Kisahnya camni...jiran cina sebelah kanan rmh saya, K, ada sepasang anak yg tinggal di kampung. Jadi bila musim cuti sekolah or cuti hujung minggu dia bawak balik anaknya ke sini. Satu hari Sabtu lbh kurang 2 minggu lalu, saya kat luar rmh sedang sidai kain, terdengar suara anak2 K duk buat bising, tak lama lepas tu ada sorang amoi muda keluar. Saya tak penah nampak dia sebelum nih.Muda budaknya, awal 20 an. Yang kita ni peramah, tanyalah dia,
baru datang dari Ipoh ke?
Dia tersenyum tak menjawab. Menggeleng. Terus dia masuk ke dalam. Pelik saya. Takkan tak tau cakap melayu. Hati tu mula la nak mengutuk, rakyat malaysia tak tau cakap melayu. Saya agak dia ni kaum kerabat K drp kampung saja dtg ke sini bersama ngan anak2 K or dia ni maid baru diambil oleh K, kot2 anak2 K dah pindah bersekolah ke sini.
Beberapa hari lepas tu, waktu hari bekerja. Saya tengah angkat kain, tengok K balik rmh (dia ni bekerja kat sg. wang,suami lak contractor). Saya tegur dia,
tak keje ke?
tak, cuti. Bawak dia p jalan-jalan
Sambil tu dia tunjuk ke arah amoi muda nilah.Saya ingatkan dia dah balik k Ipoh. Anak2 K pun dah balik semula ke kampung.
Saudara awak ke?
Abang ipar punya bini..
Ooo..ok. Saya faham abg ipar tu dia refer kepada abang or adik lelaki suami dia. tapi saya terfikir, yg mana satu..setakat yg saya nampak keluar masuk rmh K tu, jenis lelaki tua (kaum kerabat suami K agaknya. tak pernah pulak saya tanya) Suami K sendiri dah lingkungan 40 an. yang muda tu ada sorang..tapi tak penah nampak amoi ni dtg ngan dia pun. Hinggalah satu pagi,saya ternampak K, suami K, amoi ni dan sorang lelaki berusia. Saya agak, inilah suami amoi ni. Lagipun dia ada iras suami K. Sah tak sah..mmg sahlah tu. Dialah abg ipar K. Sejak hari tu, sampai hari ni, pagi2 mmg ternampak suami amoi ni (dia pun kerja ngan suami K agaknya).
Sejak tu juga, bila saya ternampak amoi ni kat laman, bila saya tanya dia. Dia hanya senyum tak menjawab. Berkerut dahi dia kalau tersenyum, nak tunjuk tak paham kot saya tanya apa. Satu hari, bunyi motor posmen berhenti kat luar pagar, saya tinjau, dia depan rmh K, si Amoi ni yg keluar sbb K n suaminya tak de. rupanya ada surat berdaftar utk tuan rmh, saya perhatilah drp jauh..nampak si amoi ni tergeleng geleng..angguk angguknya tidak. Kesianlah si posmen ni tanya tapi tak berjawab. Saya malas nak keluar kacau daun, nak tolong ke apa. (ada ka patut..malas nak campur, takut2 dia reti speaking..buat malu saya jer kacau daun).
Hinggalah pagi semalam, semasa saya sidai baju. Saya nampak amoi muda ni basuh baju kat luar. Saya tegur dia lagi..
dah makan?
Dia tersenyum. Tak menjawab. Berkerut lagi dahinya tuh..penatlak saya tengok. saya pun tunjuk isyarat tangan menggayakan org makan. cepat2 dia mengangguk. ah parah..nak berbahasa isyarat pulak.Kemudian dia masuk rmh. Ternampak pulak, jiran cina sebelah rmh K ni lalu depan rmh saya ngan dua ekor anjing peliharaannya tu. Saya tegur mcm biasa pg beli sarapan atau jalan2..dia kata bawak anjingnya jalan2. tiba2 saya tergerak nak tanya dia pasal amoi muda ni..entah nape punyalah saya nak berbusy body...yelah, dia tak penah jawab soalan saya, tu yg musykil tu. Bermula sesi ahli mesyuarat pagar.
Nya..itu sapa?
saya tunjuk ke arah rmh K, tapi jari saya tak angkat tinggi, takut amoi muda ni ternampak bila tiba2 dia keluar rmh nanti. saya pulak membelakangkan rmh.Macam paham2 jer org tua ni, perlahan dia dtg dekat pagar rmh saya ngan anjing2nya tuh..risau lak saya anjing2 tu jilat pagar rmh..tak pasal kena samak pulak. Sengih dia.
itu amoi?
Saya angguk.
Itu abg punya pompuan (dia maksudkan isteri kpd abg ipar K). Banyak muda. 20 an. Itu abang 50 thn lbh.
Ohh..Dia datang daripada mana?
Vietnam
ohh..(Allah..tula pasal dia tak penah jawab soalan saya...kwang,kwang,kwang)
dia pandai cakap cina?
tak pandai...sikit sikit boleh lah..(Nyonya tu pun menggayakan cakap bahasa isyarat..nak tergelak pun ada)
La..amoi vietnam rupanya..padanlah dia tak penah jawab soalan saya. So..lepas ni, kalau saya nak tegur dia, kena guna bahasa isyarat. Paling tidak pun..senyum ajelah..heheh..senyum itu satu sedekah.
No comments:
Post a Comment