Wednesday, March 08, 2006

Ummi, cuba tengok telinga Aiman

Petang ni, Husna dan Aiman dah balik rumah. Dah siapkan minum petang, saya pun apalagi, ngadap blog la...First time masuk blog kopisuam..lawak tak lawak baca kisah "tipah tertipu bang". Tengah baca tu, tiba2 Aiman datang kat saya,
Ummi...cuba tengok telinga Aiman
Taulah tu, dah naiklah taik telinga specel dia tuh.
Kejaplah.
Ala umi, cubalah tengok telinga Aiman
Sambil tu dia baring kat tepi saya. Adeii..kacau daun tul. Saya suruh dia baring kat saya. Saya tengok sekali imbas, tak de.
Tak delah Aiman.
Alah umi, ada..cuba tengok
Kenalah tengok balik. A..ah la...ada, dah naik dah. Besar mak datuk..bayangkan menutup satu lubang telinga dia...tak leh ditarik dengan cotton bud, kena tarik dengan pengorek telinga besi. Entah mana punya brand taik telinga ni, pelik tul saya. Ia tak keras atau rapuh..tapi kenyal2. Satu ketul besar. Kali ni saya tengok mcm ada ruang sikit, jadi, blhlah tarik ngan cotton bud..saya pun guna cotton bud..kantoi!!! tak mau naik keluar, tertolak ke dalam pulak. Silap perhitungan da.. Dalam pulak tu. Saya cuba tarik ngan pengorek besi..Aiman pulak mengeliat kesakitan. Cuba dua tiga kali. Tak mau keluar. At last saya give up. Tunggulah dua or tiga hari lagi, naiklah dia sendiri.
Asalnya, dia tak de taik telinga camtu, mcm org lain punya gak. Satu hari, saya nak 'polish' telinga dia, terkejut tgk besarnya taik telinga tu..besar. Org tua punya pun kalah. Saya cuba tarik ngan cotton bud, tak mau. Tertolak ke dalam..puaslah usahakan supaya keluar, tetap tak mau. Ingatkan okla..tapi dua tiga hari tu dia mengadu sakit. Sampai demam kawan tu...
Akhirnya bawak p ke doktor.Doktor tak mau tarik dulu, sebab dah melekat kat gegendang. Dia bagi ubat titik supaya taik tu blh tanggal drp gegendang. Dua hari kemudian, saya cuba tarik keluar...tak mau jugak...dia mengaduh sakit. At last, pg ke klinik B pula.Suami tunjukkan ubat yang klinik A bagi tu. Doktor klinik B tu suruh guna ubat yg sama dan beberapa hari kemudian, datang semula utk dia sembur telinga tu ngan air. Masa dtg semula tu, doktor sembur dalam telinga dia air menggunakan picagari...ha, keluar...terkejut tengok ketul2 tu..Doktor kata itu sikit tu, ada sorang makcik tu, lagilah..sampai 7 kali dia pancut air ngan picagari tu..dia pun naik loya tekak. Bayangkan, makcik tu selama ni tak pernah korek telinga sampai azan daripada masjid sebelah rmh pun tak pernah dengar. Bila dah bersihkan tu baru dengar azan.
Sejak daripada hari tu, seminggu sekali, taik telinga specel tu akan keluar dan naik ke atas. Yang peliknya, hanya telinga kanan jer kena. Entahlah, saya pun tak tau apa penyebabnya. Doktor pun tak tau..la ni, setiap kali Aiman kata,
Ummi, cuba tengok telinga Aiman
Faham sangat dah tu. Standby jerlah ngan pengorek telinga besi.

8 comments:

Kopi Suam said...

Assalamualaikum,
Syikin awak sebut2 nama sya patutlah saya tersedak...

saya pun ada pengalaman tahi telinga ni masa kecik2...heehh tapi malu le nak cerita tapi memang kelakar tahi telinga tu siap besar dan bulat ikut siz saluran lubang telinga saya tu....mak we saya yang keluarkan guna pengorek telinga besi tu lah..huaarhhh tapi itu sekali aje lah..lepas tu biasa2 aje...yang bestnyer dua2 belah telinga plak tu...iskhh buat nampak sgt mcm tak korek teliga seumur hidup :)

Kaklong Syikin said...

KS: alah sorilah...saya duk tgh sengih2lah baca pasal tipah tertipu tu..heheh

samalah rupa tu, cuma aimannya lak, mmg seminggu sekali naik..pelik tul..bila dah keluar tu, mmg tak de langsung..bersih, hinggalah ia keluar balik. tapi yg pelik tu, dia mcm tertolak sendiri kat atas..tinggal nak keluarkan jer..ha, masa tu kena betul2 tarik, kalau tak mmg masuk dlmbalik

mama_fynn said...

syikin,

mamafynn tak pandai guna pengorek telinga besi...tapi hubby pro..cuma dia tak reti buat kat org...

NONIE AZIZ said...

Yang sebenar...kita tak elok pakai cotton buds tu pasal bila korek taik telinga kekadang dia akan melekat termasuk ke dalam...itu yang menyebabkan taik telinga tu jadi keras...seeloknya gunakan yang besi tu...tapi kena hati2lah...

Along said...

pergh..dasat. Dulu my brother ada gak kes macam tu...dia pi jumpa doktor, doktor bikin camne ntah, taik dia keluar macam tiub, panjang je. Cet, siap letak dalam balang kecik, bagi kat my brother simpan. Besok tu punyalah bangga bawak pi sekolah nak tunjuk kat kekawan. Gross betullah.

Kaklong Syikin said...

mamafynn:saya mmg pro bab guna pengorek besi ni. hehe baby saya alia tu, time tgh naik sheikh kena korek telinganya tuh..jgnlah ditarik keluar pengorek tu..mau dia jerit marah..yg kelakau tu siap mata dia pejam2 gitu menikmati telinganya dikorek.

MR: betui tu..dulu saya selalu tertinggal cotton bud dlm telinga naknya guna yg murah. penah sampai g klinik sbb tak leh nak keluarkan..ada sorang doktor tu cakap, u boleh saman company yg keluarkan cotton bud ni, tak de kualiti..wah smpai file suit ni tak delah..

Along: eii..gelinya tekak saya.along, dia nak tarik attention ka? hehe

Shami said...

syikin saya punya kisah..kalau sakit tak korek tapi titik minyak masak dulu kasi kembang..sedang elok.. pas tu esok ka baru gerudi..
kata mak saya taik telinga tu kering tu rasa sakit..kalau dia kena minyak dia kembg n lembut tu yg jadi hilang sakit..selamat mencuba...

Anonymous said...

shami..betui tu petua awak..tpi, kes aiman ni lain sikit..dia mmg dah sedia kenyal n lembut, tapi tak leh tarik keluar kalau dia msih jauh di dlm..yg sampai ke doktor tu sbb rupanya taik telinga dia tu dah melekat kat gegendang telinga..