Ari ni Khamis. Baru larat nak mengadap blog betul2. Yang tiga topik sebelum ni tu saved as draft sebelumnya..masa suam-suam kuku nak demam. Lepas tu terus tak larat nak mencoret. Pendamkan dulu, ari ni baru post yg dah disaved tu.
Kiranya, sejak Ahad sampai hari ni, demam on off. Hmm..nilah cerita ceriti saya sepanjang demam ni
Isnin
Selasa
Seawal pagi saya sambung makan ubat yg diberikan doktor semalam. Lepas anak2 ke sekolah, saya sambung tidur. Huda dan alia masih tidur.Tapi, lebih kurang jam sebelas pagi lebih, saya terjaga..ya Allah, rasa mual nak muntah dan sakit perut memulas2 yang amat..rasa macam dicucuk benda tajam kat tengah2 pusat tu. Tak dapat tahan, apalagi..saya muntah...nasib baik sempat ke tandas.
Ya Allah, hampir sepanjang tengahari tu, saya berulang alik ke tandas..muntah dan cirit birit. Lembik betul badan saya. Dengan demam lagi. Terpaksa pulak saya selongkar dalam peti ais kot2 ada ubat tahan muntah, cirit birit, sakit perut dan angin. Alhamdulillah ada.Sesekali Alia buat ragam..cepat2 saya berdoa minta dia tak ragam lama. Alhamdulillah, dia tak melalak.
Akhirnya, saya called klinik tu semula dan bagitau simptom saya alami. nurse yang menjawab tu suruh stop makan antibiotik tu..tapi yang lain boleh. Saya stop makan antibiotik tu..tapi saya pelik, kenapa perut saya masih terasa pedih. Saya gagahkan jugak uruskan Alia dan Huda. Syukur depa tak banyak ragam..pandai main sendiri, especially Alia..Suami pulak bawak balik 100+ yang dipesan dan bye bye fever.
Rabu
Keadaan saya ok sikit bila dah tak de muntah2 dan cirit birit.cuma pelik, kenapa sepanjang hari saya masih rasa sakit perut berpanjangan. memang tak selesa..tensyen tul. Dah tak makan antibiotik,tekak saya sakit semula...Allah. Takkan nak p klinik lagi. tapi saya dah maklumkan pada suami yg saya kena tukar antibiotik tu.
Nak pegi klinik siang, tak berkesempatan. Suami full house. Masa dia p kelas malam tu, Allah, sakit tekak saya bertambah.camner nak buat...at last, saya tawakal, makan satu pil antibiotik yang saya alah tu dan berdoa minta saya tak cirit birit. kalau ikutkan kena makan dua biji. Saya tak bagitau suami, tak mau dia bising. Memang legalah sakit tekak tu, tapi, perut saya pedih. Saya doa sangat2 supaya tak kena cirit birit. Alhamdulillah.
Abih kelas malam, suami called, tanya saya nak p ke klinik ke tidak malam tu. Saya tolak, tak perlah, kebetulan nak bawak Alia p suntik imunisasi MMR kat klinik lagi satu, jadi, saya rasa, saya amik antibiotik baru kat situ jer. Saya suruh dia p makan jer..sebab mmg saya tak masak pun, cuma goreng ayam jer untuk anak2 makan...itu yg saya larat buat utk makan malam. Dia tanya nak pesan apa2 ke..saya kata tak per. Saya pun masak bubur kosong jer utk diri sendiri...malas tul...
Hari ni (Khamis)
Segar bugar
Pagi ni saya bangun dengan rasa segar bugar..pelik, rasa dah kebah betul.Wah, punyalah semangat saya wat keje..basuh baju, sidai baju, masuk grup yahoo, ngadap blog. Lepas anak2 ke sekolah, suami balik ambil saya, Alia dan Huda utk ke klinik.
Antibiotik, MMR dan MMR 2
Saya terangkan pada doktor keadaan saya sebelum ni dan tunjukkan antibiotik yang saya dapat. Doktor tu kata, antibiotik tu mmg merangsangkan gastritis..la, saya kata, kenapa doktor klinik A tu bagi walhal dia tau saya ada gastrik sebab saya dah mentioned awal2 kat doktor tu..lepas tu, dia tanya, doktor sana bagi pcm tak? saya kata, bagi ponstan..lagi dia terkejut. Ponstan pun merangsangkan gastrik. la..padanlah sakit perut berpanjangan. Jadi dia bagi preskripsi baru.
Lepas tu, untuk Alia..saya kata nak wat imunisasi MMR...dah setahun lebih..lambat buat sebab dia pun on off tak sihat sejak genap setahun nov. lepas.Saya duk sedap bercakap pasal MMR tu, terbabas sebut MMR 2..cepat2 doktor tu betulkan, MMR 2 tu highway tu...ya Allah, malunya saya..tersilap sebut.
Apapun, saya rasa lega. Bila balik rumah, saya makan ubat2 baru..dah hilang sakit perut tu..doktor bagi ubat gastrik sekali. Petang nanti nak kena p sekolah Husna pulak..syukur rasa badan dah kebah.
No comments:
Post a Comment