Sunday, March 26, 2006

Pencuri wang hantaran

Sabtu (semalam), saya menghadiri kenduri kawin sedara. Kali ni, kami mmg berhati2 sangat dengan kehadiran tetamu yg masuk ke dalam rumah dan naik ke bilik pengantin, sebab kenduri kawin sebelum ni pada tahun lepas telah menyebabkan sedikit wang hantaran telah dicuri oleh pencuri wang hantaran!!!!
Tahun lepas, tuan rumah, P.N dan M.N mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya, Fa, dengan meriahnya. Malam sebelum majlis kenduri, telah diadakan akad nikah dan wang hantarannya memang banyak, tetapi 2/10 drp wang tersebut telah digubah dlm bentuk masjid.Dan baki wang tu dibuat dlm bentuk cek berpalang. Antara barang hantaran tu, termasuklah set rantai dan gelang mutiara yg bernilai ribu riban gak. Selepas akad nikah malam tu, barang2 hantaran telah dimasukkan ke dalam bilik pengantin dan diletakkan di atas katil pengantin. Entah mcmana, malam tu beebrapa org sedara mara termasuk saya duk tergerak pesan supaya simpan duit hantaran tu. Saya pun rasa cuak semacam, tapi tak beritahu pada Fa.
Keesokannya, pada waktu tengahari, rombongan pengantin lelaki datang. Semasa majlis persandingan tu, saya rasa nak terbuang air kecil. Disebabkan bilik air bawah ada org, saya naik ke tingkat atas, tergerak hati saya nak meninjau ke dalam bilik pengantin dan saya tengok wang hantaran tu telah disimpan. Tapi, saya tak tau kat mana. Saya malas nak tumpang buang air di bilik pengantin. Cadangannya saya nak ke bilik tidur lagi satu yang ada tandas juga. Masa keluar bilik tu, Husna datang pada saya, sibuk dia nak amik satu lidi bunga manggar, saya pujuklah dia kena sabar dulu tunggu sampai majlis bersanding habis nanti, sambil tu, saya duduk kat atas kerusi berdepan dengan bilik pengantin. Sedang saya pujuk Husna, tiba2 seorang perempuan tidak dikenali naik ke bilik pengantin. Ingat lagi rupanya, kulit sawo matang, bentuk muka bulat, rambut panjang sampai ke bahu, rendah dan berisi, ditambah lagi dia sedang mengandung dan dah pakai uniform preggy mom dah tu selamba jer masuk ke bilik pengantin sambil senyum memandang saya. Saya mati2 ingatkan dia tu mak andam Fa, sebab sebelum tu saya mmg tak penah jumpa langsung dengan mak andam tu. Gaya dia masuk tu mcm dah kenal benar ngan keadaan rumah ni. Disusuli dengan kakak Fa, iaitu Mn..dia pun sama gak masuk ke dalam bilik tu, rupanya mereka mencari bunga rampai utk majlis renjis tu. Bila Mn nak turun, perempuan ni tak turun lagi, mcm terdengar dia bertanyakan Mn sesuatu dan lepas Mn balas tu, Mn terus turun dan perempuan ni sambil tersenyum memandang saya masuk k bilik pengantin balik dan saya terdengar juga dia mcm bukak laci meja solek. Ingatkan dia duk mencari barang lagi. saya pula langsung tak tergerak nak tinjau bilik pengantin tu. terus jer saya suruh husna turun dan saya masuk ke bilik air bilik sebelah.
Bila saya turun semula ke khemah makan, tak lama kemudian Mn called hp saya tanyakan samada saya nampak perempuan tadi tu atau tidak, saya kata saya tak nampak. Saya dah mula tak sedap hati, terfikir pasal duit hantaran. Mn tanya kalau2 perempuan tadi datang dengan ahli keluarga mak sedara kami yang lagi satu, Ma. Saya sempat bertanyakan Ma yg kebtulan berdiri berdekatan, dia kata dia tak kenal dengan perempuan yg dimaksudkan tu. Tergerak saya tanya Mn, ada masalah ngan duit hantaran ke..dia hanya jawab yes..yes. Dan Mn minta jgn heboh. Terus perbualan kami terhenti (masa tu Mn called saya drp dalam rmh). tak lama tu, nampak Mn terkocoh2 datang ke arah saya, dia cuba tak nampak cemas. Dia bagitau saya, masa dia nak naik semula amik baki bunga rampai, bila dia bukak meja solek tu, dia tengok gubahan wang hantaran tu dah tak de.tu yg dia cemas tu. saya bagitau, lepas jer dia turun turun dan perempuan tu masuk bilik pengantin semula sbb saya ingat dia mak andam fa, saya terus jer ke bilik air dan terus turun. Tak lama tu,suami Mn pun diberitahu.
Tapi, kami cuba tak buat kecoh, even fa n suami tak tau lagi masa tu, hatta parent pengantin pun, tak tau..kami cuba cari2 gak kat kwsn khemah, tapi tak nampak kelibat pompuan tu dan kami yakin dia dah berada jauh masa kami cari dia tu. logiknya, takkan pencuri nak stay lelama kat tpt kejadian. slowly berita kecurian ni tersebar among kami sedara mara yg terdekat (adik beradik parent pengantin n sepupu2 fa), tapi kami msih cuba cool. Perasaan saya masa tu? Bercampur baur..nak menangis, geram, marah, sedih pun ada sebab pencuri tu berada depan mata saya dan saya seolah2 biarkan ia berlaku, wlwpun mmg itu bukan salah saya sebab saya mati2 ingatkan dia mak andam or salah sorang kenalan Fa yang dtg. Mn menggunakan video camera merakam suasana dlm khemah makan utk mengenal pasti pencuri tu..tapi malangnya tak ada pun kelibat dia.
Tak lama lepas tu, masa saya masuk dlm rmh pengantin dan keluar semula, saya terserempak ngan adik saya, K.L, terkejut nampak mata dia kesan lepas menangis. saya tegur kenapa..dia bagitau, masa dia, Mn dan mak andam duk bercerita sesama mereka pasal insiden ni, K.L tergerak utk cadangkan check dlm bilik pengantin terutama bilik air kot2 ada bahan bukti, yelah, duit hantaran tu dlm bentuk gubahan masjid, takkan pencuri tu nak bawak keluar gubahan tu. Depa pun mausk bilik pengantin dan terus ke bilik air. Kata K.L mmg sedih sangat bila tgk rangka gubahan tu dah terburai...mmg pencuri tu bukak hantaran tu dlm bilik air dan kami syak dia masukkan duit tu dlm hand bag dia..tu yg K.L tak dpt tahan air matanya. Saya pun tergerak naik ke bilik air tu, mmg ya Allah, sedihnya..nak mengalir air mata tengok rangka gubahan tu dah terbarai dlm bath tub kosong. bersepah2..memang hantu tul pencuri tu..terus terbayang2 dia senyum memandang saya (tengah menaip ni, teringat lagi muka dia camner). Lagi saya rasa bersalah yg amat sangat pada Fa dan suaminya. Kalaulah saya tau itu pencuri, mmg sanggup jer saya bergelut ngan perempuan tu..
Rupa2nya, mak andam sebenar bercerita ngan Mn..masa bunga rampai yg dibawa Mn turun tu dah habis digunakan, mak andam tu bergegas naik ke atas bilik pengantin dan dapati bilik pengantin tu tertutup dan berkunci. Bila dia mengetuk, perempuan yg sama saya tengok tu yg bukak pintu bilik. Bila mak andam kata nak amik bunga rampai, cepat2 perempuan tu kata dah bawak turun bawah. Jd mak andam turun semula dan bagitau Mn..Masa Mn naik semula ke bilik tu, dah tak de sesiapa. Masa Mn bukak laci meja solek tu untuk mencari lagi baki bunga rampai, masa tu dia perasan dlm laci yg diletakkan gubahan tu dah kosong!!!puas dia cari lagi tapi tak de. Tu yang dia tergerak telefon saya pula lepas tu.
Kiranya, hot topik among kami sedara mara ialah kehilangan duit hantaran tu. Dan akhirnya Fa dan suaminya tahu, tak tahu sapa yg bagitau pengantin ni. Tapi yang bagusnya, Fa dan suaminya blh kawal emosi lagi. Parent pengantin pun tau akhirnya, dan mrk juga dpt kawal emosi..bahkan very cool.Masa kat khemah tu (kebetulan dah petang sekitar 4 petang lebih), saya jumpa mak dan bapa Fa, tak dpt tahan air mata saya, terus saya menangis mohon maaf sebab saya dah biarkan satu kecurian berlaku tanpa sengaja. Syukur depa tak menyalahkan saya, mak Fa kata dah tak de rezeki nak wat camner..siap dia lapkan air mata kat pipi saya lagi...
Sebelum tu, bila keadaan dah lengang, saya nampak kat sudut dlm rumah tu, Fa menangis sedih bila tau wang hantarannya dah dicuri. Tapi suami dia pandai pujuk..tergelak saya bila dpt tau suami Fa tanya dia, suami hilang tak? Fa jawab tak hilang... suami Fa bagitau, itu yang pentingnya, suami tak hilang. Sempat dia wat joke.
Bila dah lewat petang, majlis dah selesai dan kami semua dah kemas khemah. Entah camner, terbuka cerita ni pada salah sorang mak sedara pupu, Ms (muda dia ni, saya lebih tua..tapi sbb dia kawin ngan bapa sedara pupu saya yg juga muda, kena guna panggilan awal mak, sbb ikut pangkat ..heheh).Ms terkejut dengar cerita kami, terutama bila saya bagitau figure pencuri tu sekian sekian..dia pun bagitau kami satu perkara yg memang amat memeranjatkan semua bahawa dia nampak pencuri tu ngan sorang budak lelaki mmg duduk jer kat khemah tu sampai sebelum kami berkemas, lbh kurang jam 5 lbh!!! tapi sbb dia pun baru tau citer ni kat maghrib, dia pun tak leh nak menolonglah. saya lagilah marah, sbb mmg saya cam sangat muka pencuri nih. tak taulah dia guna pukau kot2 sapa yg nampak dia, mmg lepas tu terhijab dah tak nampak dia walaupun dia berada berdekatan ngan kami. Punyalah saya geram. Bila kami bercerita sesama kami pasal hal ni semula, barulah saya tau yg bapa pengantin mmg dah rasa tak sedap hati sejak lepas akad nikah tu, dia pun pelik knpa ada rasa tu sbb majlis akad dah settle semuanya, apalagi masalahnya..rupanya nak hilang duit hantaran. Mak saya sendiri rasa tak sedap hati, dan tergerak suruh simpan duit tu kat tempat yg org tak leh cari.
Rupanya, kisah mak pengantin pula, masa dia masuk dlm bilik air pengantin utk berwudu' (masa tu dia dah tau kehilangan wang hantaran tu), dia terpijak rantai mutiara hantaran Fa di lantai bilik air. Confirm pencuri ni tak tau menilai rantai mutiara tu, kalau tak mesti dia dah ambil. Bukan takat rantai, gelang mutiara tu pun dia tak ambil. tapi kalau rantai n gelang emas, confirm dia amik punya.
Laporan polis dibuat. Tapi tak de tangkapan dibuat. Masa sorang lagi sedara kami dtg ke majlis tu selepas waktu berlaku kecurian, dia diberitahu ttg kehilangan ni, dia kata, ikut figure perempuan tu, dah banyak kes berlaku melibatkan dia dan perempuan ni mmg bergerak aktif sekitar subang jaya n shah alam. dan dia masih terlepas drp tangkapan.
Saya mmg marah lagi dengan perempuan ni, hingga hari ni saya masih teringat mukanya dan figure dia yg mengandung tu, saya terfikir, tak rasa bersalah ke dia bagi anak dlm kandungan tu makan hasil wang curi? Tapi ada gak sedara mara kami syak dia tak mengandung, maybe dia taruk bantal dlm baju dia..tapi saya rasa tidak juga, sbb tak nampak kepalsuan di situ.mmg figure org mengandung betul.
Semalam, sorang lagi anak perempuan kawin, dan kali ni, masa pengantin turun bersanding, bilik pengantin dikunci. tak mau perkara yg sama berulang.Itupun, masa bersanding, rupanya ada sorang wanita tak dikneali, bertudung, naik ke bilik atas, dua org mak sedara saya perasan wanita ni terus minta sorang adik dua pupu saya ekori perempuan tu ke atas, rupanya perempuan ni mmg nak ke bilik pengantin, tapi bila dia tgk bilik pengantin tutup ,dia turun semula.
Memang pengajaran sungguh. Sampaikan mak saya siap pesan kat K.L lagi, nanti bila dia pula kawin, wang hantaran tak yah digubah2..bagi awal sblm majlis pun tak per.

37 comments:

aNIe said...

Sikin...dulu2 kat Melaka pun ade kes wang hantaran ilang...memang lah sedih..sebab selalunya wang hantaran tu lah yang diorang nak bayar segala-gala perbelanjaan yang dah di buat untuk majlis tersebut...

Tu sebab sekarang ni wang hantaran selalunya orang masuk dlm album...then terus kunci dlm almari...bahaya sebab selalunya bilik pengantin ni ramai yang keluar masuk...so kita pun tak tau saper yang buat...

Hot Mama said...

Eh ade lagi ker org bagi cash and gubah-gubah? Haa i think the best solution is bagi bank draft, jgn cheque (takut kena tendang)..kan senang bila buat bank draft atas nama pengantin perempuan...

NONIE AZIZ said...

mak aih...itulah bahayakan...so lain kali beringat mas kawin @ benda yg berharga jangan letak sekali ngan barang2 hantaran..simpan siap2...

kasutVINCCI said...

kalau kat klate, duit hantaran masih lagi berbentuk cash. Tp ada jugak yg pakai cek. Sbb kat kelate, duit hantaran tu adalah mas kawin. So, duit tu mmg utk pemgantin pompuan. Jadi masa akad nikah, kadi akan bilang duit sama ada cukup atau tidak.

Kv ada dua kes pasal duit hilang masa majlis kawin ni. Satu kes, kak pengantin suami isteri hilang purse dan wallet. Kakak kv dah tgk pompuan tua dan anak pompuan dia masuk bilik dema ni. Tp cam syikin lah, ingatkan saudara mara. Lepas tu baru tay pencuri. La ni pun dia kata masih teringat2 lagi wajah org tu.

Satu kes lagi jiran kv. Kenduri besar ni dan jemputan mmg ramai. Kat klate biasa jemputan akan 'ngele' atau sedekah duit buat parent pengantin. Duit tu disimpan dlm kaci. Belum abih majlis dah perasan licin satu laci dikebasnya.

Memang kena beringat.

blackpurple @ jowopinter said...

kalau macam ni pakai cheque ataupun bank draft la kot baru selamat......hehehe...

tee said...

rasenya pernah keluar dalam paper pasal kes duit hantaran hilang, tak ingat tahun berapa. kesian betul kat family pengantin.

macam KV cakap tu, memang betul, kat kelate duit hantaran tu la mas kawinnya... best woo jadi oghe kelate ni, semuanya kite yang punya.. :) :) :)

tee said...

kite baru aje khatam n3 pasal cite hantu... so far, tak pernah jumpa in real life, tapi, kena tindih tu pernahla.. pas tu, yang kena rasuk pun pernah tengok sbb abah 'mengubat' orang yang kena sihir. memang gerun abis... tapi yang kelakar pun kelakar gak, bila involve anak jin...

Along said...

Isy, kes macam ni memang ada terjadi. Memang bangsat orang yg mencuri tu. Orang tengah bersuka ria, menjayakan majlis yg diberkati, dah dicemari plak dek manusia2 tak berperasaan begini.

Kena bagitau my friends yg nak kawin ni somo. Hati2 ngan barang2 hantaran.

Kaklong Syikin said...

kak lady: betui tu, wang hantaran tulah yg pengantin pompuan nak bagi balik kat parent tuk cover duit kendurikan...bukannya dpt semua kat pengantin pompuan tu.

betullah, bilik pengntin mmg jadi perhatian tetamu, yelah, nak tau colour ape, tema apa..tu yg bagi idea kat pencuri2 ni.

Hot Mama said...

Sekarang ni, most parents dah tak nak wang hantaran, so dapat semua kat pengantin pompuan.
Tapi mas kawin tuu tetap hak pengantin pompuan, sebab tuu kadang kadang mas kawin dittinggikan dan wang hantaran direndahkan.
Mas kawin kita RM80 jer ikut skala Wilayah Persekutuan.... heheh

WRA said...

iiii...geram rasanya kat pompuan tu....selamba je ek? ni la jadinya bila org tak tau halal haram ni...dia ingat makan duit curi tu berkat ke?

Pnut said...

kesiannya kalau jadi macam tu..
jahat sungguh perempuan tu mencuri...bodoh betul..

ermmm just nak komen sikit, entry awak ni semua best, tp kalau buat perenggan lagi best..senang nak baca...heheeh jgn mareee..

Kaklong Syikin said...

hot mama: mmg masih ada yg suka wat gubahan duit hantaran ni, even si Fa tu bagitau saya, ikutkan mil dia tu nak gubah semua wang hantaran tu..tapi sbb si Fa tak mau, jadi guna sikit wang je utk wat gubahan dan baki wat check berpalang. just imagine kalau semua wang hantaran tu dibuat gubahan???tak tau nak katalah.

baguslah parent pengantin tak amik dah wang hantaran tu utk gantikan duit kenduri yg dah dikeluarkan..tp kalau keluarga pengantin perempuan tu miskin, tak mustahil amalan ni masih berterusan.

ha...mmg mas kawin tu hak mutlak isteri, tak leh sesapa amik even suami pun. wang hantaran tu lain..blh bagi kat parent pengantin. tu sbbnya mmg la ni ramai yg tinggikan mas kawin..

Kaklong Syikin said...

MR: mmg kena beringat dan berhati2..tu yg mak saya siap berpesan ngan adik2 jangan nak tyang2 wang gubahan tu nanti bila kawin.simpan siap@

KV: mmg sapa yg berdepan ngan pencuri tu dan bila dah tau yg dia tu sbnrnya pencuri wang hantaran...ralat tok sah kata lah, mcm sayalah, mmg sampai la ni ingt muka pompuan MENGANDUNG tu..

Kaklong Syikin said...

tee: tq dtg blog saya. mmg mas kawin milik isteri sorang. bestkan. sbbnya suami bagi mas kawin tu, dia dapat hak utk menyentuh isteri. tu sebab, kalua suami yg berhutang mas kawin ngan isteri, isteri berhak tolak drp ditiduri. Kalau isteri benarkan dia disentuh, suami tu dikira berhutang ngan isteri..tak kira isteri halalkan or idak.sbb itu hak mutlak isteri, bahkan ada sorang fuqaha drp satu mazhab ni kata (sory, lupa mazhab mana), suami yg tak bayar nafkah isteri dianggap berzina. kiranya, wang hantaran ni hanyalah adat dlm masyarakat kita dan tak salah drp hukum syara', dan mas kawin tu mmg jelas dlm quran pun ada menyebutnya.

pasal entri hantu tu..bab kena tindih tu mmg biasalah, sampai la ni pun nasib nak kena, mmg kena tindih..

Kaklong Syikin said...

along: eloklah pesan along, suruh dia kunci dlm almari atau letak kat dlm almari di bilik lain tapi mesti berkunci. lagi satu, barang kemas. wajib disimpan berkunci. tak yah nak tayang2 kat org..lepas tangkap gambar kenangan, cepat jer simpan. lagi satu, time makan beradap or brsanding, pastikan pintu bilik pengantin berkunci..lagi senang.kalau sapa nak masuk tgk, kena minta izin tuan rmh. tetamu tak leh nak bisingkan, hak kita as tuan rmh nak izinkan lihat or idak.

Kaklong Syikin said...

kak wan: tak tau nak katalah ada jenis org camtu..dah biasa wat keje tu, hati tu tak dipolishkan..camner nak ingat dosa pahala..mungkin dia rasa bersalah for the first time, tapi bila kali pertama tu tak ditangkap, jadi dia belajar biasakan diri ngan rasa bersalah tu, dan bila dah banyak kali lolos..lama2 jadi kebiasaan dan kegembiraan pada dia.

biasanya, org camni org terdesak ngan kehidupannya..nak cari duit lebih kata org. tapi saya kesian ngan anak yg dikandungnya..maknya makan minum hasil haram, nanti anak membesar ngan makanan 'haram' wlwpun asalnya makanan tu halal.

Kaklong Syikin said...

pnut: heheh..pasal tak de perenggan ni kan..itulah masalah utama saya sbnrnya.masa create entri ni, saya mmg dah wat perenggan siap2..sampai tekan enter tu dua or tiga kali, tapi tak tau kenapa bila dah post n masuk entri ni, jadi tak de perenggan...tu sebabnya tulisan entri saya ni colourful sbb nak elak org konfius baca..takut terskip baca dsb.

anyway saya hargai komen tu..tak marah pun:D

ibuVouge said...

mcm mcm manusia skang ni
ni rsepi yg syikin nak untuk sayur pakchoy tu
seberkas pakchoy, basuh cuci cuci
bawnag puteh selabu, tumbuk jgn lumat sgt
panas minyak masukkan bawang puteh tadi, agak agak garing masukkan sos tiram,sos tiram ni ikut la banyak mana kuah yg nak.
letak gula sikit
pastu pakchoy tadi masuk dlm kuali, tutup kuali dan tutup api
hidangkan,letak bwang goreng dan kalau rajin kacang tumbuk
tapi xde hiasan dah sedap
sorry la keluar topic sikit

Anonymous said...

1st time dlm hidup saya dgr duit hantaran kena kebas..kesian pengantin tu, nasib baik masa saya kawen dulu duit hantaran dpt awal.

Hot Mama said...

Sempat lagi IV bagi resepi pakchoy masak sos tiram, haa kalau chinese, suka letak tepung jagung skit untuk pekatkan kuah.

Kaklong Syikin said...

BP: mmg itu cara terbaik. tapi jgn cek tendang udah..mmg kono tondang ngan pak mentuo ;)

iv: tq for the recipe. tak kisahlah keluar tajuk pun..yg penting resepi tu :D

Kaklong Syikin said...

aimiee..tq dtg blog saya. masa saya dulu, wang hantaran diletakkan dlm album tak salahnya..eh, ye ke..alamak lupo den..tapi yelah. tak de dlm bentuk gubahan. dan mmg taruk terus dlm almari.

Shami said...

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juo...harini hari dia... bolehlah dia lepas ..esok lusa dia tak tau lagi...kalau kena buku dan ruas..taulah dia..orang camni hidup.. takkan senang dunia dan akhirat...

zino said...

masa zino pegi kenduri kawen kat JB beberapa bulan lepas.. pencopet hadir sama ke majlis tu siap makan sekali.. !! lepas tu dengan pantas merampas/mencopet h/p adik pengantin..

apa lagi org ramai termasuk bapa pengantin hambat budak tu dan dapat.. apa lagi sorang sorang belasah dia sampai setengah mati.. geram punya pasal..dah lembek baru panggil polis..

Kaklong Syikin said...

shami:itulah shami, harap2 dia dpt ditangkap satu hari nanti sbb nak bagi dia insaf.kesian anak2 sbb mak pencuri.

zino: ha, samalah ngan pencuri wang hantaran tu, siap makan sekali kat khemah tu mcm yg diberitahu oleh mak sedara pupu tu yang nampak dia kat khemah tgh makan, tapi dia tak tau itu pencurinya. sabor jelah..dah lah mencuri,pas tu makan tanpa diundang...

Anonymous said...

entry yang sangat berguna untuk saya. tapi duit hantaran saya dah bagi siap2. dipindahkan dari akaun ke akaun lagi.. dan dah selamat pun dibelanjakan untuk kenduri nanti..

Ayu Mohamad said...

kak syikin.. sabo jek laa.. geramnya dengan org tu

Mummy Rizq said...

ee...teruknya derang ni kan. duit tu pun nak curi. memang tak berkat hidup!

Anonymous said...

isk isk isk... ntah iye ntah tidak dia mengandung! eee... geram plak. dorang ni memang dah aim rumah2 kenduri kawen ni kot ye.

Kunci said...

Masa saya kawin aritu mmg beringat sangat.

Bila pengantin keluar mmg ada sorang auntie ditugaskan pegang kunci bilik pengantin. Dia station di bawah jgn pegi mana-mana, jaga baby yg kecik2 yg tidur buai. Kalau ada org naik dia first yg nmpk dan bagi authority. Lagipun senang la paperhal tak le melilau carik org pegang kunci.

In fact bukan kunci bilik aje, tupperware mak saya yg mahal-mahal pun mmg dah simpan kunci baik2 dlm stor. Dah kerap terjadi bila kenduri orang nak bekal makanan pandai je pau org punye tupperware mahal angkut bawak balik tak pulang lagi.

Sya said...

Astagha.. ntah betul ntah tidak mengandung. Masa kak sya kawin dulu org tu amik wang maskawin sebab hantaran Bapak dah simpan elok2. Adakalanya sedara sendiri pun tak leh nak caya

Angah said...

suka laaa cara husband dia pujuk.. romantik giteww..

hai.. sepandai2 tupai melompat nanti jatuh bedebuk jugaklah. Tak lamalah pencuri tu, mesti tertangkap nanti.

Rakimi said...

abis dah hilang duit tu, sapa yang ganti?

Kaklong Syikin said...

hot mama:tq for the tip

GK: ha, baguihla camtu, tak pening kepala dah..selamat bernikah nanti

ayu: mmg geram ayu lebih2 lagi bila teringat dia tersenyum manis memandang kita..geram geram..

MB: mana dia nak ingat berkat tak berkat..nampak ribu riban depan mata

alang: agaknyalah alang, sbb ikutkan cara dia mmg full of confidence bila bercakap ngan kita, tak de takut2 pun

kunci: hmm, kali ni pun kami kunci pintu bilik pengantin..sian gak kengkawan pengantin yg nak tgk.tapi demi keselamatan terpaksalah.

heheh..first time dengar simpan tupperware elok2 masa majlis kawin. betul gak tukan...

Kaklong Syikin said...

kak sya:tq sudi jenguk blog saya :D. Ni first time saya dengar org curi mas kawin..teruknya... bab pregnant tu..entahlah. kalu ya..sedih fikirkan nasib anaknya

babydiana: betul tu. mmg jadi pengajaran sungguh pada kami seisi keluarga.

angah: romantikkan!!! :D. amin..saya pun doakan dia ditangkap, biar insaf!!!

rakimi: tak taulah..tapi Fa citer ngan saya..semarah2 dia, mak mertua dia lagi marah berganda..

Unknown said...

Mintak maaf. Saya tau ni cerita lama tapi nak tumpang tanya. Duit hantaran dalam bentuk masjid dibuat di mana? Anak buah saya nak kahwin tak lama lagi dan dia nak buat dalam bentuk masjid jugak.

Harap Cik dapat tolong sampaikan hajat dia.

Terima kasih!