Tuesday, March 07, 2006

Banyak anak...susah tak?

Pagi Isnin. Lepas anak2 yg bersekolah dan suami keluar rmh, saya sidai kain. Ha, ada lak jiran cina sebelah rmh saya ni. Jarang terserempak dengan dia sebenarnya. Rupanya, dia cuti hari ni. Semalam dia hantar anak2nya balik kampung. Anaknya sepasang jer. Depa bersekolah kat sana. Saya sidai kain, dia siram bunga. Kalau kami berbual tu, dia suka tanya anak2 saya...soalan standard dia

mana anak2? tidur ?

Pagi ni, soalan yang sama keluar, cuma tambah lagi sikit,

Banyak anak...susah tak?

(Saya tergelak. Teringat saya, jiran cina selang sebelah rmh dengan jiran saya ni pun pernah tanya soalan yang sama. Jiran tu memang tak de anak. Kesian, dah tua ni hidup berdua jer ngan suaminya dan 2 ekor anjing)

Ada lawan cakap tak?
Biasalah budak2...ada juga.
Anak2 saya pun ada lawan juga.
Tapi sekarang saya selalu cakap, kalau lawan cakap saya, saya bagitau cikgu. Dia orang takut kalau report dengan cikgu.


Kemudian kami sudahkan kerja masing2. Sebenarnya, saya tak pernah sangka dalam tempoh hampir 8 thn kawin ni saya akan punya 4 anak. Rapat2 pulak tu. Jarak Husna dan aiman cuma setahun seminggu (saya mengandungkan aiman masa Husna 3 bulan!!!) Jarak Aiman dan Huda, hampir 3 tahun. Dan jarak Huda dan Alia, setahun sebulan!!!


Saya ingatkan saya ni macam orang lain, jarak anak dua or 3 thn sorang...tapi tulah rezeki. Unpredictable langsung. Dulu, masa saya belum kawin, bila terserempak dengan pasangan yang ramai anak kat shopping mall or mana2..saya rasa hairan dan kagum...ramainya anak!! Itulah tanggapan pertama saya. Hinggalah saya sendiri alaminya.
Memang meriah anak ramai ni, naknya jarak depa rapat2. Time depa main bersama dan tak bergaduh or bertekak or berebut barang memang rasa aman dunia. tak kisah rasanya nak ada anak sedozen. Tapi, bila time depa bercekau...alamak....rasa cukuplah 4 ni jer..tak larat nak dah. sekarang ni, Alia dah pandai join kakak dan abgnya bermain...kekadang, dia naik sendiri ke bilik atas utk join depa. Terasa lak sorang masa tu.
Ada ibu jenis manjakan anak, tapi tidak saya. Saya mmg straight ngan anak2...benda utama saya tak suka, kuat menangis...sejak kecil memang saya ajar depa jangan sikit2 benda nak menangis..kalau suruh diam tapi tak mau gak..siaplah. tapi, saya bagi kebebasan pada anak2 nak luahkan apa yang depa tak suka...dan kalau saya tersalah marah depa,saya tak segan minta maaf dengan mereka. Hehe...masa Husna dan Aiman kecik dulu, depa penah panggil saya ni mak kundur (ni gara2 depa tgk vcd kartun Putih, lakonan Erra Fazira dan M. Nasir). La ni, kalau saya cakap depa tak mau dengar..saya akan cakaplah,
nanti, kalau umi marah kata umi ni mak kundur lah..itulah inilah..tapi, umi cakap tak mau dengar
tak..umi bukan mak kundur...(balas Husna)
Kawan2 pun pernah tanya, camner lah saya handle anak ramai ni, depa yang anak sorang dua pun dah pening kepala. Yelah, lain orang lain stailnya..Ada orang, memang penyabar, soft spoken. Macam saya, ikut pada keadaan..ada masa guna kelembutan, ada masa garang,ada masa tegas. Tapi, saya lebih tegas. Cuma yang best tu, biarpun saya memang tegas lebih dengan mereka, tapi, apa2 hal memang mereka mengadu dengan saya...itu yang buat saya rasa, ok..depa boleh terima ketegasan saya, sebab rasanya mereka tahu yang mereka hanya dimarah bila wat salah dan tak mahu dengar cakap. Tak nafi, ada masanya tension ngan kerenah mereka tu..but slowly saya belajar kawal diri daripada jgn mudah tension ngan kerenah anak2... Selalu saya berdoa agar lebih sabar dengan kerenah anak2.
Hai..segarang or setegas saya, saya memang tak leh pisah lama ngan anak2..boleh tensyen jadinya. Nantilah, saya citer pengalaman berpisah lama ( 3 minggu paling lama pun) ngan anak2.



No comments: