Isnin
Jam 1 pagi lebih baru dapat tidur. Alia dan Huda punyalah pulun main tak mau tidur. Masa tu, nampak tanda2 Alia semput. Asalnya tak de pun selsema dan batuk berkahak (dia mmg pantang ngan dua perkara ni). Cuma mungkin masa kenduri kawin hari Sabtu tu dia minum air sejuk banyak. Hari Ahad dah dengar suara batuk sikit. Jam 4 pagi lebih, pergi ke klinik panel 24 jam. Alia tak leh tidur nyenyak, menjerit2. Lemas agaknya tak leh bernafas ngan selesa. Syukurnya dia diam jer masa wat nebulizer tu, kalau tak, satu klinik bergema ngan jeritan dia.
Jam 5 pagi lbh sikit, sampai di rumah. Dah alang kepalang pagi ni, terus berjaga..cik abe pun sama. Siap2kan apa yg patut utk anak2 nak p sekolah n abe nak poey kojo. Jam 7 pagi lebih, mata dah mula berat. Alia masih tak mau tidur. Agaknya dia masih tak berapa selesa lagi. Bagi dia makan ubat dulu. Cik abe n anak2 dah keluar. Teringat nak semak keje tesis, kena masukkan muka surat baru (abstract in arabic)..adeii renyah tul. Sambil duk membetulkan semula mukasurat yg dah berubah dan printed it out, sambil tu tersengguk sengguk depan pc..ngantuknya Ya Allah.Nak kena siapkan jugak..tak leh tangguh. Selasa nak antor. Sempat gak posted entri pasal pencuri wang hantaran tu. Masukkan Alia dalam buaian. Selesai sidai baju, baru letakkan kepala. punyalah nyenyak tidur hinggalah suami called drp ofis mintak tolong sikit. Lepas tu, terus jaga n sambung wat keje rmh, blogging n emailing. Tapi badan tu penat sangat rasanya. Malas nak curi tidur dah.
Selasa
Jam 1 pagi lebih, pegi lagi ke klinik. Alia kena lelah lagi. wat lagi nebulizer. syukur dia tak menangis. tapi, masa masuk bilik rawatan kedua tu, dia merengek, mcm dah kenal tempat tu, yelah, wat neb. kat bilik ni. Ngantuk tok sah kira. Balik tu, jam 2 pagi lebih baru dpt tidur. Bangun pagi utk siapkan anak2..letih dan sakit badan tak leh nak cakap. Bersambung2 penat sejak pagi Isnin semalam. Tapi tak leh nak tidur gak. Cik abe antor anak2 p sekolah dulu, pas tu dia balik semula amik saya dan 2 sengkenit ni pg ke kampus. Saya nak antor soft copy thesis ni. Cik abe ada meeting lak, kenalah saya hangkut dua kecik ni p k sana sini, kalau tak tu mmg depa duduk kat bilik cik abe, dia tolong jaga sat.
Mula2 p ke kedai fotostat kat dlm kampus tu, minta depa bukak balik comb binding tu, keluarkan pages lama dan masukkan pages baru. Selesai semua tu, dukung si Alia ke kulliyyah dan pegang si Huda berjalan kaki. Beratnya beban..dukung Alia, sandang beg yg penuh ngan 3 salinan soft binding tu, sandang satu beg diaper anak2 n sandang satu sling hand bag saya. Adalah 3 beg bersandang di bahu ni. Plus dukung Alia. Rasa nak rebeh bahu. Sampai ke ofis kulliyyah tu, saya serahkan keje saya. Fuh...lega sangat. Kali ni rasa 'smooth' jer masa submit tesis tu. yelah, dah complete keje. berbanding masa antor kali pertama dulu, rasa tak sedap hati, nak nangis pun ada..entah kenapa. rupa2nya, keje tak siap lagi, sbb tak masukkan abstract dlm b.arab..sabor jelah. dah wajib rupanya. ingatkan cukup jer ngan dlm b.inggeris tu.dah kena amik balik utk dibaiki. Ringan dah satu beban beg. Dah sudah tu, saya bawak anak2 p k kafetaria, depa tak sempat makan lagi, sbb bangun tidur tu, terus mandi dan keluar ke kampus. Lepas tu, saya tunggu suami kat masjid, on the way ke masjid tu, mmg saya suruh Alia berjalan..sungguhlah letihnya melayan budak 1 thn lebih jalan terkedek2 nak ke masjid tu, bknnya jarak yg dekat bagi kanak2 ..tapi mmg nak suruh dia rajin berjalan, jgn nak dukung jer. Separuh jalan, baru teringat, dia baru wat neb. sbb lelah, kang kok penat, dtg balik lelah dia. Kenalah dukung semula. Dlm masjid, terlelap ngan Alia sekali. Huda leka bermain. Suami called ajak balik. Masa tu jam 11 pagi lbh.
Kami balik tu, terus ke Low Yat Plaza, suami nak dptkan quotation barang komputer bagi department dia. Suami tak hantar kami balik dulu, sbbnya nak kejar masa. Dlm keta, cuba sambung tidur. Tak mau pulak.Penatnya lagi.Kat sana, adalah dlm dua jam kami spent masa. Masa ni baru nampak karakter terbaru Alia, dia tak betah lama2 ..mudah bosan, siap lembikkan badan tak mau jalan, nak berdukung.sabor jelah. sesuka hati nak menangis kat public mcm huda. lepas tu, bila dilepaskan sesuka hati dia jer nak ke sana ke mari, mmg takleh nak stay still cam abg n kakak2nya.
Balik tu, terus ke sekolah Husna n sekolah Aiman. Dah nak sampai rmh, huda pulak buat hal..menangis2..geram tul..mmg berasap badan saya dibuatnya. kita marah, lagi dia jerit. At last, menitik air mata saya. tak tau nape, mungkin sebab terlalu penat, pas tu gastrik tiba2 dtg, campur ngan kerenah Huda lagi. Suami stop beli makanan. Saya pun keluar gak, Huda menangis lagi..saya panggil dia keluar kereta dan dukung sekali.tak de mood nak marah dah masa tu. Rupa2nya dia nak bergayut ngan saya, punyalah berat budak dua tahun lebih ni. Nasib baik masa tu Alia tak marah, biasanya dia jeles tengok kakak dia melekat ngan saya.
Sampai rmh, buat apa yang patut. Dah jam 5 lbh tu, suami keluar semula p kelas. Saya mandikan Alia n Huda dan tidurkan Alia. Huda pandai tidur sendiri. Saya pun bersihkan diri n tidur. Terjaga time maghrib. Sakit badan n penat tak tau nak kata. Mak telefon bagitau adik sepupu, Z masuk icu. Hah????
Rabu
Rabu pagi ni, tak kalut cam biasa. Tunggu mak call sbb saya nak teman mak p KL atas urusan rasmi (ikutkan penat badan tak abih ni, mau jer nak mintak mak tangguh hari khamis, tapi tak sampai hati pulak). Suami tak dapat nak antar. Cam biasa, mak datang k rmh naik teksi dan kami terus ke Terminal LRT Gombak. Masa ni jam 11 pagi lebih. Alia dan Huda mcm biasa jugak excited nak berjalan.Tpt urusan tu terletak slps 2 blok bangunan sebelah stesen LRT Putra Masjid Jamek. Lepas urusan rasmi tu, kami terus naik teksi p HKL, turun kat jabatan neourologi p k wad icu. mak dan saya bergilir naik, sbb tghari budak2 tak leh dibawa naik.
Bila turn saya masuk wad icu tu (inilah kalau blh saya nak elakkan, tpt pesakit2 kronik). Allah, sesak dada saya melihat keadaan Z. Bergantung pada oksigen, ada saluran wayar putih halus masuk ikut hidung utk laluan minumannya, dan kepala bercukur sebelah ditutup dengan kain putih.dua tangannya berikat di tepi katil. Dalam keadaan tidur tu, dia masih meronta perlahan. kesakitan. Punyalah sejuk aircond kat katil dia. camnerlah dia ngan sejuk dan sakit tu dpt bertahan.
Rupanya, ini kesan sampingan yg Z alami selepas kemalangan motor 2 thn lepas. KUat tak kuatnya accident dia tu sampai patah kaki dan helmet pecah. Jadi, kepala dia terhentak kuat. Masalahnya pada masa tu, pihak UH tak buat scan kepala dia. Dan dia sendiri rasa ok. Tapi, lately ni dia kuat mengadu pening dan sakit kepala. Mummy dia ingat dia kena darah tinggi. Hinggalah saya diberitahu 4 hari sebelumnya dia terlalu kerap sakit kepala dan kemuncak pagi kelmarin bila dia terjerit2 mengadu sakit. Isterinya bawa dia ke hospital, dan doktor terus tahan utk rawatan lanjut.
Doktor dapati ada darah beku kat dlm kepala dia, tak salahnya dlm tempurung kepala tapi di luar otak. Tapi, darah beku tu dah pecah (tak tau camner blh pecah) dan dah merebak ke dlm kepala. Apa yg doktor buat sekarang, doktor tebuk sikit kepala dia dan sedut darah tu keluar. Kena monitor dlm 3 hari ni. kalau tak de apa2 perubahan jugak, nampaknya major operation kena buat. Dek kerana Z terlalu sakit, masa sblm tebuk kepala tu, doktor terpaksa tidurkan dia dulu. Bayangkan, dia duk tidur tu pun masih meronta2 kesakitan. Kalua dia jaga, tak taulah macamana dia jerit kesakitan. Dah meronta tu, kenalah diikat dua belah tangannya. Kata Mummy Z, masa hari pertama tu, dia tak diikat.punyalah lasak. Tangan nak terjatuhlah, bdan tak luruslah. Bagi tau nurse, depa terpaksa ikat. Sian, nak wat camner. tak mustahil dia blh jatuh katil kalau tak diikat tu.Nampak lebam kat area lengan tu, campur pulak ngan asyik diamik darah jer.
Masa saya tiba tu, mmg dia masih tak sedarkan diri lagi..saya cuba tahan air mata drp tumpah walaupun dah sebak sangat tgk dia. Tapi bila tgk dia meronta2 mcm nak lepaskan diri, kejap usik sana usik sini kat anggota badan dia. Saya hampir menutup muka tak sampai hati melihat dia. Mengalir gak air mata saya akhirnya(mcm kepala pili rosak). Sempat saya bisik kat telinga dia zikir banyak2 dlm hati (taktaulah dia dengar atau tidak) Ya Shafi (Wahai yang Maha Menyembuh), Ya Qawwiyu (Yang Maha Kuat) dan istigfar banyak2. Terpikir gak,mcmanalah kalau suami saya kat tmpt yang sama. Na'uzubillah. Muda lagi dia ni, baru 30 thn. Saya lebih tua. Tapi... dah kena ujian camni, ngan kepala bertebuknya. Dlm masa yg sama dia ni ada penyakit kencing manis dan doktor baru bagitau, buah pinggang dia tak berfungsi elok (tak tau sebelah or both kidneys). Malam tadi, mak sedara saya p ziarah, dia kata keadaan Z masih sama, tak sedarkan diri tapi mula mengerang kesakitan dan macam nak pegang2 kepala dia. Agaknya kalau dia tak diikat, mau dia godek2 kepalanya yg bertebuk tu.
Isteri Z, M ? Ya ALlah..kagum saya tgk dia cool. Masih mampu tersenyum. Dalam hati?? sapa yang tahukan. Kalau saya, merah memanjang jerlah mata tu dek menangis. Tak tau camner nak tolong M tu, selain bagi moral support dengan kata2 perangsang. Dia masih tak dpt cuti lagi. Maybe Jumaat ni dia mula bercuti. Nak tidur kat dlm ICU tu tak leh, kena duduk kat luar kaki lima tulah..tak selesakan. tempat org lalu lalang. Anak2 Z? dua org, tak sampai 5 thn lagi umur masing2. Sian, anak2 kecik lagi dan M kena pikul tanggungjawab bekerja, jaga anak2 dan suami di hospital. Bak kata nenek Z, si M ni dah jadi macam lelaki kena wat itu ini. Saya berdoa agar Z blh sembuh segera memandangkan Doktor kata setakat ni tak de komplikasi lain selain dia kena demam panas tu. Oh ya, area katil dia terlalu sejuk tu sbb aircond. Doktor pasangkan aircond kuat supaya suhu badan dia cepat turun.
Situasi dlm icu tu, kecik aje biliknya, ada 6 katil tak salahnya. Bila saya tgk pesakit kecil sebelah Z, lagilah teruk. M bagitau budak tu kena ketumbuhan dalam kepala.Padanlah berbungkus kepala budak tu. Agaknya baru lepas operation. Masih tak sedarkan diri dengan kedua matanya di plasterkan drp terbuka. KEsian tgk mak budak tu, nampak keletihan sangat drp air muka dia..Matanya? mmg nampak baru lepas menangis dan nampak letih. Bila saya comparekan keadaan Z dan budak tu, rupanya Z tak seteruk mana. Saya bisik kat M, ada orang lebih teruk drp Z dan bersyukur sebab tak kena macam budak tu. M tersenyum dan mengangguk.
BEnda2 macam ni buat saya terfikir..hari2 kena ucap Alhamdulillah sebab kita diberi nikmat kesihatan yang baik, rezeki yang murah, ahli keluarga yang sihat.
20 comments:
syikin...
pengalam melawat org sakit mmg menginsafkan kita...sebab tu ia fardu kifayah...
betul tu..kita doakan pesakit tu cepat sembuh lagi bertambah pahala.
Kak, sy pernah melawat bapa kawan baik saya ..kes lebih kurang sama.ade darah di kepala.kene tebuk jugak.mmg sedih kak..ya allah..sy mmg menangis.tak tahan.sedey tgkkan mak kwn saya tuh.. allah je yg tahu..ingatkan mmg takde harapan.berbulan jugak kat ICU... alhamdulillah..berkat doa dan juga mmg bukan ajal dia lagi..pakcik tuh sihat walafiat skang...apapun..kite berdoa pada Allah taala...
syikin.. patutnya kita bersyukur dengan nikmat kesihatan yang allah berikan tu kan...
aduss... penatnya awak dua tiga ari ni yea. demi anak anak kita berkorban jer lah.
Ayu: bila awak citer experience kawan awak ni, bg harapan besar kat saya yg Z tu akan sembuh sama. InsyaAllah.
MB: mmg kita kena jd hamba yg bersyukur, kalau tak, Allah tarik balik. na'uzubillah. Kalau tak pun, mmg Allah uji kita camtu sbb nak tgk iman kita kuat or idak..redha or idak. Tak apelha,bila sakit..ada dosa kita yg diampunkan tu, at least kuranglah beban kita kat akhirat tu masa check point di timbangan amalkan.
Ya Allah, mmg penat..tapikan yg gatalnya tu, blogging tak leh nak stop. ;D
kak blajar agi ek?..ambik master??atau PhD..??kalau study lagi..respect..hehe
kite yg baca ni pun..terasa sangat penat nyer..tak tido..lps tu kene gi antar tesis..angkut anak pula..bawa brg lagi..anak beragam pula..huhuhu..pengorbanan sorang ibu kan..
huishhh...asik telan air liur jer MR...mcmanalah shikin boleh control anak2 yang byk karenah!!!kalau MR mau migrane!! Harap Z tu tak de apa2...
ais_putih:tq lawat blog akak.ha ah, akak baru jer wat master..ingatkan lepas convo ni nak terus wat phd..mood masih berkobar. tapi, nantilah dulu. baru abih bernafas siapkan tesis master. baru antar soft copy tu. 3 thn dik..1 thn tu tak pakai sebab 2 kali maternity leaves..kiranya huda n alia ni budak master jugak la.
hehe..itu time terdesak tu. tapi mmglah challenging bagi ibu yg sambung belajar ni. kalau baca entri lepas2 tka ingat bulan bila, tajuk liku2 menyiapkan tesis tu..blhlah selami hati ibu yg struggle siapkan tesis.
ramai kawan2 akak yg dah convo bagitau, nanti, bila dah konvo akan terasa nikmat yg tak terhingga, sbbnya ada kawan2 akak ni yg sampai 3 thn baru dpt siapkan tesis, tak campur ngan sblm tu course work 2 thn. 5 thn sumernya.
bila dpt isteri yg belajar master or phd..kena bagi full support tau..mcm akak, alhamdulillah, suami support sangat2..hinggakan abstract arabic tu dia yg tolong buatkan biarpun last minute..akak dah kantoi b.arab ni.:D.apapun, susah oo nak jadi ibu n isteri mithali ni dlm konteks sebenarnya..
MR: kena ada anak ramai dulu, baru blh tau..hehe, saya ni pun ada migrain gak..jangan tak tau, pernah marah anak,sampai terasa darah naik k kepala. susah nak jadi ibu penyabar ni..huhuhu..
tq doakan Z ok.
onde2:tq dtg blog saya. hehe..sorilah panjang banget ni. tpt saya luahkan apa yg dirasa.
betul tu, huda pun sejak dua tahun lebih ni dah tak pakai neb. alhamdulillah. mintak2 tak de lagilah.
betul, kena all the time bersyukur.
patutlaa Syikin tak cam biasa, biasanya hari hari ada jer update citer-citer..
hehehe..tq prihatin ngn saya hot mama..mmg luar biasa minggu ni.nak kena amik supplement lebih ni...
bukan itu jer, ketinggalan check blog org lain..pas tu, bila sekali bukak..alamak kita dah terlps satu or dua entri..esp. awak punya hot mama..minggu ni rajin tul awak update blog awak. siap gambar lagi..hai, bilalah saya leh masukkan gambar2 saya pulak..anak2 terutamanya, omak eyy dah tuo dah..tak cantik cam hot mama..heheh
mcm mana syikin dgn anak syikin kat U tu mcm tu la saya tiap hari antar anak kat bbsitter.
bila kakak x dengar ckp..rasa cam nak nangis je..
adik pula nangis.Tapi Allah tu maha esa..dia bagi saya ketabahan hadapi semua ini
mmg wajar kita sebut alhamdullillah tu
tima kasih syikin..ingat kan hal ni
IV: rupanya, semua ibu alami pengalaman yg samakan dlm mendidik anak2..kadang2 saya ingat saya sorang jer experience benda ni. Tinggal sabar lebih or sabar krg jer hadapi kerenah anak2 ni.
samalah IV. sama2 saling mengingatkan :D.
syikin...kak lady ni paling lemah kalau nak ke hospital...kerana hati ni tak sanggup melihat penderitaan yang ditanggung oleh kebanyakan pesakit di sana...hati sentiasa berdoa...ya Allah berikanlah aku dan keluargaku kesihatan yang baik....Aminn
Kak Lady: Samalah mcm saya,tambah pulak kalau tgk pelbagai jenis rawatan terutama org yg kemalangan tu ngan jahit sana, sini. gantung sana, gantung sini. rasa sesak dada tu menengok.simpati tuk sah cakaplah. mmg tabiklah kat nurse2 n doktor2 yg saya gelarkan keras hati utk merawat depa ni.kalau jenih tak sampai hati cam saya, alamat, mati dah derang atas katil pesakit tu
ye la kan, anak kalau demam, memang penat kite. tapi kira salute la kat syikin, semapt gak siapkan tesis tu..
tee: alhamdulillah tee. mmg kuatkan semangat tu jugak yg dah tinggal suam suam kuku sbb fikirkan rugi spend 3 thn wat master tapi tak abihkan.
bab anak demam ni, penah saya jaga anak2 demam sampai saya tak sedar saya pun demam sama, bila p klinik, doktor kata suhu saya 37. terkejut.jd mak ni, kekadang terlupa kebajikan dan kesihatan sendiri
apa lak omaknya tua tak cantik...
lagi tuo lagi cantik! Betul tak? heheh
Semuga Z cepat sembuh...
hot mama: sungguh..saya ni nampak matured. saya tak warisi adik beradik perempuan mak saya, umur tinggi tapi muka nampak muda.
nbk466: amin. tq
Post a Comment