Monday, March 06, 2006

Hujung minggu: Macam-macam punya citer

Sabtu

Sabtu pagi sampai petang saya sekeluarga tak ke mana2, cuma plan nak balik rmh mertua jer...itu pun tak pasti bila. Yang pasti, saya betul2 dah kebah demam dan tekak yang perit tu dah fully recovered. Alhamdulillah. Bila dapat nikmat sihat tu ya Allah....Dia aje yang tau. Tak per, adalah kifarat dosa saya kat mana2 tu. Tak banyak benda yang berlaku dalam rmh, tapi adalah insiden2nya;


Aiman dan Husna basuh kipas

Tengah saya sidai kain kat luar, tiba2 aiman datang..

umi..tolong aiman. aiman nak cuci kipas..tak boleh nak bukak. Banyak habuk kipas aiman.

Alamak..malas tul la. Tak suka kena kacau tengah wat keje lain. tak mau bagi dia cuci sbnrnya, biarlah saya yang buat, baru tadika jer dia tuh. Tapi, bila fikir balik, dia tengah excited tu..biarlah, at least dia belajar sesuatu yg baru ari ni. Saya ikut dia naik ke bilik. Husna duk sibuk susun mainan diaorang. Asalnya saya nak suruh aiman lap jer habuk tu..tapi, tgk dia beria2 nak bukak penutup jaring tu. Ok gak..ajar dia basuh.

Ok...aiman sembur air kat penutup ni sampai habuk hilang.

Saya bawa penutup tu ke bilik air dan dengan excitednya aiman menyembur buang habuk2 kipas tu.

lepas tu amik kain buruk, lap sampai kering. kain buruk kat bawah, di tingkap dapur

Berlari dia turun ambil kain buruk.

Benda ni pun sama jugak. lepas tu lap sampai kering.

Saya berikan dia bilah kipas tu (betui ke istilahnya?). Rupanya Husna yang wat tak endah tadi nak menyumbang tenaga sama. Dah berebut dua beradik tu.

tak perlah aiman. bagi kakak basuh yang tu pulak.

Husna membasuh belakang penutup kipas tu. Aiman pulak, saya suruh bersihkan habuk2 yg melekat pada badan kipas tu ngan kain kering. Dah siap semua, saya pasangkan balik satu persatu.

Umi...sejuknya aiman rasa.

Itulah Aiman, dia ni nampaknya minat ngan keje2 rumah gak, terutama bab basuh pinggan. Tapi saya susah nak bagi dia buat. satu, sinki tinggi..dia terpaksa panjat atas kerusi. dua, dia kecik lagi...kalau mintak mmg saya tak bagi. Jadi, dia punya idea...buat dulu, baru bagitau saya. Biasanya ayat standard dia,

Umi, tengoklah apa aiman dah buat kat dapur tu...

Berkali2 dia pujuk saya suruh p dapur tengok keje dia walaupun saya kata tak perlah. Mengalah jugak..first time tengok, Allah..terharunya...bersih betul dia buat, sampaikan sinki tu pun dia sentalnya.

Bersihnya aiman..rajinlah Aiman. tima kasih.

Ha apa lagi..terlompat2lah dia berjalan. Sengih memanjang. Sejak first time tu, bila dia nak buat, dia akan buat, tanpa pengetahuan saya. Lagi satu, dia akan ambil tisu...basahkan ia dan p lah lap mana2 tempat yang dia rasa nak lap, mcm peti ais ke, rak tv ke.Tapi..kalau dia tengah malas, suruh kemaskan permainan dia atau minta dia tutup api dapur, dia akan arahkan kakak dia. Sabor jelah.

Husna memang senang nak disuruh. Tak de banyak soal. Kekadang, dia komplen gak, nape dia je kemas bilik lebih, aiman main lebih. Walhal, aiman pun kena suruh gak..tapi dia tu pandai cilok sikit time tak de mood tu. Ada jer alasannya, tu yang biasa kena marah tu. Sian kat kakak dia.

Planet Food

Saya ter on travel n living channel (astro 11), programme Planet Food: Malaysia, bila saya dapati kali ni about malaysian food!!!Wah excited saya dail no tepon rmh mak, kononnya nak bagitaulah citer pasal malaysia masuk dlm international programme (entah apa2). Punyalah saya tunggu tapi tak berjawab..alamak, baru teringat, mak balik kampung ari ni ngan mak sedara. hehe..ni mak sayalah yang ajar mulanya, bila tv ada program menarik sikit..ha, cepat2 dia tepon saya suruh bukak channel sekian sekian. Kalau saya kata tak dpt nak on skrg or kata terlepas rancangan tu..siap dia citer kat saya lagi. lama2 saya pun terjangkit ngan stail dia, kalau saya yang menonton dulu, cepat2 call mak tanya dia tgk tak program yg saya tengok dan saya pun citerlah sikit sebanyak kalau dia tak dpt tengok rancangan tu...hehe, itulah, mak borek...anak rintik...


Who killed Alexander the Great & Saintis la pulak

Saya tengok astro channel petang tu, entah channel 52 or 50 tentang who killed Alexander the Great. Kisahnya nak tau apa sebab utama kematian Alexander the Great nih. Husna pun tengok sama. Asyik dia menonton sebelah saya (masa tu ditunjuk kaedah saintifik camner racun dibuat utk membunuh Alexander tu), tiba2 dia cakap kat saya

ummi, kakak tak mau jadi astraunat la, nak jadi saintis pulak
kenapa?
sebab tak ramai orang islam jadi saintis...melayu jadi saintis
ha..kakak kena faham, bukan melayu jer tau org Islam,tapi sapa2 pun..cina ke, india ke peluk islam, dia jadi Muslim...
ok..yelah, tak ramai melayu jadi saintis..kskak nak jadi saintis la
ok..jadi sekarang kakak kena baca buku sains la..
ha..kenalah belikan utk kakak
minta ngan ayah..(hehehe. Suami yg tgh mengadap pc tu sengih jer)


Allah..sebaknya dengar cite2 ketiga Husna ni. Sebelum ni cita2 dia nak jadi angkasawan bila baca ensaiklopedia, lepas tu kata nak jadi power rangers pulak bila tgk citer power rangers, dan lepas tu nak jadi saintis pulak..tak kisahlah..apa pun pekerjaan dia, professional or non professional, mesti jadi Muslimah sejati...baru WORLD..


Cousin datang


Petang, cousin datang. Dia nak ambil phyto fiber, ada orang order. Asalnya dia nak datang, tapi tak jadi sebab keta suami dia pakai (dia balik rmh mertua di area gombak ni). Jadi saya setuju nak p antar rmh mertua dia on the way nak balik rmh mertua saya nanti. Lepas sejam dua rasanya, dia called balik kata nak datang (heheeh..tunggu saya tak sampai2 gak agaknya)dan dia ingatkan saya nak keluar rmh dah. Saya suruh dia datang jer. At last, dia datang satu keta, ngan adik beradik iparnya..wah meriah sungguh rmh saya petang tu walaupun cuma air bujang jer...


Balik rumah mertua



Lepas maghrib kami bertolak balik ke rmh mertua. Asalnya nak balik jumaat malam, tapi suami pulak penat. Sebelum tu, singgah Giant kejap, MIL pesan dua botol produk healin gamat. Sampai sana,tengok babah tengah terbaring..siannya dia...rupanya dah sebulan demam on off, dan kebetulan 3 minggu sebelum ni kami tak berkesempaan nak balik ke sini. Itupun mil called rabu lepas masa saya tgh demam tu bagitau baba tak sihat. Sian kat babah. Asalnya belikat dia rasa sakit, dah p urut...tak sangka keluar angin yg jenis bergerak tu. Bak sotong menjalar katanya.

Ahad

Pagi sampai malam tak keluar kemana pun. Memang duduk rumah jerlah. Suami pun sibuk tolong tengokkan keadaan FIL. Sian babah, susah nak tengok dia duduk rehat kat rmh time sihat. Ni sekali tak sihat, memang nak dia tak larat sangat. Rupanya, teruk juga penangan angin ni ya..Itupun dia kena pegi lagi menikahkan orang, nasib baik keluarga pengantin perempuan sanggup nak datang ambil, yelah dah jurunikahnya tak sihat. Babah bagitau saya, masa kat rmh pengantin tu pun dia tak berapa lalu nak makan. Memang nampak kurusnya dah.

duduk rmh tu, apalagi, sesi makan memakan jerlah. My MIL suka memasak, dah kami balik ni..lagilah semangat dia masak banyak; gulai labu, udang goreng, ikan goreng, sambal ikan bilis, rebus jagung, even dia buatkan bubur ala lambuk tu..sebab dia tau saya demam dan sakit tekak baru ni..agaknya dia ingat saya masih sakit tekak lagi. Thanks mak. Masing-masing duk rajin berulang alik ke dapur, anak2 lagi lah, tau mbahnya simpan jajan kat mana, sampai suami pun cakap,

camner nak kurus ni..makan jer (sambil cakap tu dia buang kulit jagung rebus yang dah masak)

(kah kah kah...gelak itu jawapan saya kat dia)

Singgah rumah cousin

On the way balik ke Gombak, singgah jap rmh cousin suami, Abg Z. Masa tu dah 9 lebih malam. Suami nak minta tolong cousin nya serahkan barang pada seorang kawan yang kebetulan satu ofis dengan cousin ni. Asalnya tak mau masuk rumah, sebab tau Isnin nak sekolah dan nak keje. Saya pun anak2 nak sekolah jugak. Tapi dah dia ajak walaupun kejap, masuk jugaklah. Fuhh...mongah den naik tingkat tigo ngan dukung Alia yang tongah tidur. Suami lak dukung Huda. Terfikir, camnerlah Kak I turun naik tangga masa dia pregnant ari tuh.
Ha..dah besar dah new baby boy ni..alamak, lupa namanya. Sian baby, kena keluar ikut tingkap sebab dah terjerut dengan tali pusat, dah weak dalam perut, bahkan pernah satu ketika doktor kata dia tak bernafas dah. Apalagi, Abang Z bagi consent buat cesar lah. Itu citer dua bulan lebih lalu..la ni, sihat walafiat..6 kg lbh dah...Bosar eyyy..Alia ni pun baru 8kg jer, walhal dah setahun 3 bln tuh..Memang terasa masa dukung baby ni; tulang , isi semua padat..pipi pun chubby semacam. Alah, tak de kamera nak tangkap gambar dia. Dah pandai ajak 'berborak' dah...
Gigi geraham
10 mlm lbh kami bertolak balik. Then saya perasan sesuatu, gigi geraham yang sakit dulu, sakit balik. syukur masa saya demam seminggu tu dia tak sakit..kalau tak, alamat, sakit berganda. Saya check, alamak..dah bengkak gusi. tak dapat nak p klinik tu hari Isnin, harap2 Selasa bolehlah. Akan kuhapuskan kesakitan ini. Adeiii...berdenyut-denyut.








No comments: