkan, tapi nak buat camner sebab ia penting agar ibadah kita diterima Allah. Tak cukup dengan hanya berkata, ah yang penting hati..hehe. Sebab kalau tak ikut rules n regulations nya, hati baik sekali pun tak leh nak diterima ibadah tu. Sama-samalah kita prihatin dengan kebersihan dan kesucian rumah kita, dan ibadah kita pun superb!!!
***************************

update: terima kasih di atas teguran ummuhajar pasal saya kata sekurang-kurangnya 3x basuhan air mutlak tu, yelah, takkan taik cicak atas karpet pun sampai 3x basuhan, ya tak?itu tak mengapalah sekali saja. Biasanya air kencing anak kuat baunya, kalau ikut pengalaman saya sendiri, bila anak terkencing atas lantai atau cicir atas lantai, lepas saya buang 'ain kencing tu dulu (lap kencing), saya akan siram air. saya lap semula. kemudian, saya siram sikit air sabun, sebab nak hilangkan baunya. saya lap semula. kemudian saya jirus sedikit air lagi. sebab saya nak buang kesan sabun tu & pastikan lantai tu dah tak berbau. Ini jika kuantiti kencing tu banyak. Tapi, biasanya sekali siraman air mutlak tu tak dpt nak hilangkan bau lagi terutama kalua ia dah lama n terbiar. ini pengalaman saya sendiri.

jika hanya setitis dua kencing tercicir atas lantai or karpet, saya hanya lap dulu, lepas tu saya jirus sedikit air dan air sabun sedikit. tapi kalau yakin tak de bau kencing, saya hanya buat sekali atau dua kali siraman air saja. sbb nak puaskan hati.

Mcm karpet atau tikar atau tilam, air kencing tu dah meresap, jadi biasanya saya akan jirus dgn air mutlak sekali, lepas tu saya akan basuh dngn air sabun sebab nak hilangkan bau yg dah meresap tu, then saya akan jirus lagi sekali utk membuang air sabun tu. kalau ia masih berbau lepas tu, saya siram lagi. hingga saya yakin bau tu dah hilang terutamanya. bahkan saya buat kekadang tu lebh drp 3x. biasanya kalau basuh karpet or tikar ringan or tilam ni, saya buat di bilik air, saya lalukan ngan air paip, sekali lalu. lps tu sabun. lps tu saya lalukan lagi air tu hingga saya puas hati kalau bau tak de dah.

itu belum lagi dengan muntah anak..itu kekadang basuh sampai lbh 3 x sebab baunya yg terlalu kuat. ini experience saya juga.

oh ya..terlupa saya, penggunaan air mutlak tu kenalah sesuai dengan dngn kuantiti najis tu. kalau cuma setitis dua jer air kencing atas lantai, makanya mungkin hanya sedikit air mcm tak sampai secawan air mutlak...kalau banyak, mungkin sampai bergayung2..ikut keperluan ketika itu. kaalu basuh tahi cicak, lepas lap tu, sekali jirus sedikit memadai dah, kan.

tapi, kalau air kencing or najis or muntah anak terlekat kat baju or seluar depa tu, kalua kita berus ngna sabun dan dah hilang atau kita dah rendam ngan klorox, basuh bersih ngan air mutlak sekali pun tak per terutama kita basuh straight drp air pilikan..air pili tu kan banyak.


lagi satu, yg penting keyakinan hati, kalau kita yakin basuh sekali tu dah memadai n bersih n suci, tak mengapa. tapi jgn sampai di timpa was-was tak tentu hala, itu bisikan syaitan. tak pasal2 kita membazir air pulak :).

anyway, tq sekali lagi ummuhajar sebab mengingatkan saya :) , amat dihargai.

24 comments:

FaEzHussain said...

Puan Syikin

Terima kasih atas reminder hari ini. Saya pun sering terlupa hal-hal ini. Lebih-lebih lagi rumah ni lantainya berkarpet, memang kalau anak2 terkencing, alamatnya lembab la karpet tu selepas di cuci.
saya akan ingat lain kali, utk cuci kurang-kurangnya 3 kali...
terima kasih sekali lagi

Literature Sushi said...

Satu entry yang bagus untuk yang sering terlupa.. macam saya...

Unknown said...

Kak Syikin,
Terima kasih banyak2. Yus pun kadang tak ambil berat benda2 macam ni. Memang lain kali kena ingat untuk pastikan rumah kita bukan setakat bersih tapi suci untuk beribadat.

Terima kasih sekali lagi.

p/s: Kak Syikin, Yus ada bagi email kat akak pasal nak upload image tu. Selamat Mencuba.

Sherin de Souza said...

A'kum, Puan Syikin..

Thanks for the friendly reminder to all us Muslim. Tak terfikir sebenarnya kadang-kadang.

Really, thanks..

Kaklong Syikin said...

Dr. Faez, Yus, Raiedzall & Sherin: sama-sama, ia peringatan untuk saya juga :).

yus, nanti akak check email tu.thanks a lot :)

Dr.Faez, kalau bau n kesan tu teruk sangat, tak pe kalau basuh lebih drp 3x..yg penting hilang bau, warna n rasa

KAMATO said...

Very good syikin, sekurang2nya boleh mengingatkan kawan2 yang terlupa

simah said...

peringatan yg amat penting..otak syikin amat teliti memerhati...masyaAllah

Ayu Mohamad said...

betul le kak.. kdg2 kita amik remeh je hal ni..thanks kak

Pandang Dengar Diam said...

syukur alhamdullilah dapat baca.....

Alinlai said...

ummi syikin,...makasih...lagi satu rasa ralat kalau orang masuk bilik air tak pakai selipar...walau kering mcm mana pun bilik air faham2 la...ada kesan najis then berjalan satu rumah hmmm

kasutVINCCI said...

kadang2 org ambik mudah perkara gini.

Kaklong Syikin said...

kamato: untuk diri saya juga

simah: ni mmg kita pernah belajar dulu :)

ayu: sama-sama

cuaca: gembira dpt mmbaca

alinlai: sama-sama. patutnya depa basuh kaki dulu, sbb takut ada percikan najis

ummuhajar: tq atas penerangan awak tu :), oh ya..sepatutnya saya tak tulis di situ 3 x, sebab ia amalan saya sendiri nak puaskan hati ia dah bersih, apatah lagi kalau ia melibatkan air kencing anak yg dah lama n hancing uang kita tak sedar. tak per, nanti saya akan baiki kat bawah entri saya tu :) tq atas teguran tu.

cuma dlm bab istinjak tu pun kalau najis tak meleleh hingga ke peha saya rasa boleh lagi dengan daun, batu..

WRA said...

terimakasih SYikin...akak pun memang ada penyakit was-was ni selalu...bersih ke aku lap tadi ni...tu yg kekadang buat banyak kali...kekadang tu rasa nak marah pun ada, sbb kita sorang je yg sibuk jaga semua benda ni...ye la, bila anak terkencing, kita cepat2 angkat anak tu ke bilik air(tanak kasi kaki dia bawak air kencing merata2), letak kain je dulu kat air kencing atas lantai tu...so, masa kita basuh kencing anak tu, anak yg lain pulak terpijak...dah habis semua org kena pi basuh kaki dan satu rumah kena mop....ada org cam maid ke hubby ke yg ada berdekatan buat derrk je...bukan nak cepat2 bersihkan air kencing tu....tu kekadang mulut tu asyik berbunyik je....kang sape yg dengar mesti pikir "anak kencing pun nak kecoh" hmmmmm.....

Izhal said...

Insya-Allah suci...

zaman anak suka muntah dulu memang tak suci...lepas tu saya cabut semua carpet dan bawak pi dobi, campak dalam industrial size machine, baca bismillah dan cuci... quantiti air mutlak semua cukup, ada cycle wash, sabun , rinse and dry... bila kluar bukan setakat takd kesan muntah, carpet pon nampak ok :)

Kaklong Syikin said...

OO; sama2, utk diri saya juga. mmg ada anak kecil ni bab kebersihan rmh renyah sikit jadinya

kak wan, nampaknya kena bagitau maidlah supaya dia lebih prihatinkan..kalau akak tak de susah jugak bab mcm ni. antara saya n suami, suami lagi particular, dia lagi bising..kita cool aje..hehee.

izhal: mmg kalau ada anak kecil susah rmh nak bersih selalu.

moon: betui tu moon kena particular.

NONIE AZIZ said...

n3 yang bagus...banyak membantu pada yang kurang pengetahuan!!

ontahsapo said...

benda mcm ni tak boleh nak main2, kena buat betul2...

tee said...

terima kasih bebanyak...

Kaklong Syikin said...

MR: sama-samalah kita saling bantu membantu menambah pengetahuan :)

OS: mmg betul

tee: sama2

Shami said...

Bab ni saya ada belajar masa kat surau, bulan lepas, itulah, kekadang banyak ibu2 khususnya buat mudah bab bersuci ni, kalau belajar tak pa, kalau tak belajar dan tak ada hati nak ambik tahu....haru betul, bila tengok, rasa takut, kelalaian sesetengah orang ni....sekarang orang selalu ambik mudah...bab2 macam ni, moga Allah sentiasa pelihara diri kita, ...amin...itu baru bab bersuci..belum lagi sentuh bab2 lain...

Anonymous said...

Mcmnilah sy amalkan selama ni..jirus dan lap..
Tapi baru2 ni was2 sb ada yg timbulkan kena basuh air mengalir smpai ke bilik air... Bila sy suruh jirus dan mop katanya air kena mengalir terus..pelik jugak sb takde sapa pulak yg betulkan dia. So sy mencari jwpn terjumpa blog saudari. Terima kasih atas ilmu tu..

Wizuranium said...

Najis atas lantai yg susah nk capai lalauan air ckup dengan buang ain dan basuh dengan air bersih.tunggu hingga kering baru boleh pijak..dimaafkab..kalau x kering x maaf..bab air terpercik jika sedikit tak jadi mustakmal..harap puan buka kitab atau bertanya pada yg arif lebig lanjut..sedikit tidak merubah ya.atas tilam pula andai berat dan susahh nk angkat ckup dgn buang ain dan jirus air x syarat tembus..kering di kira maaf..x kering x maaf..dan maaf saya menyampuk..sebab cara puan ni dh jadi merumitkan keadaan..maaf sekali.lagi ya puan.

muhdfaris said...

Betul tu, hal ni jadikan org lagi was2 , percaya x kebanyakkan orang yang terkena penyakit was2 ramai sngt dr Malaysia ngn Indonesia, kene faham dengan konsep hidup dalam satu negara, kalau orang kafir tengok agama Islam macam ni rasenye dorang berkenan x? Agama Islam ni diciptakan utk memudahkan bukan menyusahkan, sbbtula kene sesuaikan pendapat ulama dengan keadaan zaman sekarang ni, zaman dulu2 banyak bilik air bertanah jadi senang la cuci , zaman sekarang rumah mozek2 ,dn kalau nk kate tu x sah ni xsah bg nama ulama yg kate tu, jgn main tuju mcmtu je sbb masing2 ade pendapat die xsendiri

muhdfaris said...

*tersendiri