Friday, March 17, 2006

Ummi, liwat tu apa?

Semalam, saya baca entri Alex Lacey pasal kaunseling, termasuk kes anak2 yg dikongkong terlalu ketat hingga bila dpt kebebasan sedikit, kena culture shock dan akhirnya terjebak dengan seks bebas (saya masih simpati dengan budak tu, entah apa jadi agaknya dia..cukuplah dia diuji dengan penyakit kelamin, itu pun dah cukup memalukan dia..janganlah diuji lagi ngan HIV aids).
Pada saya, zaman anak2 sekarang ni tak leh setakat dilarang tanpa diberitahu sebabnya, tapi kena bagi alasan di sebalik larangan tu..terutama perkara yang berkaitan dengan hubungan lelaki dan perempuan dan yang berkaitan dengan seks, tapi bab seks ni kena sesuai dengan peringkat umur anak tu sebab mereka terlalu senang terdedah dengan perkara2 begini, dengan program tvnya, dengan pengaruh kawannya.
Ada beberapa situasi berkaitan dengan 2 persoalan ni melibatkan anak2 saya dan saya kena memberikan jawapan sesuai mengikut umur mereka, dan saya harap mereka puas hati dengan jawapan saya;
Situasi 1
Ummi, liwat tu apa?
Satu hari saya masuk ke bilik tidur anak (Husna dan Aiman sebilik..buat masa nilah, sebab bilik tak cukup) utk meletakkan baju2 dalam almari mereka. Masa tu Husna tengah ralit membaca. Bila saya lalu depan dia, tiba2 dia tanya;
Ummi..liwat tu apa?
Ha?
(terkedu kejap saya. Manalah budak darjah satu ni tau hal liwat pulak. mmg teraba2 kejap rasanya nak bagi dia jawapan)
Mana kakak tahu?
Kakak baca dalam MASTIKA
(ini mmg antara majalah feveret dia..kalau balik rmh mil, dia mmg akan baca MASTIKA ni sampai 2 or 3 buah dlm sehari..terutama sekarang mcm2 kisah sosial yang teruk berlaku dibongkarkan. Memang bermaklumat sungguh MASTIKA nih)
Camner saya nak bagi jawapan kat dia..takkan nak cakap terus perlakuan seks antara dua lelaki dan berlaku kemasukan di bahagian punggung..tak sesuai utk umur dia...Lama jugaklah dia menunggu saya bagi jawapan...Husna punyalah sabar menunggu..jangan kutinggalkan dia tanpa jawapan, pasti aku dikejarinya kemana jua...adeii...at last, dpt gak bagi jawapan yg saya rasa oklah utk dia, lebih kurang begini;
aaa..ni pasal hubungan lelaki dengan lelaki...(pause kejap, berdebar nak teruskan jawapan)..aaa diaorang peluk2...cium2....(full stop. saya takkan bagitau pasal kemasukan tu dulu..tunggu dia dah besar..at least sekolah menengah nanti)...tak boleh buat macam tu....Allah marah. Berdosa besar. Ok.???
Husna menggangguk. Dia kalau dah dengar perkataan berdosa dan ALlah marah..puas hatilah.Tapi dia menambah lagi,
Ohh..macam lesbian tu? itu perempuan dengan perempuankan?
Ha? (ayyo ini budak mana dapat aaaa?susah tul...) ha, itu pompuan dengan pompuan...samalah berdosa dan Allah marah..
Situasi kedua
Saya kat bilik bawah masa tu, Husna yang baru lalu ke dapur, tiba2 singgah bertanya;
Ummi..kalau perempuan tu kawin, lepas tu dia muntah2 tandanya dia mengandung ya?
Saya terkejut...Allah, manalah dia tahu ni...ada 'terlepas' mana2 ke? susah hati dah saya. Advance nya anak dara aku nih..
Mana kakak tahu?
Tu...kakak tengok dalam tv
(maksudnya lepas kawin, tgk watak pompuan tu muntah lepas tu tau mengandung). leganya...
Ha 'ah...
Saya masih tak boleh nak bayangkan camner satu hari nanti tiba2 husna or aiman tanya, ummi, camner baby boleh ada dalam perut???? (any idea guys?)..Lainlah kalau soalan tu depa tanya masa sekolah menengah nanti...
Situasi ketiga
Tahun lepas, saya mula ajar Husna dan Aiman tidur bilik berasingan dengan saya. Sebab rumah sewa kami kali ni ada 3 bilik. Jadi sesuai benarlah kami ajar mereka tidur asing. Tapi diaorang still kena berkongsi sebab bilik lagi satu tu, standardnya jadi bilik serbaguna (stor). Asalnya, masing2 membantah ..takut la, nak tidur ngan ummi lagilah, kecik lagilah.
Yang kelakar tu, Aiman komplen,
kenapa ayah boleh tidur bilik ummi?
Allah bagi suami isteri tidur satu bilik..satu katil tak per, tak berdosa.. tapi kalau kawan2 lelaki perempuan berdosa satu bilik. ALlah marah.
Dia tak puas hati lagi tu. Bahkan dia cadangkan;
Ummi, lelaki tidur dengan lelaki (ayahnya tidur sebilik dengan dia) dan perempuan tidur dengan perempuan (saya tidur sebilik dengan kakaknya...)
Punyalah idea dia.Gelak dah saya masa tu. tak terkata..Tapi syukur, depa dah tidur di bilik sebelah.
Situasi 3
Masa tu saya tengah mengandungkan Alia. Sibuk menaip draft tesis kat pc. Masa tu ada citer bersiri Thailand. Tak ingat nama citer tu (kisah model bercinta ngan pemuda yg ajar kelas selaman tak salahnya, buat penggambaran kat oversea tu..alah, kat new zealand rasanya) Anak2 suka lak citer tu, terutama Husna, sebab dia dah pandai baca sarikata masa tu. Saya kejap pandang kejap tidak kat citer tu. Entah camner, masa sekali saya terpandang kat tv tu..masa tu tgh adegan pakwe n makwe ni berdating, tak semena2 depa yg berdating kat meja makan ni, berlaga lak kepala masing2..ah sudah..kantoi, anak2 dah ternampak. cepat2 saya distract diorang, lebih kurang begini;
ha..tak leh tau wat camtu ngan kawan2 lelaki perempuan. Berdosa, Allah marah. Suami isteri tak per, Allah tak marah.
ohh..kalau mcm tu, nanti Aiman kawin ngan kakak, boleh buat macam tu ke ummi? (kwang.kwang.kwang. punyalah jawapan dia...)
tak boleh..adik beradik tak boleh kawin.
Aiman masih tak faham cakap saya, dia ulang lagi soalan yang sama. dan saya bagi jawapan yg sama lagi...Husna dah bengang dah, adik dia tak faham2 apa maksud saya, dia menyampuk;
Mana bolehlah Aiman adik beradik kawin..tak faham ke? (marah sungguh nada dia)
baru Aiman faham cakap saya lepas kena tengking dengan Husna, tiba2 dia balas;
ohh..kalau macam tu, nanti aiman kawin dengan kawan perempuan aiman..baru boleh ke ummi?
kahkahakah..saya dah bantai tergelak masa tuh..tak sangka jawapan dia camtu..yg dia tu terkulat2 malu tgk saya tergelak. manalah saya jangka reaksi jawapan budak 5 thn tu.
***************************************************************
Itulah antara pengalaman saya dengan anak2...seingat saya, saya tak pernah tanya soalan2 camni ngan mak saya..budak2 sekarang cepat matang sungguh. Soalan2 depa buat kita terkedu, nak bagi jawapan sikit punya kena fikir...
Dan saya pastikan jawapan saya tu mesti relate dengan ALlah, supaya mereka tahu ada Kuasa Maha Besar yang memerhatikan mereka..mereka mesti tahu perkara yang ALlah marah dan yang Allah suka...
Beratnya tugas mendidik anak ni kan...ALlah, mudahkanlah urusan aku mendidik anak2 dan depa jadi anak2 yang 'menjadi'...amin.

14 comments:

Hot Mama said...

Haa bagus gak dia tanye. At least now she knows its haram and berdosa. Hmm nanti bila anak kita dah besar, tanye mcm mcm nanti kita refer kat Syikin. Hehehehe
Blog kita down the whole day, ntah kenapa pun tak tahu...

Rakimi said...

pandai you ajar anak u.. tahniah

Kaklong Syikin said...

hot mama: hehe..tanyalah, itupun kalau saya dah ada experience ttg persoalan yg diajukan

ha ah la hot mama, awat blog awak tu down? punyalah saya try masuk..saya nak tau apa gambar masakan awak lagi..:)


rakimi: tq dtg blog saya..taklah pandai..tapi terdesak nak bagitau jawapan apa..saya open sikit bab ni..jadi saya blh jawab sesuai ikut umur dia..

zino said...

bebudak sekarang ni dah terdedah dengan infomasi.. walaupun kadang tu mengelirukan mereka.. pepandai le mak bapak nak jawab.. hehe

Kopi Suam said...

Syikin,
hmm terkedunya saya sebab saya berdebar2 juga menanti anak-anak membesar. banyak persiapan perlu dibuatkan. Ya ALLAH permudahkanlah juga tugas ku membesarkan anak-anak.

NONIE AZIZ said...

Macamanalah MR nak menjawab pertanyaan si Syasya nanti...

Kaklong Syikin said...

zino: betui tu..ni pun duk risau..apalagi la soalan advance drp depa

Ks: ha, bersedialah KS..saya ni, sbb Husna tu dah pandai membaca dan dia suka sangat membaca tak kira apa bahan bacaannya..asalkan dia blh baca..tu yg nak kena tapis2 tu..even Mingguan Wanita..kan kat situ ada ruangan seks..nantilah ada gak storynya kat situ..nanti saya masukkan dlm blog..jd pekanya lebih sikit...
amin..moga2 doa kita ni makbul

MR: gelak siap2 dulu..pas tu baru jawab..bukannya apa, sbb duk gelak2 tu boleh fikir nak jawab apa..

WRA said...

itulah Syikin...anak2 akak dah start tanya baby keluar ikut mana? baby jadi macamana? so akak pun bagi general answer aje...cakap kat dia baby keluar ikut perut (referring to caesarian case kekekekeek), cerita la kat dia kena belah perut dll sebab tu mak kena pakai barut lepas bersalin...tang baby jadi macamana tu, akak cakap Tuhan yg buat, lepas tu Dia letak kat dalam perut mak....general answer...betul jugak la kan? kekekekekek.....

Anonymous said...

Bijak betul la budak2 skrg ni... hehehe..tompang ketawa dailog anak2 akak ni.

Kaklong Syikin said...

kak alex: ha..betui tu guna general answerkan..yelah utk peringkat umur dia..nanti dah besar, lagi fokus jawapannya..tq kak..

alang: mmg gelak lang tu yg saya leh ingat lama dialognya..naknya si aiman,dia mmg ada sense of humour semula jadi...kakaknya husna tu serius sikit..org buku...
eh..tq ya lawat blog saya..

zino said...

zino hari2 kena jawab berpuluh2 soalan baby.. kena pandai2 le reka jawapan yg boleh memuaskan hati dia.. kalau tak dia terus tanya kenapa? kenapa?

Kaklong Syikin said...

zino: biasalah tu zino..anak saya pun ada mcm tu gak..at last saya tanya, berapa puluh kali ummi nak jawab? or..dahlah, penatlah ummi nak jawab..or nanti tanya ayah..

Along said...

alamak Syikin, Along pun dok pikir gak camne agaknya nak menjawab soalan2 anak2 kemudian hari ni? My daughters dah le jenis yg outspoken sket, nak2 si kak Long tu..Dania. Pernah dulu dia tanya Along kuat2, "Ibu, kenapa makcik tu gemuk? Sebab dia makan banyak ye?" Alamak, drop my water face...camne ni. Sengih je le.

Tapi bagus, Along pun rasa biar anak2 belajar perkara2 ni dari ib ayah dia, rather than kawan2 yg sesama blur sebenarnya. At least kita bleh selit2kan hal2 agama, hal2 dosa pahala, ngan kekawan dia dok bincang hal2 yg best je. Nauzubillah.

Blog akan diupdatekan minggu ni insya'allah. Busylah..sedih, weekend pun kena keje.

Kaklong Syikin said...

itulah Along, saya pun sependapat ngan Along, biarlah kita yg ajar anak..naknya kita dulu lebih makan garam drp depa..ngan kengkawan nanti, dpt yg jenis haru tu siap suruh praktik lagi..waaaa..

samalah ngan anak saya jenis outspoken, tapi saya selalu pesan kat diaorang..kalau tak suka sesuatu tu, cakap bisik ngan ummi jgn kuat2 nanti org tu dengar dia marah..

ha, saya tak sabar baca blog awak..