Tuesday, March 07, 2006

Tips utk further study

Seronok tul bila saya dapat tau sesapa yang nak further study, terutama kalau dia tu seorang ibu, apatah lagi working mom. Based on my experience masa buat master (mix- mode stail), isteri dan ibu yang nak further study ni kena,

  • Dapatkan izin suami dahulu
  • Pilih course yang sesuai dengan bidang kerja /minat dan terutamanya waktu pengajian
  • Sokongan majikan terutama syarikat swasta
  • Kewangan mencukupi
  • Disiplin
  • Sokongan famili member dan kawan2
  • Avoid pregnancy
  • Sanggup berkorban waktu

Izin suami

- Bila suami redha 100%, tak de masalah. Sebab, bila belajar ni, terpaksa korbankan apa yang patut, terutama masa ngan famili jika waktu kelas pengajian tu malam atau weekend. Itu lum lagi bab masak memasak, bab jaga anak time kita nak p kelas or nak p exam.

- Suami redha, dia boleh bertolak ansur banyak dengan kita sebab dia faham kita sibuk

-Kalau awal2 suami tak bagi, better not, sebab lebih banyak masalah, kita balik yang tension.

Course yang sesuai dengan diri sendiri dan masa

- Sebelum ambil course yang kita minati, buat survey dulu kat semua ipta/s yang offer kursus yang kita minat tu..terutama schedule dia dan jenis programme dia.

-Ada schedulenya lepas ofis hour jer, biasanya jam 5- malam. Ha, kalau yang bekerja tu, nak kena dpt approval boss utk keluar cepat, yelah, nak meredah jamm lagi nak sampai ke kelas

-Ada schedule, kelasnya hujung minggu (Sabtu n Ahad), full drp pagi sampai petang. Ni kena kompromi ngan suami n anak2..bahkan, kenduri kendara or parti kena lupakanlah..

-Ada schedule, kelasnya mmg start malam jer, 8-10..Semua ni ikut tempt pengajian tu offerlah.

-Jenis programme pulak (saya bagi yg master punya programme), ikut ipta/s tu, ada yang bagi pilihan:

a. Full coursework

b. Mix-mode (coursework n mini thesis)

c. Full thesis

-Bahkan, ada setengah tpt tu tak bagi pilihan langsung.Ha..bab course ni ikut kesesuaian dengan diri, masa yang ada dan pekerjaan yang anda lakukan.Kalau tak, percayalah, anda hanya akan sekerat jalan jer belajar.

Sokongan majikan

- penting sangat kalau dia tau anda sedang belajar, terutama kalau anda terpaksa keluar ofis awal utk berkejar ke kelas...yelah ni melibatkan punch card dsb. (Ada kawan2 saya hadapi masalah ni sbb pada majikan mereka, kalau nak belajar, kena berhenti kerja sbb mengganggu kerja je)

-penting juga kalau time nak exam...ada working student mmg amik cuti seminggu dua utk hadapi exam di kampus

Kewangan mencukupi

-Kena survey dulu berapa rege keseluruhan course tu. mcm biasa, belajar di ipta lebih murah dan jimat berbanding ngan ipts

- kalau postgraduate kelas, duit nak fotostat tu mmg kena adalah, sebab buku rujukan banyak..nak beli, mak..rege buku akademik ni mahal2..apatah lagi kalau wat mini tesis or full thesis..ini mmg banyak pakai duit...memg sakit kalau tak de duit.

-kalau cepat, blh pinjam buku kat library..biasa utk postgraduate student blh pinjam sampai sebulan, depend on the polisi library tulah.

-ada sesetengah ipt, selagi tak bayar duit semester lepas, tak leh nak register utk masuk new sem.

Disiplin

-kena kuat semangat. Kena rajin berdoa. Ada masa mmg mood betul2 down..ha, kena banyak2 berdoa minta semangat tu dikembalikan semula. PErcayalah..

-kalau jenis sibuk, cepat2 wat assignment ...kalau tahap master, bukan satu dua..tapi kekadang tu kena hantar 3 or 4 assingments or kena duduki kuiz, mid term (bab ni kadang2 saya kantoi..hehe, itu surirumah tu)

Sokongan famili dan kawan2...

-kalau ada anak2, kena terangkan kat depa yg kita masuk belajar semula. mungkin terpaksa krgkan masa dengan mreka. biar depa paham yang kita belajar lagi. insyaAllah, depa boleh bertolak ansur.

-parent kita dan parent in law, penting utk depa tau..terutama kecemasan, anak tak sihat or kita nak exam, kalau perlukan bantuan mereka utk tlong kita kendalikan urusan anak2 terutamanya.

-Kawan2 penting sbg extra supporter, terutama kalau buat tesis..sebaiknya kita dilingkungi oleh kawan2 yg sealiran dengan kita supaya kita sentiasa bersemangat nak habiskan belajar (ni nasihat former lecturer saya)

Avoid pregnancy

-hehe..saya sempat jer keluar 2 anak masa siapkan master nih...syukur dpt strong support drp suami dan famili..kalau tak, kantoi dah rasanya.

-tapi betul, kalau kita ni jenis mengandung tu kuat alah, better not pregnant sebab ia akan menjejaskan kelancaran kita belajar dan pelajaran kita terganggu. (pengalaman saya, dua kali maternity leave, walhal pihak univ. bgi cuti 2 minggu jer (ikut polisi univ. la)..so, nak jaga betul kesihatan, kena tinggalkan satu semester utk tmpoh pantang.)

-tapi, kalau kita kuat semangat dan jenis tak susah mengandung mcm senang bleeding or sebagai..tak perlah kalau nak mengandung.

Sanggup berkorban waktu

Masa ngan anak2 dan suami akan berkurangan (saya dulu, nak p library bagi tau anak2 umi nak p universiti. Alhamdullillah depa blh terima)

masa nak shopping dan berjalan2 akan berkurangan

nak hadiri kenduri sedara mara berkurangan (kalau amik kelas hujung minggu)

minggu exam lagilah, kena korban sungguh. saya sampai pernah terpaksa pisah ngan anak2 lbh krg 3 minggu sbb nak exam..yelah, masa tu anak2 kecil lagi, tak de maid pulak..semua kita kena buat..terpaksa letak kat mak or parent in law.

Ok. Sesiapa yang nak belajar tu. Teruskan. GO GO CHAIYYO!!!!

9 comments:

Nik Ha said...

Salam kak syikin,
leh kenal lebih lanjut?akak study kat ner & gombak area mana? saya ex-iium student & now working as a librarian kat iium libr. (mcm setia dgn uia giteww)duk kat bt 81/2 gombak.suka baca experience akak. :)

Hot Mama said...

Dulu ambik syariah kat IIU, tapi stop jap pasal nak kawin..nie dah malas nak continue! kua kua kua
tak larat laaa.. hubby dah bising coz i malas nak belajar! hehehe. Tak laratlaa, lepas degree, then clp, then chambering, penat!!!!

Kaklong Syikin said...

hehe..ler..awak iium librarian ka? hehehe..tempoh sah tamat kad saya nak masuk lib tu berakhir april ni. (padanlah akak terdetik, camnerlah rupa awak tu akak pernah nampak kat mana2)
akak kat fasa 8 ni jer..
akak wat mcl..
awak dulu amik course apa? eh, tak nak wat master ke? ya Allah, akak pernah jumpa ngan student uia yg wat master dlm bidang library ni, dpt sponsorship drp kementerian alam sekitar ke or kementerian mana satu ntah..free jer, tak yah bayar apa2..bulan2 dpt 1000 lbh gitu..tak yah susah2 wat pinjaman mara or yg lelain tu.

Kaklong Syikin said...

hot mama..dulu awak wat civil law kat iium la ya..

eh..tak nak wat dslp k? bawak tak kes syariah? since u kata u wat divorce matter...hanya utk non muslim jer ye?

Hot Mama said...

degree kat UK. then balik buat profesisonal paper. Then buat dslp separuh jalan coz tak larat masa tuu nak kawin. Buat jugak syariah, assist senior lawyer, but mostly civil divorce. Hubby ada dslp. tapi tak nak apply lak coz dia kata dah tak larat nak handle case syariah

Kaklong Syikin said...

eh..hot mama n suami bukak firm sendiri ye

Nik Ha said...

Saya kat bahagian teknikal kak. So jrgla nampak muka kecuali time shift duty kena jg info desk. Tupun 3,4 kali je dlm satu sem. Saya dah ambik master in library & info scie. kat uia, grad 2003. 1st Degree uia gak, IRKH grad 2001.Batch br ramai gak dpt sponsor tu tp dorang kena wat thesis. Batch saya ramai tak buat thesis sbb cpt sket abis..he..he..1thn1/2 tupun mencabar weh!Tu ambik full time tu, kalau dah ada keluarga kena kuat smgt betullah!Akak lehla contact saya kalau ada apa2:
email hafiyya@yahoo.com
mzaleha@iiu.edu.my
opis: 6196 4000 ext. 3828
fasa 8 kat ner ek?

Kaklong Syikin said...

ooo..fasa 8 tu kat tmn sri gombak, atas masjid al khairiyyah (masjid baru tmn sri gombak) yg bertentangan dngn taman tasik sri gombak tuh..atas tu area fasa 8,

ok..tq for the info..

Nik Ha said...

ooo..lupalak sri gombak guna fasa2. saya biasalah ke area pinggiran tu sbb gi klinik rassi. kwn pun ramai gak tinggal situ :)