Monday, March 13, 2006

cuti sekolah bermula

Ha...cuti sekolah bermula dah. Seminggu ni. Tak de pelan nak bercuti2 cari makan or jalan2..suami tak de cuti...jumaat ni ada kenduri arwah di kg. N9..tapi tak dpt balik sbb suami tak cuti. Kena pantau homework husna dan kena pastikan dia buat revision, bukak sekolah jer terus test.
Tuition tulisan jawi
Jumaat malam baru ni, Husna wat homework tulisan jawinya...dia kena sambungkan huruf utk jadi satu perkataan. Kemudian dia mengadu tak reti nak sambungkan..alamak...saya check, dia tak mahir lagi rupanya nak wat tulisan jawi..tak reti nak buang ekor ha atau kha atau buang kepala ya bila bersambung ngan huruf lain...risau pulak tiba2.
kakak, kalau kakak tak pandai buat ni lagi, nanti kakak exam semua salah..
Sambil tu saya tunjukkan segala kesalahan dia. Berkerut dahinya kejap. Nampaknya saya kena buat sesuatu, kalau tidak, susah dia. Saya terfikir nak bagi dia tuition tulisan jawi..sapa lagi??? sayalah nampaknya...saya nak ajar dia basic menyambung perkataan dan kalau boleh by end of this week dia dah nampak apa yang patut dibuat bila dlm exam nanti diminta menjawab soalan menyambung huruf. Saya beritahu dia,
Kakak, cuti sekolah ni kakak tak payah duduk rumah mbah ya (my mil suka ajak anak2 saya duduk rumah dia time cuti sekolah) sebab umi nak bagi kakak tuition tulisan jawi
Ha??? oklah..
Pagi ni, saya menaip tulisan jawi, kemudian printed it out. Buat dua copies..kalau tak Aiman kecik ati..soalan standard dia,
Ummi...Aiman punya tak de ke? or kakak je punya semua? Aiman tak yah? (ha..tu yang nak kono tu)
Extra happy
Sejak petang khamis mak saya ada sebab utk extra happy!!! Adik saya (bawah saya) , Z balik bercuti di sini dr Tenom, Sabah (ikut suami posting di sana).Tahun ni Z tak dpt nak balik beraya. So, dia balik awal. Z dah ada 3 anak (2 boys n 1 girl) yg semuanya lahir di sana. Memang berpantang bersalin pun sendiri, syukur suami dia ada membantu. Memang power rangers lah dia..berdikari sungguh. saya pun tak tau boleh or idak berdikari camtu.
Anak2 Z iaitu N, A dan baby Am kiranya dpt jumpa kami setahun or dua tahun sekalilah, terutama baby Am sebab ni first time dia balik ke sini. Sebelum ni tengok gambar je yang Z kirimkan. N dan A yang dah 3 kali balik ni pun masih tak berapa kenal kami, yelah namanya budak, mana nak ingat. Mak citer ngan saya, masa first day sampai rmh mak tu, time solat, si A ni rupanya pegi menjenguk mak di bilik, dia tgk mak tengah solat, dia pun pegi bagitau umminya (Z),
Ummi..makcik tengah sembahyang (kwang..kwang..kwang)
wanlah, bukan makcik
Bila Z citer ngan mak, mak tergelak, haiiyoo..mudolah wan kau ni kau panggil makcik (hehehe)
Rendang maman
Sabtu tgh malam baru ni saya balik ke rmh mak..tak jauh pun adalah dlm 15 minit ngan keta. Asalnya nak dtg awal, tapi cousin bagitau nak dtg, at last dia terpaksa cancell sbb hal yang tak dpt dielakkan. Dah tengah malam, kami terus tidur sanalah.
Sampai rumah mak kat jam 1 pagi, saya dan suami makan nasi ngan daun maman masak lemak cili api campur ngan ayam dikeringkan sampai jadi mcm rendang (kenal daun maman tak?). Punyalah cik abe tu tahan tak makan di rmh sblm dtg sbb nak pekena rendang maman mak ni. Sodap!! tapi podeh..hu ha hu ha...saya tahan pedas..awal2 sound kat mak,
mak....podeh!!!!
Ni, kalau makan pedas2 minum ngan air teh o suam sedap ni...(cik abe bisik kat saya..taulah tu nak minta air teh o suam...) tapi, kalau tak de, air suam pun tak pe... (tak perlah, suami punya pasal, saya masak air sikit dan buat teh o suam..fuh..kaw kaw lak teh o suam tuh. Kalau orang lain, saya suruh wat sendiri..heheh..tak koso (kuasa) den do00 tongah malam buto buek air minam(minum) orang)
Mau berak lepas makan nih (bisik suami lagi...kahkahkah...gelak saya.mmg boleh sakit perut dibuatnya sebab pedas..tapi sedap...dah abih nasi tu, suami ratah2 lagi ayam tu)
Rupanya, mak saya guna cili api kampung. Ari tu dia balik kampung, sanggup dia beli daun maman kat pasar tani di sana ngan cili api (kata mak, cili api kampung lain pedasnya). Cuma mak lupa nak bawak kelapa kampung jer balik sini..kata mak lagi, kelapa kampung lagi lemak rasanya.
Sarapan pagi Ahad tu, suami makan nasi ngan rendang maman tu lagi..dia tak mau makan nasi goreng. Mmg susah sbnrnya nak dpt gulai or rendang maman nih, kalau kat kg. tu pun, biasanya kenduri kendara tu adalah...jarang org masak as makanan harian.
Mak bagitau, nanti dia nak balik kampung lagi, dia nak wat rendang maman campur daging salai pulak...ya Allah...sedapnyaaa...terliur pulak. harap2 mak blh bawak balik sini sikit..den tak dapek balik kg samo..huaaaa..
Pasaraya 24 jam
Kami balik ke Gombak lewat tengah malam gak...on the way tu, singgah pasar borong lama Selayang. Memang tak penah 'tidur' pasar borong Selayang nih..ada jer org berniaga tgh malam. Kami singgah di pasaraya SRI TERNAK kat situ. First time sampai sana. Anak2 semua masih jaga, senang sikit. rege barang kat situ mmg murah bahkan total semuanya mmg tak disangka..kalau beli kat Giant..agak2nya Giant lebih 50 inggit kot..cuma frust sikit sbb lauk mentah mcm ikan, sotong, udang kurang fresh, patutnya berdepan ngan pasar borong ni, lauk2 mentah tu mestilah fresh...tapi entah.

15 comments:

Unknown said...

daun maman tu cemane kak syikin? first time denga..hihi

Kaklong Syikin said...

ooo..guane rupanya ye..tak reti nak describe..jenis sayuran hijau.penah tgk daun pucuk paku? tapi daun maman ni jenis bulat2 kecil, kat setiap tangkai tu banyaklah daunnya.tak salah akak, org utara mcm di Perak buat jeruk daun nih.
kalau dah masak tu, daun ni jadi kecut sekecutnya.

Daun maman ni kena betul cara masak, kalau tak, pahit rasanya. Even kalau first time makan mungkin terasa gak pahitnya sikit2..
kalau kat kg akak pun, daun maman ni jadi rebutan sbb susah nak dptkannya..kalau p pasar tani tu, cepat2lah dtg beli, kalau tak, tak merasalah. kalau nak wat kenduri, kena order awal..akak tak taulah kat tpt lain camner?

p.s. beza jam m'sia n jepun berapa jam ya..

Unknown said...

ooo...saye tak penah tgk la daun tu..nanti blk umah mak mertua nanti saye tanye dier..sbb dier org utara..mesti dier tahu..hehe..

sedap ke daun tu? slalu org masak cemane daun tu? nak blaja la..ihiks~

p/s : beza sejam je..jepun awal sejam..

Anonymous said...

tulah, mcm yg akak kata tadi, kena pandai masak..kalau tak terasa pahit sikit..

kalau org n9 buat masak lemak cili api campur ngan ayam or daging..tak per, nanti akak tanya mak akak resepinya..cuma takes time tau..heheh

akak tak pernah masaknya, mak jer..lagipun daun ni akak rasa akak tak penah jumpa kat pasar malam

kalau org utara wat jeruk..akak tak pernah rasa, cuma tau jer..tanyalah your mil :)

Hot Mama said...

Haaa cuti skolah lagi? Bestnyer.. rasanye zaman kita dulu tak de cuti banyak sgt! heheheh

Anonymous said...

ore kelate biasa buat jeruk daun tu. org ganu pun sama. depa panggil jeruk maman. isk... dah lama jugak tak mkn nih. mmg daun dia bulat2 setiap tangkai ada 3 helai daun. lebih kurang mcm clover leaf. susah ooo nk dpt kat sini.
org n9 buat rendang ek daun tu? hehe...

Anonymous said...

hotmama: betui tu. sejak anak masuk drjh 1 ni baru amik pot kalendar tahunan..kalau tak, wat dek jer :)

atok: makan jeruk maman tu camtu jer k ngan nasi? or camner? apa rasanya ye..masam pahit ke?

ibuVouge said...

IV tak makan jeruk maman , sbb tak tahan bau..hidung IV mmg sensintip(minta maaf penggemar jeruk maman)doreyan pun IV tak mkn.kalau dia tak bau mmg IV mkn
tapi tau la nak wat cemana jeruk tu.mak IV big fan of jeruk maman

Anonymous said...

iv: cuba makan rendang maman..best..tak de bau pun, bau rendang adalah..:)

babydiana: tq dtg blog saya :)
ha, mmg sedap rendang maman..suami yg first time makan (dia ni jawa, tak penah makan maman sebelum ni)mmg terus suka..tapi, kena betul masak..kalau tak, terasa sikit pahitnya..

Anonymous said...

bau dia agak kuat sketla spt kata IV. ala mcm bau jeruk la. mkn mcm tu saja. tak perlu tmbh apa2 atau wat apa2. mcm ulam la.
lagi satu ulam yg eksotik sket ialah kerabu sare. bahan binaan dia, rumpai laut (kalo tak silap), kelapa parut, dan kuah (spesel sket). isk... besh nyo!!!

WRA said...

IV, sama la kita...akak pun tak leh makan jeruk maman ni...hehehehe...tak tahan bau..tapi family semua suka....

tang huruf jawi tu, apa akak buat kat anak akak, masa ngajar dia ngaji Iqra' tu, tunjuk huruf yg sambung2 tu...sebab Iqra' bebudak sekarang kan ada huruf satu2, lepas tu ada sambung2...lepas tu suruh dia cuba...alhamdulillah, menjadi...

aNIe said...

Syikin.. dulu kak lady masa kerja di pertanian ade kawan orang negori...kalau dia masak rendang daun maman...sodap eh ...tak buleh nak cakap dah....tapi sekarang dah tak dpt merasa lagi dah...rindu betul dengan air tangan orang negori...sebab masak lemak cili padi & lauk2 gulai kampung nya...first class

Kaklong Syikin said...

atok (datin): sorilah saya ni duk keliru lagi, datin or dato' yg antor sbnrnya...kerabu sare? first time dengar nih...

Kak Alex:tqlah kak sbb bagitau cara ajar anak tulisan jawi tuh, senangkan..nanti saya try pulak. tq so much..

kak lady: kak..mak saya nak wat rendang maman campur daging salai lak nanti...sodap eyyy...
pasal masak lemak cili api n9 ni, mil saya pun buat gak, tapi dia tumis dulu..mcm kami tak..lebur je bahan tumbuk cili api +kunyit idup tu dlm santan..kalau masak daging or ayam, tambahlah serai tumbuk, kerisik sikit. kalau masak ikan tenggiri tu or ikan yg sesuai masak lemak cili api, tambah asam keping, hirisan bawang merah sikit, tomato n cili hijau...kiranya, masak lemak cili api tak guna bawang putih n bawang merah

Unknown said...

nanti kak syikin kasik resepi ek..:d

Kaklong Syikin said...

insyaAllah..tapi kaori kena kenal daun maman tu dulu :)