Monday, March 06, 2006

Jemputan Kahwin

Cuti sekolah hendak bermula
Kenduri kahwin bakal sebahagian daripadanya
Jemputan kahwin sudah diterima
Dapat pergi atau tidak sahaja...


Hmmm...berpantun pulak saya. Salah sorang sahabat dalam grup yahoo saya akan walimah 13 March ni. Dia invited kami melalui email grup. Confirm tak leh pegi sebab jauh sangat di Kedah nun dan jatuh pulak pada hari Isnin (suami den kojo) walaupun masa tu dah start cuti sekolah. Nama bakal isterinya sama dengan saya, ejaan jer berbeza. Sempatlah sorang yang lain reply "ingatkan syikin berpoligami...ahaks" Sabor jerlah....hehee.
19 Mac pula, kenduri kawin sedara suami di Puchong dan 25 Mac pula adik sepupu wat majlis kahwin. Nikahnya dah sudah tahun lepas.
Saya pula, lagi sebulan lebih nak wedding anniversary. Teringat zaman dolu2 masa nak kawin. Pesanan mak yang pertama: Jangan suka ikut suami pegi tempat keja!!!!! (Mak tak mau saya amik tau hal suami di tempat keje...hehehe, tapi selalu jer saya p tpt keje suami..kalau tunggu dia, biasanya dia suruh lepak kat bilik dia kalau saya bosan nak menunggu kat tempat lain).
Oh ya..sesapa yang nak berkahwin tu, saya ucapkan dan doakan:
1. Selamat pengantin baru
2.Selamat memulakan kehidupan sebagai suami isteri
3. Kata pakar perkahwinan, 5 thn pertama perkahwinan adalah tempoh perkenalan suami isteri (tahun ta'aruf). So dalam tempoh ni kenalah berusaha deal ngan perangai dan kelakuan masing2 terutama yang negatif tu dan kena tukar pada yang positif.
4. Hubungan dengan Allah mesti kuat. Ada masalah rumahtangga cepat2 rujuk dengan Allah (berdoa, solat etc). Sayang ada yang lepaskan masalah kat orang yg lebih menimbulkan masalah (menghasut, terlalu busy body, etc), or di pub, disko, lounge (menambah masalah baru adalah), bantai membantai pasangan (Jangan tak tau, zaman la ni pun ada isteri bantai suami...)
5. Bertolak ansur, sabar menyabar, nasihat menasihati, ingat mengingatkan, dan banyak lagi nilai positif kena tanam dalam rumahtangga.
6. Hubungan dengan keluarga pasangan mesti baik selain daripada keluarga sendiri.
7. Moga timang cahayamata yang sihat walafiat
8.Moga murah rezeki lepas berkahwin.
9. Kena sentiasa ingatkan diri berkahwin kerana Allah, insyaAllah, ada masalah, Allah akan tunjukkan jalan
************************************************************************************
Update
Kahwin baru
Hmm..Sabtu baru ni dpt sms drp former classmate, sorang senior kami, akan berkahwin baru setelah kematian arwah isteri tersayang akibat barah. tak perlah, yang penting kebajikan anak2nya terjaga. Teringat arwah ni, mmg she was very nice person, lemah lembut, suka senyum. Tapi, when she passed away...yg tinggal kena teruskan kehidupan.
Pasal kawin baru ni, saya selalu cakap kat suami, terutama time nak due bersalin. Yelah, kot2 meninggal dalam labour room ke kan..Ini kira wasiat la,
Abang nak kawin lepas Nor mati takperlah, kawin la...sian, tak de sapa nak jaga makan minum abang. Kalau nak kawin masa kubur Nor masih merah pun tak per. Jangan risau, Nor tak bangun punya datang cekik abang.
(hehe...pulangkan..pulangkan..hish, seram lak duduk kat bilik sensorang nih).
Dia memang tak beri any respon, hinggalah satu hari dia jawab,
ingat senang nak cari????
kwang.kwang.kwang.

7 comments:

Hot Mama said...

Haa dah baik demam belum? Demam dah kurang, tapi batuk tak henti henti lagi

Kaklong Syikin said...

alhamdulillah hot mama..dah baik ngan tekak perit tu pun dah baik. kira2nya fully recover tu hari sabtu baru nilah..confirm minggu lepas tu week of fever hehehe..
la..batuk awak tak berhenti lagi ye..eh, cuba makan madu..tapi u mengandung, cuba tanya doktor dulu, maybe satu sudu teh ok kot(5 ml)

WRA said...

salam kenal...thanks pi blog akak..
mmm..ramai kawin cuti sekolah ek?
tang tak leh ikut suami pi tempat kerja tu, sekarang ni kena amalkan selalu sebab banyak infidelities bermula di tempat kerja.....trend sekarang ni lah...tapi of course, kena percaya gak kat suami kan? hehehehehh

NONIE AZIZ said...

aiiiii...terima kasih pasal lawat blog saya...Hal rumahtangga ni yang pasangan yg berkahwin 2 2 kena ada tolak ansur sesama sendirikan?

Kaklong Syikin said...

alex lacey: tq dtg blog amatur saya nih..
betui cakap kak alex tu..hehe, caya kena caya gak..tapi, pantau pantau gak..

mamarisya:tq gak dtg blog ni..betui kata mamarisya tu..

aNIe said...

syikin...salam perkenalan dari kak lady...kak lady ni buat kunjungan balas...heheh....moga kekal ikatan silaturahim di maya ini...

Kaklong Syikin said...

tq kak lady..
Amin..moga berkekalan.