Sejak kecil, mak kata saya memang jenis lemah semangat. Pernah saya terdengar bunyi kapal terbang lalu, dah demam. Bab hantu2 or mahkluk halus ni mmg saya dah alami sejak sekolah rendah lagi hinggalah sekarang ni.
Sekolah Rendah (80 an)- Rumah di Kampung Manjoi, Ipoh
Situasi 1
Satu pagi, saya tengah nak bersiap ke sekolah. Saya seorang diri di tingkat atas. Ada dua bilik. Untuk ke bilik kedua, kena lalui bilik pertama. kiranya bilik pertama tu terbuka luas dan mak saya letak langsir panjang sebagai penghadang pandangan orang yang hendak ke bilik kedua. Ada satu almari baju bercermin yg diletak membelakangkan langsir. kalau berdiri mengadap cermin tu automatik kita boleh melihat org yg berjalan ke bilik kedua. Masa tu dalam 6 pagi lebih rasanya dan lampu bilik kedua pun bertutup lagi dan langsir tu mmg diselak luas. Sedang saya duk membelek baju dan sesekali memandang ke cermin almari, tak semena2 sekali tu ekor mata saya mcm ternampak seseorang berambut panjang sampai ke kaki dan berbaju putih labuh berjalan perlahan ke bilik ke dua. Saya tak nampak mukanya, hanya nampak bahagian rambutnya tu je. Saya terus pandang ke arah langsir tu. Tak de apa2 pun. Terus saya bangun dan melihat kat bilik kedua, tak de sapa pun. Gelap pulak tu. Ngan selambanya saya turun ke bawah cari mak, saya tanya ada sesapa ke naik ke atas, mak kata mana ada. kwang.kwang. kwang. Tapi, masa tu saya tak rasa takut langsung. Bila fikir2 balik, ya Allah, beraninya saya masa tu.
Situasi k 2
Masa tu saya, Z, dan K.L (adik k 3) tidur kat bilik kedua di atas tilam atas lantai. Arwah Maklong (kakak ayah) tidur atas katil. Masalahnya, masa tu mata saya tak mau lelap2. puas pusing ke kiri dan kanan, tapi tak mau gak lelap lelap. Yang lain tengah tidur nyenyak masa tu. At last, saya nak tidur atas katil. Tapi...sebaik saja saya bangun dan baring atas katil...hihihihi...hihihihi..punyalah kuat dan nyaring bunyi ngilaian tuh..mcm terbang betul2 kat luar rmh saya jer. Masa tu tak takut tau..dan saya tergerak nak bukak tingkap untuk meninjau ke luar, tapi sempat terfikir lagi tu, sebelum sempat tinjau dia..tup tup dia dah tinjau dulu..cancel nak tinjau. suara ngilaian tu terus jauh. akhirnya saya terus tertidur.
Kiranya, nilah 2 kejadian yg saya tak leh lupa sampai sekarang. Bukan setakat saya saja. si Z pun alami sama, tapi tak sama mcm saya, antaranya, dia pernah ternampak kain putih berkibar2 kat luar pintu bilik kedua yang berbalkoni tuh. Ada lubang atas pintu tu, tu yg dia blh nampak.
Sekolah Menengah (90 an) - Rumah di Kg. Delek Kiri, Klang
Situasi 1
Satu malam, saya tengah tidur. Saya bermimpi, saya tengok jam di dinding antara 12 - 2 pagi (tak ingat jelas waktu) saya menuju ke dapur nak minum air. Masa tu tingkap dapur terbuka dan secara tak sengaja saya terpandang ke luar tingkap dapur, ada makhluk berambut panjang menutupi muka dan berpakaian putih duduk atas dahan pokok belakang rmah. Masa tu bulan mengambang penuh. Saya ketakutan terus tutup tingkap. Terus saya berlari ke ruang tamu utk beritahu keluarga, tiba2 saya terdengar kucing mengiau dan suara "mana budak itu, aku nak bunuh dia" tiba2 saya terjaga, masa tu rupanya badan saya mmg tengah menggigil betul dan berpeluh2. saya terpandang dinding..ya Allah, betul sama waktunya dlm mimpi saya.
Selain drp itu, saya juga pernah merasa bawah katil mcam ditolak2 ke atas, sbb katil tu jenis katil berspring jadi kita pun bergerak2 semacam, saya juga pernah mendengar suara lelaki perempuan berborak di dalam bilik saya, walhal masa tu saya di luar pintu bilik dan ia bertutup. Dan tiada sorang pun di dalam. Arwah ayah saya pernah tercium bau masakan kari daripada dapur tgh malam buta. Kain selimut mak saudara saya pernah ditarik turun ke bawah.
Di asrama sekolah - tingkatan 5
Situasi 1
Dulu masa form 5, kat asrama, selepas balik study malam sebelum tidur, saya suka wat solat sunat.nak SPM katakan... Satu malam, saya mengantuk sangat. Jadi saya balik tu terus je tidur punyalah lena sampai pagi. Pagi tu, sorang roommate saya, M (katilnya sebelah katil saya, dia tingkat atas dan saya di tingkat bawah, jadi, mmg dia boleh nampaklah apa yang berlaku kat katil saya) citer, tengah malam tu, dia mimpi ada org masuk dalam bilik kami..jadi dia takut sangat dan terkejut terus terjaga. Masa tulah dia terpandang saya sedang memakai telekung dan memegang al QUran sedang duduk atas katil, tapi saya tak memandang k arahnya, tapi ke depan. Saya yang dengar punyalah terkejut. Bila masa pulak saya terjaga, walhal saya nyenyak tidur sampai ke pagi. Dia pun terkejut sama. kwang.kwang.kwang.
Situasi 2
Satu malam, blackout kat asrama kami. Jadi, kami satu dorm ambil keputusan nak tidur ramai2 berkumpul di tengah bilik. Oleh kerana katil saya antara yang di tengah, jadi saya benarkan sorang junior tidur sebelah saya...dan yg lain pun sama. Ada gak yang tidur atas lantai. Depa ni duk bising2..saya pun suruh senyap, saya cakap "shhhh". Entah masa bila senyap semuanya, tiba2 saya tergerak nak bertanya diaorang dah tidur atau belum, tiba2 saya terdengar satu suara "shhhh". Saya pun buat dek jer, terus tidur. Esoknya, saya tanya adik2 tu, sapa cakap shhh masa saya tanya, tak sorang pun CAKAP mcm tu, rupanya masing2 dah tidur masa tuh.
Ada kawan saya lagi gempak, ada orang tak bermuka selak kain kelambu dia..apalagi jeritannya mengejutkan semua orang. Sorang lagi kawan saya, dia ni biasa ke tandas tengah malam, sbb dorm kami paling atas kat tingkat 3, jadi kami boleh nampak kawasan ampaian pakaian drp atas. Dia pernah jer terserempak ngan orang tak berkepala di kawasan ampaian tuh.
Matrikulasi - (92-94) salah satu kampus matrikulasi di pantai timur
Masa di asrama inilah paling teruk saya kena kacau bahkan saya hampir kena histeria...(matrikulasi zmn saya masih dua tahun masa tu)
Tahun 1: Blok A
1. Dalam minggu pertama di asrama (kalau cuti semester mmg kosong). Saya dan kawan baik, K, lepak di bilik kawan baru kami D.A. Tengah duk kami bergelak ketawa tuh, tiba2 saya terasa semacam, pandangan saya berbalam...mcm terasa diri nak ditarik ke alam lain. Tapi saya sempat kawal diri, sempat teringat citer adik2 mangsa histeria kat sekolah dulu yg mereka terasa mcm yg saya rasa sebelum kena histeria. Terus saya minta D.A tolong azan kat telinga saya, dia dan K terkejut saya mintak macam tu, tapi saya paksa gak. D.A pun azan kat telinga saya, abih jer dia azan tu, saya terasa termengah2 macam orang baru lepas berlari. Tapi, tobat sepanjang minggu berikutnya saya tak berani gelak ketawa. takut datang balik. Mmg sungguh keadaan sama hampir berulang, bila satu malam, ada perjumpaan anak2 PERMAS...saya tengah dngr taklimat tiba2 saya alami pandangan berbalam..mcm nak masuk dah..tapi saya kuatkan hati baca segala surah yg saya ingat..punyalah takut kalau2 saya tak sedarkan diri tiba2. Alhamdulillah saya berjaya kawal diri.
2. Bilik tidur asrama tu, satu bilik utk 2 org. Satu tgh malam, masa tu saya baru nak tidur. Bila saya terdengar, mcm orang mengacau sudu dlm mug saya yg terletak di atas meja study. meja study tu tak jauh drp kepala katil. Dan mug tu memang kosong pun, tak de air. cuma ada sudu teh saja. Dalam kelam gelap tu, saya angkat kepala memandang kat mug tu. Bunyi tu berhenti. Saya pejam mata balik. Berbunyi balik. Dah tiga kali berbunyi, at last saya sound perlahan, eh..aku nak tidur. boleh jangan bunyi tak...lepas tu terus tak berbunyi dah. sah2lah aku bercakap ngan hantu..kehkehkeh..
3. Satu malam, roommate saya tidur bilik kawan. Saya keseorangan. katil masing2 tepi dinding. Tak leh tidur malam tu, entah kenapa. Dalam gelap tu, saya mengadap dinding, tak mau tidur. pas tu berpusing mengadap katil kawan. tak mau gak. lepas tu saya menelentang. Ha..masa nilah saya terdengar macam suara orang bertengkar. tak jelas buah butir.puas saya amati, tak leh tangkap. tak lama lepas tu, saya rasa tak leh gerakkan badan, mcm berat sangat. Ah sudah, dah kena (mmg sejak sekolah saya selalu kena mcm nih). Tak pernah saya rasa seberat nih. cuba baca ayat kursi, semput. sekerat jalan jer. ..tak leh nafas. tiba2 terasa mulut saya mcm dibuka lepas tu, terasa sebatang gigi atas saya mcm ditonyoh2 dan dipusingkan ya ALlah sakitnya..siap ngan bunyi 'ngong..ngong..ngong' rasa bergema satu bilik. masa tulah saya ternampak kelibat hitam bertopeng muka (sebijik mcm batman tuh..lawak pun ada gak) duk tekan saya. saya cuba ayat kursi lagi..makin sakit saya dibuatnya. tak tau kali keberapa, akhirnya saya dpt abihkan ayat kursi tu, terasa benda tu terjatuh dan kaki kiri saya pun terjatuh ke lantai, saya boleh rasa mcm pijak badan orang. Masa tu badan rasa ringan semula. Saya apalagi, bingkas bangun, bukak lampu, capai tudung, capai bantal berlari keluar ke bilik kawan sebelah, bilik D.A. esoknya baru bercerita panjang...
Tahun k 2 : Pindah ke bilik lain di blok B pulak.
1. Satu hari, balik kelas tengahari, saya rasa mengantuk.ingat nak tidur kejap. Tapi, D.A datang bilik nak berborak, lepas tu dia minta album gambar nak tengok. saya beri dan saya bagitau dia saya nak tidur jap. dalam berborak tu saya tak sedar bila sebenarnya saya tertidur, last ayat saya ingat saya cakap pada D.A...
D, aku dah tak de kena kacau dah...(mmg dah lama rasanya saya tak kena ganggu masa tuh)
masa berbaring tu, saya ingat lagi saya berbantalkan dua lengan saya dan tidur menelentang..masa mamai, tiba2 saya terdengar mcm ada orang tanya,
kau kata kau dah tak kena kacau ya..
ha ah.. (saya jawab perlahan)
(saya terasa mcm dua tangan saya kena tekan perlahan..biarlah)
kau kata kau dah tak kena kacau ya...
ha ah
(lagi kuat kena tekan)
kau kata kau dah tak kena kacau ya..
ha ah
(lagi kuat kena tekan sampai sakit kedua2 lengan saya. tiba2 saya syak sesuatu..benda tu kacau saya...)
setan!!! jerit saya dalam hati..masa tulah saya mcm ternampak kawan saya berkelubung penuh mukanya, tapi bukan D.A.. sebaliknya A yg tengah tergelakkan saya secara berdepan.berdekah dekah. Entah camner, Tiba2 saya tersedar..eh, tak de sorang pun kat bilik. Masa tu D.A dah lamaa tinggalkan saya lepas dia tengok saya terlelap, saya tau tu bila saya tanya dia waktu dia tinggalkan bilik saya. Bahkan A pun tak de dtg ke bilik saya tghari tuh. Terkena lagi saya.
2. Satu pagi jumaat, saya ingat lagi, asrama kami akan adakan program pertandingan sukan antara persatuan anak negeri. LEpas subuh, saya tidur balik. Tengah sedap tidur tu, telinga saya mcm terdengar suara baby menangis nyaring sangat..mmg mengganggu tidur saya. Dlm duk pejam mata tu, puas saya amati manalah bunyi budak nangis ni..mmg mustahil, sbb rmh org jauh drp kawasan asrama. Belakang pagar asrama, mcm tasik. tepi luar pagar asrama, padang permainan seluas2nya. Tiba2 saya syak sesuatu, ya Allah..setan rupanya. Saya terjaga. suara baby nangis pun tak de. sabor jelah. Masa tu jam 10 pagi lbh krg.
Hmm..itulah antara pengalaman saya ngan benda2 setan nih. Dah kawin pun masih ada gak kena ganggu..tapi letih dah nak bercerita..hehe. nantilah bila ada mood. Bila dah terbiasa sangatkan, saya sampai blh 'rasa' kalau something wrong especially kalau dlm bilik gelap. Kalau bilik tu gelap, tapi gelap dia lain mcm..pada saya sendirilah, adalah tu..tak mau dah terserempak ngan bukan2 mcm ni..na'uzubillah. Letih dah kena ganggu. Bila tengok "Seekers" tu, saya bebel sendiri "tak yah masuk la, aku ni terlebih tengok dah". tak masuk pun program tu pun tak per, bukan saya cari 'depa'.'depa' berkenan kat saya adalah.. :D
Yang suami saya lak, teringin sangat nak jumpa sebab dia tak pernah jumpa.Tapi agaknya benda tu pun tak berani ngan dia. terlebih berani kot.heheh. Kalau saya ngadu terasa something, dia mesti cakap, "cakap dia suruh jumpa abang.."
Dah ada anak2 ni, mmg saya ajar mereka berani, masalahnya...bila depa start tengok JU ON, citer hantu jepun or korea tuh..itu lum lagi citer hantu jepun lain yg depa tengok kat rmh wan depa (mak saya). ALlah, jadi penakut sungguh. pergi bilik air pun nak berteman..geram tul. Sampai hari ni, masing2 nak berteman ke bilik air, terutama Aiman, dia tu kalau nak cover takut, kejap kejap kang "umi..umi" terjerit2 panggil, walhal kita ada kat dapur (ada satu toilet kat dapur) or kat bilik (ada toilet gak kat bilik). Adakalanya saya or ayahnya paksa naik k toilet sorang2 (toilet bawah ni meragam sikit)..mmg merengeklah..tapi wat tak tau jer, siap tunjuk ngan hanger baju, pilih nak mana satu, terberak dlm seluar or nak kena hanger...saja acah. boleh pulak tu p tandas sorang2...agaknya takut ngan hanger kot heheh. bila dah sudah tu, saja suka tanya anak, ada hantu ke tadi? tersengih2 dia menggeleng.
*********************************
Hari ni Husna start test 1 selama 4 hari ...saya yang debar lebih. Tadi, sebelum ke sekolah, beria2 saya suruh dia hati2 baca arahan soalan, hati2 jawab soalan, suruh baca selawat sebelum jawab, baca bismillah. Yg dia tu saya tengok cool jer, mmg dia dah baca..tapi saya yang risau lebih, suami pun usik "ummilah pegi sekolah, amik periksa" bila kekadang saya duk bising suruh Husna baca buku kerap masa cuti sekolah ari. Tak putus ni berdoa agar dia blh jawab soalan periksa dengan mudah
*********
Yang ni nak marah ni, dah dua kali saya terima faks utk satu syarikat yg sama. terbaru, lbh krg 10 pagi lebih ni .No faks syarikat ni salah taip, betul2 no. tel/faks rmh saya. Dahlah saya kena telefon syarikat tu bagitau ada faks utk syarikat dia (nasib baik no. tepon syarikat tu tertera kat faks tu). Saya suruh dia bagitau kat syarikat yg antar faks tu betulkan no dan hantar semula faks ikut no. betul. nasib baik yg ni pasal minta derma, yg first time ari tu pasal quotation barang...yg tadi ni, receptionist tu kata nak antar despatch dtg rmh saya amik faks tu..saya jawab terus, kenapalah nak susahkan despatch tu dtg rmh saya, kan blh telefon jer syarikat yg antar faks tu dan bgi no. faks sebenar supaya dia faks lagi sekali. Saya tak kisah kalau despatch tu nak dtg, tapi rasanya lebih mudah call semula. tersipu2 dia saya cakap camtu (drp nada suara dialah saya cam tersipu2 tu)
28 comments:
Sorry, i tak baca pun. I nie lemah semangat, few days ago astro tunjuk citer ju on. Nampak muka ju on tuu sampai sekarang terbayang-bayang..eee tak nak laa.. heheh
Thanks for visiting my blog ... sama plak template ekk...hehehe..
Setakat ni tak pernah jumpa hantu...kalau kacang hantu memang banyak kali la jumpa...hehehe...
syikin,
saya pun lemah semnangat juge...suami saya pengemar citer hantu..jadi dia nak tgk bila saya tak de kat umah...tak pun speaker kena perlahan...saya takut. Lama gak tak dapat tidur sorang kalau terpaksa tgk citer hantu...saya pun tak baca habis..takut terbayang lak..hemmmm
isk bnyk sungguh citer syikin nih. penuh ngan pengalaman. tok alhamdulillah belum pernah kena lagi yg seteruk syikin. kena tindih, bau wangi selama seminggu n pompuan rambut panjang tu penah gak nmpk. nnt tok rasa nk citer jugak la. :)
hotmama, xpayah la baca2. kan lemah smngt susah. nnt terkejut plak budak dlm tu. :)
akak baca memang suka kekekek..tapi kalau terkena tu mau gak kecut hehehehe...
akak ingat dulu kat matriks kuala pilah, member akak sorang ni selalu kena kacau dalam mimpi...dia kata ada nurse dalam mimpi tu nak bunuh dia...sampai histeria....yg kelakarnya, dia kata hanya akak je yg boleh halang nurse ni, sebab ada sekali tu dia mintak tido bilik akak, dia tak kena kacau....that's why tahun 2 dia mintak nak duduk sebilik ngan akak...dan lepas tu dia kata dah tak kena kacau dah....mmmmm...akak wonder jugak, apa yg akak dah buat...walhal tak de la buat apa2...tapi alhamdulillah la kalau akak buleh menghalang setan2 ni....walau tanpa disedari....
mak aihhh...banyaknya shikin kena kacau....kalau MR tak tau lah berapa kali pengsan sedar pengsan sedar!!
banyak nya cerita seram.. boleh karang novel cerita seram ni hehe
nampaknya saya kena balas satu persatu..tak leh sekali harung..tadi punyalah balas sekali harung, sekali tu fail..kali kedua camtu..hai seram lak, ada yang halang ke..kehkehkeh
hot mama, tak perlah, kang awak takut tinggal sorang2 n terbayang2 menyusahkan asben jer, nanti saya hutang maaf lak ngan dia..;)
blackpurple: tak per tak penah jumpa. tak rugi pun :)
mamafynn: saya pun sbnonar eyy kalau tgk citer hantu tu bertekap muka kat bantal or pejam rapat time hantu tu keluar..takut terbayang2 nanti :)
blackpurple: lupa pula, tq dtg blog saya.
atok; citer tok jangan tak citer..mesti lagi hebat citernya
kak wan (alex lacey): makcik saya time pantang mesti tidur sebelah arwah nenek saya (mak dialah)sbb kalau tidur sebelah org lain even suami dia, nanti lembaga hitam datagn kacau dia..pernah sekali tidur sebelah suami, apalagi..menjerit dia ketakutan.
kak..mehla petua utk kami :D
MR: Tak taulah apa yg depa berkenan sangat ngan saya, nak kata cantik..jauh sekali, nak kata bersopan, suara mcm hulk hogan..nak kata lemah lembut, mcm kingkong..tak taulah..mungkin saya ni terlbih lemah semangat kot. :(
zino: cukuplah saya citer dlm entri ni jer, ni pun dah buat saya meremang bulu roma..kejap2 menoleh ke belakang..pas tu mulut kumat kamit baca apa yg patut :(
Babydiana: mmg banyak..ada lagi.tapi nantilah. nak ilangkan seram sejuk ni dulu..
syikin ni boleh join team uncle seekers tu...hehehe...
blackpurple: idaklah saya. cukuplah pengalaman yg tak diundang ni..lagipun saya dah ada anak 4..tak gamak tinggalkan depa kat rmh malam2, apatah lagi ayah depa :D
syikin nak celah
ala MR tu mmg penakut kreko je
IV sbb dulu trackers kan..mmg dah biasa jumpa benda ni..kekadang ok, kekadang mmg nak terkencing rasa.tapi IV rasa lagi takut kalau menonoton tv, biar real..at least kite ingat ALLAH dia blah(ini IVnye prinsip la)
kata guru IV kalau kite selalu jumpa dia sebenarnya kite istimewa sbb dpt lihat benda yg kite tau prg lain belum tentu dapat ke idak lihat.
iv: heheeh...
wah..specel? menyeramkan org lagi adalah..penat iv nak alami dah. masa baru kawin tu, kat rmh mak ni, tgh malam, masa tu kat bilik tidur, saya terjaga,bilik gelap, suami nyenyak tidur..tiba2 terpandang kat hujung katil, 'benda' tu ngn rambut pnjgnya n baju putih tgh ngadap kami..nasib baik tak nampak mukanya..tapi dua kali kelip mata, terus hilang..cepat2 saya kejut suami..takutnya masyaAllah..
penakut gak dak syikin nih.Hehehe kv pun takut jugak.Dok rumah kampung kan, tandas kat ceruk dapur. Kalau malam tgk crita hantu, siap ajak hubby temankan ke toilet. Selekeh betui.
wei.. banyak nyer citer antu awak syikin. ni bleh dibukukan nie! cam citer mills & bbon pulak ye..hee..hee..
kv: mmg saya penakut...tak dinafikan. kalau balik rmh pusaka arwah moyang di kampung, toilet kat luar dapur..lepas tu lak belakang toilet tu kawasan ladang getah...menyeramkan!! time tengah malam mmg suami jadi mangsalah kena temankan saya.
MB: cukuplah saya citer dlm ni MB..ini pun cukup meremangkan bulu roma saya...
Ada jugak lah merasa pengalaman2 camni walau tak selalu. Seram memang seram, takut memang takut.
Tapi tu lah, terimalah kehadiran 'mereka' sebagai salah satu penghuni dunia ni.
Nak bunyi ke, nak lalu ke silakanlah, jgn kaco aku sudah ler eeiiii
angah: tq dtg blog saya :D.
itulah, depa tu makhluk Allah gak..masalahnya ngan depa ni, wajah depa sungguh menakutkan , kalau mcm puteri bunian ke or lawa mcm pompuan cantik tu, harus berani melihatnya..ni kalau biji mata buntang merah, gigi taring tertonjol keluar..wajib pengsan n demam.
syikin...eeiii takutnyerrrr...
kita dulu pun sama gak selalu kena kacau kat hostel tapi kita ni jenis berani so selalu le berlawan cakap ngan mahluk hitam tu....
tapi tulah kalau dah sekali kena kacau selalu aje kena hempap tu yang bengang tu....
ks: mak..lagi daring...lawan cakap? camner sora dia? halus or bergema? tinggi or rendah? blh tunjal2 tak kepala dia? beraninya ks..
hah..bab hempap, tensen tul nak lepaskan diri..naknya kalau dia siap main henjut2 atas kita..semput napas mak..
tapikan masa masuk form 6 kejap dulu, ada story kat asrama tu, sorang senior ni mmg beranilah, dia suka study malam..jadi ada satu makhluk halus ni suka mengendeng kat dia..yg best tu, bila dia dekat kat senior ni, siap dia cabut kepala dia lagi n letak atas meja tu..yg senior ni punya berani, buat dek jer..tapi, lama2 dia letih nak layan kerenah makhluk halus ni, dia suruh jgn kacau dia dah..lepas tu benda tu tak kacau dah. kalau sey lah, pengsan dan domam seminggu..tak dapek sapo nak tolong doo
Salam syikin,
FT di sini. Semoga berbahagia dengan kehidupan sekarang.
Jaga iman dan Islam baik-baik.
--
Posted by Anonymous to Wanita dan Keluarga at 3/21/2006 03:42:27 AM
hmm, entah nape komen FT ni tak masuk dlm blog tapi hanya keluar kat email add jer.
FT: tima kasih sbb sudi dtg blog saya. Alhamdulillah saya bahagia bersama keluarga. Terima kasih atas nasihat. So touching.
budak kecil kalau demam mesti nampak hantu.. hehe
zino: agaknyalah...mcm adik bongsu saya, A..penah satu hari tu, tiba2 dia bagitau mak saya dia ternampak sorang perempuan dlm keta ayah..dan keta tu mmg tak dibuka pun..jadi tak de sapa dlm keta.
Salam Syikin,
Begitu horror sekali citer2 ni, mcm baca novel seram pulak. Tapi itu semua adalah angkara jin untuk menyesatkan manusia...
btul ke smua cter tu?.. bnyk btul experience kna kacaw..mcm hdup kna kacaw jew.... ke dlu fmliy ade bela saka?
Post a Comment