Friday, March 10, 2006

Alia semput dan anjing liar

Petang semalam, balik drp kampus dan ambil anak2, kami terus ke klinik. Semput Alia datang balik. Dia mmg tak boleh selsema berair, lepas tu batuk berkahak...confirm datang lelah. Masalahnya dia batuk tak reti nak buang kahak tu. Hai..tahan jelah hati tu masa dia meronta. Tak selesa, wap ubat tu buatkan dia rasa hangat. Beberapa kali terpaksa stop. Pandai pulak tu, asal kami tanggalkan alat penekup muka tu (apa nama sbnrnya entah) automatik diam. lega. Pasang semula..Huaaaaaaaaaaaa...jeritan dia satu klinik.
Ingatkan, balik petang tu legalah dia. Rupanya lelah dia datang balik dlm jam 8 mlm lebih. Ayahnya tak de pulak , jadi invigilator exam. Abih waktu exam jam 10 lbh, saya terus called dia bagi tau Alia semput balik. Lagi tak selesa keadaannya berbanding petang tadi. Kejap2 dia nangis. Lepas kena pujuk, dia diam. lepas seketika,nangis balik. Suami kata nak p urut kaki sat, sebab kesan terseliuh lama masih terasa. Dia terasa lenguh sangat. Tak mengapalah, saya boleh tunggu. Bila sampai rmh dalam 11 lebih, suami dah terlalu kepenatan.Memang dia tak rest panjang sejak pagi. Kebetulan masa tu nampak Alia ok sikit. Suami minta nak rehat kejap, sebab dia dah tak larat memandu. Saya kata oklah. Dia tidur kejap...tak sangka keadaan Alia makin teruk...lelap kejap, jaga..agaknya dia lemas tak leh bernafas dengan sempurna. Ha..mulalah, kejap nangis..pas tu diam. Nangis semula. Tak mau berenggang dengan saya. Badan dia pun lembik semacam. Masa tu dah lewat 12 mlm. nak kejut suami tak sampai hati, punyalah dia tidur nyenyak. Alia pula masih meragam. Saya pujuk dan dukung dia...maulah senyap kejap. Mata saya masyaAllah, ngantuk sangat dah. At last, kat jam 2 pagi, suami saya terjaga, itupun sebab Alia menangis kuat. Kami pun bersiap ke klinik panel 24 jam. Tak de orang. Kami aje.
Buat lagi nebulizer. Dek kerana Alia menangis, nurse suruh saya pegang alat tu dan suami pegang Alia. Nurse tu tinggalkan kami. Ya Allah, punyalah Alia menjerit semahu2nya..mungkin dosnya banyak, jadi banyaklah wap ubat tu keluar. Masa tu aircon dan kipas pun tak pasang. Berpeluh2 Alia. Saya yang awalnya kuatkan hati, akhirnya menangis tgk tangisan dia, rontaan dia, merah peluh muka dia..punyalah dia meronta nak lepaskan diri. Beberapa kali gak terpaksa hentikan alat tu..tapi saya terpaksa teruskan sampai ubat tu habis (Sebelum tu saya minta nurse on kan kipas, rupanya dia terlupa nak pasangkan daripada mula.) Sepatutnya ia selesai dalam 5 minit jadi lama dek Alia meronta dan menangis.
Alhamdulillah, balik tu, dia nampak lega sangat. Bayangkan, sebelum pegi tu, dia nak makan pun tak mau, menyusu badan sikit, dia lepaskan..minum susu botol, sikit jer. Agaknya dia tak leh nak bernafas selesa tu yg buat semuanya tak kena. Sampai rumah, dia ternampak botol susu, terus dia ambil dan minum sepuas hati..lega sangat tengok dia. tapi dia memang letih sangat..saya bawa ke bilik, letak atas katil mmg dia landing betul..tak bergerak. bila saya angkat, terasa lembiknya badan dia..yelah masa tu dah 3 pagi lbh. Saya pun dah tak tahan sangat. Mengantuk.Sampai pagi dia boleh tidur nyenyak.
Masa bangun pagi ni, saya cemas sikit. tengok cara dia bernafas masih laju...Allah, datang balik semputnya wlwpun mlm tu doktor kata dah tak de dah. Saya still monitor keadaan dia, biarpun nafas dia laju, tapi dia masih dpt tidur nyenyak. Sampai tghari dia tidur. Bila bangun tu, nampak dia mengah2...nampaknya kena ke klinik lagi. Saya pun bagi dia makan ubat2. Sambil berdoa sangat2 lelah dia hilang. Saya pun bagi dia makan sikit madu dan jus healin gamat perasa oren. Saya tepuk2 belakang dia supaya paru2nya terasa lapang (amalan doktor suruh) . Alhamdulillah, jam 2 ptg lebih, nampak dia bernafas macam biasa semula sampailah ke malam nih.
Petang tadi, mak saya telefon. Dia tau Alia kena neb. dua kali. Dia suruh beri Alia minum jus oren or any perasa oren..tak kisahlah air limau nipis (cmpur gula sikit) ke or oren tangerin ke..sbb ia blh melawan lelah dan selsema. Ini pun mak baca dlm artikel buku. Thanks mak...
Sempat gak saya terfikir, anak lelah sikit camni pun, ragamnya ya Allah..mmg tak sanggup kita tengok. kesian. Inikan pula anak2 yg sakit kronik..mcmanalah ragamnya melawan sakit tu. Memang saya tabiklah kat parents yang jaga anak2 pesakit kronik mcm bengkak hati tu dll jenis penyakit. Betullah jaga anak ni ngan penuh kesabaran, pahala besar menanti.
Anjing liar
Sampai rmh drp klinik panel tu lebih kurang jam 3 pagi. Suami turunkan saya depan pagar. Alia menangis nak ikut sama. Saya bawa turun sekali. Saya pelik, kenapa suami tunggu saya walhal dia boleh terus park keta kat seberang jalan depan rmh (jarang dia park keta dlm porch). Tapi, masa suami tgh park keta..mata saya tertangkap pada sekumpulan anjing liar lebih 4 ekor..mereka menghala ke arah jalan depan, tapi akan melalui depan saya dulu. Punyalah cemas. takut2 tiba2 depa terkam ke arah saya. Saya usahakan bukak pintu pagar tu..mereka makin hampir..saya dah jerit panggil suami dua tiga kali, tapi takut dia tak dengar sbb cermin keta tak turun. Saya baca kuat2 " Salamun 'ala nuhin fil 'alamin" (zikir ni bila berdepan ngan binatang liar dan berbisa). Beberapa ekor anjing sampai tak jauh drp saya, slow jer depa berjalan..sekor sekor pandang saya, dahlah muka masing2 macam samseng. Saya berdebar sungguh..saya terfikir, kalau anjing2 ni terpa arah saya dan saya tak sempat nak bukak paddlock key (dahlah mangga kunci ni meragam)..saya akan campak jer alia ke dalam pagar...yg penting keselamatan Alia..tak tergambar saya kalau anjing ni gigit saya dan menggonggong Alia yg kecik ni.
Cemas sungguh saya masa tu. Akhirnya kunci tu terbuka, tapi saya tak mampu nak bergerak angkat alia masuk dalam. Even nak dukung dia (masa tu dia berdiri pegang pagar) pun tak berdaya rasanya. saya hanya bongkok utk lindungi Alia. Syukur masa tu Alia tak menangis or bersuara langsung. Anjing2 tu masih berlegar kat situ, berdepan ngan saya. saya takut bila saya bergerak jer, depa terkam saya.
Syukur bila nampak suami keluar drp kereta ngan kayu...dia sergah anjing2 tu..cepat2 depa lari..segera saya bawak masuk Alia ke dalam pagar. Rupanya jari jemari saya menggeletar. Saya tak putus cium pipi Alia fikirkan kami dah selamat. Masa nak buka pintu rumah pun masih menggeletar tangan saya. Mengalir jap air mata saya fikirkan saat cemas tadi..ya Allah, murah tul air mata saya.

16 comments:

mama_fynn said...

syikin,

haqqeem kena nebuliser pun meronta-ronta. ayah dia kena pegang...Jgn risau budak-budak nagis...bila dia nagis..wap tu akan masuk ke paru-paru...Baru-baru ni dia kena sebyk 4x. Pagi dan mlm..kami berulang alik ke klinik...pagi ni dia nmpk ok skit. smlm saya bagi dia madu sikit...

Anonymous said...

biasanya saya tak menangis mama_fynn..tapi entah kenapa, mlm tu saya tak tahan sangat,sedih tgk dia kecik2 kena dptkan rawatan camtu.

tapi, kiranya haqeem teruk juga ya..sian kat dia..

Unknown said...

kak syikin..teruknye alia sakit..dier athma ek?
sian alia...moga cpt sembuh..

Anonymous said...

anak sulung ummi ada asthma, yang adiknya pernah kena pnuemonia. masing2 pernah kena nebuliser, kena buat physion, kena sedut, kena cucuk ambik darah. mmg as ibu, kena kuat semangat. iman first time kena cucuk, nurse salah cucuk, dia pulak meronta2, darah menitik kat lantai. hati saya? Hanya Allah yang tahu.

ibuVouge said...

YA Allahh
bertuahnya ibu alya ngn afif ni..anak anak sihat..bersyukur sgt..
afif yg suka meragam malam,dah IV rasa mcm susah sgt..insaf insaf. terim kasih syikin..sbb entry syikin ni buat IV sedar nikmat ALLAH
moga Alia sihat..dah besar nt jaga mak dan ayah bebaik ye Alia sayang..sebagaimana mak dan ayah jaga Alia

Anonymous said...

ka0ri Chan:Alia nampak teruk tu sbb lambat di bawak k klinik, ikutkan ok jer..yelah, saya tak leh nak push suami sbb masa tu dia terlalu penat, takut nanti apa2 jadi kat jalan.jd bagi dia rest dulu..sementara ayahnya tidur tu..dia meragamlah.

ummi: nampaknya ummi lg experience macam2 ngan kesihatan anak..mmg kena kuat semangat..tp tgh malam tu saya KALAH!!!!

iv: alia ucap tq sbb doakan dia sihat..ok dah semput dia, cumanya masih ada batuk n selsema (dia mmg alah sejuk)..harap2 dia pulih betul. mmg bersyukur anak2 sihat sentiasa. Amin..moga2 doa iv tu makbul.

WRA said...

anak akak pun lelah...akak pun lelah...skang ni tengah lelah pun hehehhe...selain nebulizer tu boleh gak sambil2 dia dok tengok TV ke, nak tido ke, urut2 kat tangan , tujuh jari di atas pergelangan tangan, sedikit ke arah ibu jari (bahagian bawah siku, kat pelipatan dia tu)...ni kira titik akupunktur la ni...picit kuat2 sikit kat situ, harap2 dia akan rasa lega jugak...

Kaklong Syikin said...

kak alex lacey: tq so much for the urutan tip.blh lah praktik ni.

Mummy Rizq said...

MB tak leh tahan kalo anak menangis. MB akan menangis sekali. that's why everytime baby injection, daddy dia yang pegang...

Anonymous said...

isk.. teringat kat anak sedara. lahir prem, paru2 belah kiri tak siap sempurna. dari baby smp nk masuk sekolah, 3 kali sehari sedut inhaler tu. dua2 jenis plak tu yg biru ngan cekelat. skrg dah ok dah.

Hot Mama said...

Ee kita memang takut sgt ngan anjing, bukan aper takut kena gigit and takut dia nak main-main ngan kita. Tak pasal-pasal kena samak. Hmm kalau ada anjing liar baik panggil penguatkuasa suruh tangkap. Tapi kesian lak nanti kena put to sleep.. hmm....

Kaklong Syikin said...

MB: mmglah MB, tak sampai hati dengar anak menangis kesakitan...ngan omak eyy sekali monangih..

atok: doalah banyak2 nanti dpt anak sihat sentiasa..oh ya, tq sbb dtg blog saya.

hotmama: mmg sian kena put to sleep, tapi masalahnya depa ni kalau tak ditangkap..jadi pembuli..jgnlah depa terjumpa anak anjing or anak kucing..mati anak anjing tu depa kerjakan..penah satu malam tu,nak menangis saya terdengar sekor anak anjing menjerit2 sakit kena gigit dek sekumpulan anjing liar ni..akhrinya senyap..kata suami, mati kot anak anjing tuh..kami nak tolong tak tau dtg drp mana bunyi tuh...kalau depan rmh or belakang rmh boleh gak simbah ngan air...

Kopi Suam said...

Syikin,
Saya ni salah seorang pesakit athma yang agak kronik...

Kesian Alia...hmm bila kena atatck memang teruk lah syikin...awak tak ada spare inhaler untuk Alia ke..at least sebelum ambik nab..kalau dah tercungap tu inhaler boleh kurangkan....

Saya pernah kena attack sampai saya rasa mungkin saya akan mati..ya ALLAH siksanya ALLAH saja yang tahu, nak bangun tak boleh sebab terlalu lemah keran dah kekurangan oksigen dalam badan...so kalau Alia kena attack jangan tangguh2 ye...

Anonymous said...

ks..setakat ni, doktor belum pernah suruh alia pakai inhaler..mungkin sbb dia kena lelah tu time kena selsema n batuk berkahak jer..jd, waktu lain tu tak delah kena. kiranya, saya kena pantau dia supaya dia tak kena selsema n batuk berkahak..

saya penah tgk kawn kena asma teruk ni di sekkolah..ya Allah, seksanya saya tngok dia..tak sanggup rasanya..jd saya dpt bayangkan camner ks kena attack teruk tu..

ks..cuba buat bekamlah..mana tau.. kalau nak tau pasal tpt bekam ni, bukak archive blog saya ni, bulan Januari 2006 punya..kat situ ada detailnya..ni ustaz n isterinya buat bekam..ada sorang budak kecik tu pun buat bekam sbb dia asma..tapi ni kat tmn melawati..tak tau ks duduk mana...cubalah tgk archive tu dulu.

Nik Ha said...

Entry akak kali ni buat saya nak nangis je. Sensitif sket bab2 anak sakit ni. Alhamdulillah hakimi dah makin sihat skrg. Dulu tiap2 bln dmm, selsema, batuk kahak sampai dr kata ada tanda2 nak jd lelah jgklah. Dia allergic sejuk&habuk. Doa sgt tak kena lelah tu. Alhamdulillah lps mkn ubt berbotol2 tu dia ok. Dia jgk penah kena dmm pns. Bila sapu air dia menggigil2 sambil nangis. Masa tu kul 3pg. Sampai menggigil saya takut jd apa2 kat dia. Tu kagum sgt dgn smgt ibu2 yg menjaga ank2 yg ada sakit kronik ni.

Kaklong Syikin said...

nznm: ha..kalau sampai menggigil anak demam panas tu..tandanya dia terlalu panaslah..
pernah guna kool fever atau bye bye fever utk anak demam tu? ini ganti tuala basah..sbb pelekat bergel ni mmg sejuk..insyaAllah dia serap panas badan tuh..n tahan hingga 6-8 jam tau...
anak2 akak mmg akak pakaikan tu time demam disamping ubat dmeam..mudah sikit keje