Monday, March 20, 2006

Citer hantu (i)

Malam semalam pegi rmh mak, sebab suami lum jumpa lagi ngan Z (adik saya- anak k 2) n family yang akan berlepas balik ke Sabah esok (Selasa). Duk berborak tu, mak bukak citer. Hari Rabu baru ni mak ikut Z sekeluarga balik ke kampung kami sebab Jumaat tu ada kenduri arwah utk arwah mak long (kakak sulung ayah) di rmh pusaka yang kini diwarisi oleh maksu, adik bongsu ayah. Biasalah, anak bongsu dan perempuan pulak tu akan warisi rmh pusaka. Sebelum arwah meninggal, memang dia yang tinggal rmh tu sebab maksu duduk di Selangor krn suami bekerja di sana. Nanti, bila pencen, barulah maksu sekeluarga balik duduk di rmh pusaka ni. Sejak arwah meninggal, mmg rmh tu jadi rmh tinggal. Maktam (kakak kepada maksu) yg tinggal di pekan sesekali balik untuk bersihkan rmh tu.


Nak dijadikan citer, pada khamis malam jumaat, anak2 maksu, iaitu S, N dan A sibuk bermain2 kat simen luar rumah, masa tu tingkap ruang tamu tingkat atas terbuka (tingkap rumah kampung jenis yang tak berpalang tu..lapang jer dan bawah tingkap tu ada ukiran kayu yang berlubang2). Masa tu mak, maksu, makcik (kakak kepada maktam) dan beberapa orang lain tengah berbual di dapur, bersebelahan dengan tempat mainan anak2 maksu tu. Tak semena2 S masuk ke dapur dan suruh maknya melihat N yang menangis tiba2. Bila ditanya, N bagitau dia takut. Esoknya, mak saya tanya sendiri pada N apa yang dia nampak sampai ketakutan. Cepat2 N cakap,

takut makngah,

Rupa2nya...masa N tengah main sapu2 lantai tu, tak semena2 dia terpandang kelibat berpakaian putih drp pinggang ke peha kat ruang tamu tingkap atas tu menerusi tingkap yg terbuka dan kelibat tu berjalan drp tingkap tu menuju ke hujung ruang tamu. Tiba2 dia merasa seram, tu sebab dia menangis ketakutan. Yelah, rumah tinggal, tak mustahil 'ada' yg berminat untuk lalu.

Bila dengar citer adik sepupu saya ni, teringat saya kecik2 dulu selalu gak ternampak n terdengar nih..tapi...

to be continued

13 comments:

WRA said...

huh...cerita hantu...cepat sambung hehehehehe

zino said...

bila baca memalam ni .. meremang le bulu tengkok.. hehe

Kaklong Syikin said...

kak wan: tunggu!!!!!!!!!!

Zino: tu sebab saya wat sambungan lagi, sbb experience saya sendiri lagi menyeramkan..masa saya taip part (i) ni mmg meremang bulu roma..

Shami said...

Semalam ahad, suami ada kat surau kebetulan disurau ada sesi berubat org kena gangguan,..masa tgh azan asar..depa berhentilah jap utk beri laluan azan.,yg azan tu my husb...tgh azan si benda yg ade kat badan kakak ni..ketawa ngilai2...tak heran.pun nak...tunjukkan kuatlah nak bgi kita goyah la tu .hish..minta simpang..geram btul..ustaz2 yg dok tunggu tu (yg berubat kakak tu)..nengok je bende tu gitu..dia ingat dia boleh lepas kot...
ni ada pesanan yg saya dapat utk diamalkan kalau kita terjumpa, tertengok benda2 gitu..kalau lemah semangat..amalkan ini..
1)niat..dalam hati
2)Baca al-fatihah 1 x
3)Baca Al falaq 1 x
4)Baca Annas 1 x
5)Baca al ikhlas 1 x

Selepas setiap kali habis baca setiap surah ni..sedut dan telan nafas kita..insyallah kita takan lemah semangat. elok diamalkan oleh muslimah yg lemah semangat..

Kaklong Syikin said...

Tq Shami..yg Allah, na'uzubillah, jgnlah sampai kena camtu..

Hot Mama said...

Tak nak Tak nak..kita baca tak sampai habis. Takuttttttt.....

Anonymous said...

uuu... seram ooo citer hantu. hihihihihi... rumah tinggal akan ada 'benda' singgah.

Anonymous said...

Tak mustahil tu...org kata budak kecik bleh nampak benda2 ceggitu. teringat masa kecik2 dulu, saya pun pernah nampak mata merah kat tingkap waktu mlm.. hehehe..takotsss

Anonymous said...

sy pun pernah, tapi munkin juga mainan perasaan...

tapi kalau ada ketika bulu roma meremang, itu memang SAH ada makhluk halus berhampiran kita...

jangan anda diselubungi MISTERIIIII.....

NONIE AZIZ said...

Sama ngan Wak jamri.. Jangan anda diselubungi misteri....Biasalah...rumah kalau tinggal lelama memang ada yang tumpang menghuni...org tua dulu2 kata kalau nak tinggal rumah (tak de org kat rumah tu)...letakkan garam...tapi tak tau betul ker tidak...

Kaklong Syikin said...

hot mama: tunggu sambungan seterusnya..saya pun seram sejuk citer..tapi tunggu :D

atok: rmh org tunggu pun ada..nanti tunggu citer seterusnya

alang: na'uzubillah saya tak penah jumpa direct, tapi dlm mimpi..siap tersengih kat saya..na'uzubillah

jamri: tq dtg blog saya. saya duk menaip tu mmg meremang bulu roma..setiap kali menaip kejap..setiap kali tu menoleh kebelakang...

MR: abgus petua tu..yelah petua org lama..

Along said...

Eeee..takut!! Betul tu, bebudak mata dia lain sket. Bleh nampak benda2 yg ghaib ni. Dulu masa Along kat asrama, my dormmate pernah cerita. Masa keluarga dia dtg melawat, diaorg bawak sepupu dia yg berusia 4 tahun sekali. Pi makan2 kat luar, sebelah kubur (dalam padang sekolah saya ada kubur). Tengah makan2 tu, tetiba sepupu my friend tunjuk kat atas pokok, "Makcik, kenapa ada kakak tu dok atas pokok?". Sorang pun tak berani pandang. Pergh...cik pon ke?

Kaklong Syikin said...

along: lagi seram..mak..saya pun takkan berani pandang. cik pon?? who knows?